Category Archives: Jigsclue

Jigsclue #002

Di kalangan orang-orang Barat umumnya penganut Kristian,ada di antara mereka yang sedar akan keganjilan yang berlaku di sekeliling mereka.Mereka mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan institusi masyarakat,agama hingga kepada negara mereka.Mereka mula mengkaji dari pengalaman mereka dan maklumat-maklumat yang didapati.Mereka mula tercari-cari kebenaran dalam kegelapan.Dari sinilah bermulanya apa yang dinamakan Teori Konspirasi.

Para pengkaji Barat ini adakalanya mendapat maklumat yang betul.Ini tidak dapat dinafikan kerana ia berkait rapat dengan pengalaman mereka,tempat tinggal mereka,budaya dan sejarah tamadun mereka.Tetapi amat malang sekali mereka tidak dapat mengetahui keseluruhan gambaran;mereka seolah-olah mencantumkan sebahagian jigsaw puzzles sahaja dan mula meneka-neka gambar sebenar.Dalam dunia realiti,mereka semakin memahami hubungan antara Freemason,Illuminati,Vatikan dan Jesuit serta Zionis dalam mencaturkan politik dan halatuju dunia sebagai contoh, tetapi mereka tidak tahu untuk lari dari bencana ini.

Ada di antara mereka mula bersikap tidak percaya kepada semua ideologi (akibat rasa putus asa terhadap hakikat yang sebenarnya) termasuk agama mereka sendiri yakni Kristian tambahan lagi Islam,semuanya dianggap pembohongan dan kuasa Iblis.Ada juga sesetengahnya mengkaji dan mengkaji sampai satu tahap hanya Islam sahaja yang benar,namun mereka seakan tidak percaya dan tidak dapat menerima hakikat akan kebenaran Islam seterusnya mula berusaha mencari-cari teori konspirasi lainnya untuk memasukkan Islam ke dalam koleksi teori konspirasi mereka.Walau bagaimanapun,mereka sebenarnya sedar akan keganjilan yang berlaku,namun masih tertanya-tanya di dalam kegelapan.

Kami namakan fenomena ini sebagai ‘anomalies’.Fenomena ini merujuk kepada kesedaran orang kafir terhadap sebahagian kebenaran yang berlaku di sekeliling mereka.Ada sesuatu yang tidak kena.Tetapi apakah dia?Pelbagai istilah diberikan antaranya Awareness,New Age dan sebagainya.Tetapi oleh kerana mereka tidak bertemu dengan kebenaran Islam,maka mereka teraba-raba dalam kegelapan dan bila tersentuh lampu suluh berlabel Islam,cepat-cepat pula mereka mematikan suisnya;mereka lebih rela dalam kegelapan dari mengetahui cahaya kebenaran itu milik Islam yang amat dibenci mereka dan ajaran Muhammad yang dituduh mereka nabi palsu dan orang gila itu sebenarnya adalah benar belaka.

Kami di MistisFiles ingin mencari titik tengah antara ‘anomalies’ yang ditemui para pengkaji Barat dan kebenaran Islam yang mulia.Maksudnya,setiap kebenaran dari kajian mereka,kami akan cuba kaitkan dengan kebenaran Al-Quran dan Hadis Nabi.Tidak semua hasil kajian mereka salah belaka.Masih ada yang benar,mungkin masih terbungkus dengan pelbagai lapisan pembohongan (layer) seperti yang dijelaskan di dalam jigsclue kami sebelum ini.Kami akan rungkaikan,tapis dan bersihkan ia.Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.INI JIGSCLUE YANG KEDUA.SIMPAN IA BAIK-BAIK.

Ucapan Khas M.O Tentang Tingkatan Dalam Luciferian

masonic

 

 

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Di sebalik kehidupan manusia yang sibuk dengan pelbagai aktiviti,hiburan dan karier…terdapat sekelompok entiti yang merancang sesuatu.Di sebalik dunia ini,terdapat satu ruang abstrak yang cuba untuk mengatur alam semesta ini mengikut telunjuknya.

Musuh utama manusia ialah Iblis.Dan ia berusaha siang dan malam untuk menyesatkan seberapa ramai manusia untuk dibawa ke neraka Allah.Tentera-tenteranya terdiri dari syaitan jin dan syaitan manusia.

Syaitan manusia ini telah menubuhkan pelbagai organisasi dan pertubuhan untuk merangka pelbagai pelan tindakan bagi menguasai dunia dan mempengaruhi manusia.Hasil tindakan mereka akan memudahkan syaitan jin untuk memerangkap manusia,sekaligus membuatkan cita-cita Iblis tercapai.

Kerapkali aktiviti syaitan-syaitan manusia ini amatlah sukar dihidu,dan mereka kebanyakannya adalah terdiri daripada para elit yang genius dan kaya-raya,berpengaruh dan punya karisma.Mereka menguasai perniagaan bernilai bertrilion pound sterling dan memiliki fasiliti media dan ketenteraan terbaik dunia.

Manusia yang dipelawa masuk ke organisasi mereka akan dibawa sedikit demi sedikit ke dalam perangkap.Dalam sistem kepercayaan juga syaitan manusia telah membangunkan hierarki:

-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak syaitan manusia.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.

-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend syaitan manusia.

-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan ‘magic’.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka para syaitan manusia,maka akan dicampak jauh-jauh.

-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui ‘Illumination’ (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya…tentu sekali dengan ketua para syaitan manusia,Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.

-Para kuli tahap ‘Grand Illumination’-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan ‘illumination’ yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.

INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS…

Namun jangan bimbang,Allah s.w.t adalah pelindung paling ampuh untuk melawan segala kegilaan ini.Penyerahan diri kepadanya adalah benar-benar menakutkan sang Iblis.

Di sini terdapat beberapa ‘clue’ untuk membaca pergerakan syaitan-syaitan manusia ini.Ingat,pada peringkat seterusnya,Yahudi dan Kristian hanyalah ‘scapegoat’ bagi para penyembah Iblis ‘Luciferiancraft’.Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya mengelakkan diri terperangkap di dalam permainan psikologi syaitan-syaitan manusia.

Baca jigsclue-jigsclue ini sebagai asas untuk menghidu pergerakan mereka.Selebihnya ialah iman yang kental.

Selamat mengharungi ketidakpastian dunia ini dan segala pancarobanya.

-M.O

Inbox:Memperkenalkan ‘Jigsclue’

Adalah amat sukar untuk mencantumkan kepingan-kepingan jigsaw puzzle yang bertaburan tanpa diberitahu dahulu apakah gambar yang hendak kita dapatkan.Jika kita membeli set jigsaw puzzle di pasaraya sekalipun,sudah semestinya di dalam pek jigsaw puzzle itu telah tersedia gambar yang telah lengkap sempurna buat panduan untuk kita mencantumkan jigsaw puzzle itu kelak.Tetapi lain pula dengan MistisFiles…Di MistisFiles,anda akan bermula dengan kepingan-kepingan jigsaw puzzles.Tiada gambar.Tiada panduan.Noktah.

Setiap orang mempunyai permulaan yang berbeza.Ada yang bermula dengan beberapa kepingan,ada bermula dengan hanya satu saja.Malah kami tidak terkejut jika ada di antara Jigsauce bermula dari sifar.Ada kes lain di mana dia mempunyai banyak kepingan dan menguasai sumber-sumber yang penting dan besar,tetapi masih tidak memahami dan terketar-ketar mencantumkan jigsaw puzzlenya sendiri.

KITA SEMUA ADALAH PENGEMIS KEBENARAN.ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN JIGSAW PUZZLE ANDA.

Jadi,kami di MistisFiles akan cuba membantu anda.Ini bukan bermakna yang kami mengetahui segala-galanya.Tetapi kami di sini sekadar berkongsi bersama-sama anda apa-apa yang kami ketahui supaya dapat DIFIKIRKAN bersama.MARI KITA SAMA-SAMA MENCANTUMKAN JIGSAW PUZZLE KITA.

Dari masa ke semasa,kami akan menghulurkan jigsclue kami.Kumpulkan jigsclue ini dan simpan baik-baik.Kelak jika anda ingin bermain dengan jigsaw puzzles anda,keluarkan jigsclue ini dan jadikan ia panduan untuk meneruskan permainan anda.Kepada Jigsauce semua, ambil peluang ini.

INI ADALAH PERMAINAN.INI ADALAH MistisFiles.

Ucapan dari M.O (sebelum hiatus Disember 2012)

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang memahami.Kata-kata ini tepat apabila anda sedang mencari pengetahuan rahsia itu.Bagi mereka yang alpa,mereka tidak lebih hanyalah umpama haiwan ternakan yang makan untuk hidup dan akhirnya mati,menjadi bangkai dan mereput.Kita semua adalah ‘ciptaan’ Dia dan suatu hari pasti akan mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut.

Continue reading