Monthly Archives: November 2026

Peguam Negara Diarah Meminta Ampun?

agcampun

 

Institusi Diraja dan kedaulatan undang-undang merupakan dua tiang utama yang menyokong sistem Raja Berperlembagaan serta demokrasi berparlimen di Malaysia. Apabila tercetus situasi yang melibatkan tafsiran perundangan bertembung dengan perintah atau titah diraja, perhatian seluruh negara pastinya akan tertumpu kepada bagaimana konflik kognitif tersebut diselesaikan tanpa menjejaskan keharmonian perlembagaan.

Isu mutakhir yang menyaksikan Perdana Menteri meminta Peguam Negara untuk segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ampun serta menjelaskan kekosongan atau kerumitan undang-undang telah membuka lembaran baharu dalam wacana pentadbiran keadilan negara. Rentetan peristiwa ini bukan sahaja mempamerkan ketegasan pihak istana dalam mempertahankan prerogatif diraja, malah menunjukkan komitmen pihak eksekutif dan perundangan dalam memastikan setiap ketetapan dilaksanakan mengikut landasan perundangan yang betul.

Menariknya, ada pihak berpandangan, AGC yang dijadikan kambing hitam, kini terpaksa ‘disembelih’ kerana ‘plan A’ tak menjadi. Adakah benar demikian?

M.O menulis…

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Kita Hidup Di Masa Kini Atau Sebenarnya Di Masa Depan?

pablocarlosbudassi

pablocarlosbudassi

 

Satu kajian beberapa tahun lepas daripada Universiti Bonn mencadangkan bahawa kita semua mungkin sedang hidup dalam satu simulasi maya.

Jika satu kekisi piksel yang membentuk latar belakang alam semesta ini menyajikan kepada kita suatu “gambaran televisyen” realiti yang merangkumi segala-galanya, maka seluruh kontinum ruang-masa ini mungkin merupakan satu artifak yang direka bentuk dengan sangat teliti.

Namun, satu kajian lain yang melibatkan sebilangan kecil pengamal meditasi membawa pemahaman kita ke tahap yang lebih jauh… lebih ‘mengerikan’.

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Misteri Perbalahan Reinkarnasi

reinkarnasi

 

Dua agama yang menimbulkan konsep reinkarnasi ini sebenarnya berbeza pandangan. Hindu berkata, kamu adalah jiwa abadi (roh, atman) yang sedang dalam perjalanan panjang untuk pulang ke rumah. Kamu akan terus mengembara dari satu kehidupan ke kehidupan yang lain sehingga kamu sedar siapa dirimu yang sebenar. Buddha pula berkata, kamu sebenarnya tiada jiwa abadi yang mengembara. ATMAN ITU TIDAK ADA. 

Apa yang kamu panggil diri itu hanyalah aliran yang berubah-ubah. Penderitaan wujud kerana kamu berpegang teguh kepada aliran itu seolah-olah ia kekal. Apabila kamu melepaskan genggaman itu, maka pengembaraan itu akan berakhir.

Pendapat siapakah yang paling masuk dek akal?

Sebenarnya kedua-duanya betul HANYA pada pandangan mereka. Ibarat orang buta memegang gajah. Setiap bahagian yang dipegang adalah betul NAMUN BUKAN MENJELASKAN KESELURUHAN BENDA. 

 

 

 

 

BACA SELANJUTNYA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us