ATBM XXIX : The Red Purse

30192693-01_big

 

 

Sekitar 1893-94, Kerajaan Siam menghadapi peperangan dengan Perancis. Kedudukan Siam ketika itu amat bahaya, dengan persenjataan dan teknologi perang Perancis yang jauh lebih maju dari Siam, dan yang paling menekan Siam ialah, tanpa bantuan sekutu kuatnya, Inggeris yang selalu membantunya terutama ketika berperang dengan negeri-negeri Melayu utara.

Siam ditinggalkan seorang diri oleh Inggeris, dengan seluruh kekuatannya, menghadapi Perancis.

Seperti yang dijangka, Siam dikalahkan dengan teruk dalam beberapa pertempuran dengan Perancis. Perancis mara dengan mudah dan menjajah beberapa wilayah Siam seperti di Chantaburi dan di sepanjang tebing barat Sungai Mekong serta membina pangkalan tentera di Siem Reap dan Battambang.

Pada 20 Julai 1893, Perancis menekan Siam dengan tuntutan yang berat ketika pasukannya bersiap sedia untuk menggempur Bangkok. Perancis menuntut pembayaran gantirugi sebanyak 3 juta franc dalam masa 48 jam, jika tidak, Perancis akan menjadikan seluruh Siam sebagai koloninya.

Keadaan menjadi amat genting apabila laporan dari Perbendaharaan menunjukkan rizab kerajaan tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan Perancis itu. Sebenarnya, bukan sahaja jumlah wang yang menyulitkan Siam, tetapi Perancis inginkan pembayaran itu bukan dalam matawang biasa tetapi melalui syiling-syiling emas.

Walaupun seluruh kerabat diraja dan pekerja istana dikerahkan untuk memberikan seluruh harta benda mereka seperti barang kemas dan simpanan mereka, namun jumlah itu belum mencukupi. Tempoh 48 jam semakin berakhir. Keadaan semakin genting dan muncung-muncung meriam kapal perang Perancis sudah bersiap sedia untuk membedil Grand Palace.

Akhirnya, pihak Perbendaharaan terpaksa membuka sebuah bilik rahsia di istana, yang menyimpan satu ‘national treasure’ yang hanya boleh digunakan ketika waktu-waktu sukar. Harta karun itu adalah rizab berupa logam-logam berharga yang berasal dari 12 negeri Melayu ketika zaman Sri Dharmaraja dan simpanan itu ditambah dari semasa ke semasa terutama ketika pemerintahan Rama III.

Harta karun itu digelar,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXIX

 

 

redpursecoverfinal

 

 

 

“…and requested of them the suay in silver tamlun, pad and salun, payable to the royal treasury…”

 

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

5 thoughts on “ATBM XXIX : The Red Purse

  1. uzbekdesantillana

    Nabi Sulaiman AS setelah kehilangan cincinnya sudah sampai ke kawasan ini kemungkinnan dan duduk dengan keluarga nelayan sehingga nelayan itu menangkap ikan yang telah menelan cincinnya itu dan terjumpa kembali cincin lambang pemerintahannya. Wallahuaklam.

    1. jigsmaster Post author

      Rattanakosin adalah nama sebuah pulau di tebing Sungai Chao Phraya di Thailand yang kini menempatkan istana raja Thai, Grand Palace.

  2. sepurba

    apa beza Siam dan Thai minta terangkan, saya selalu sangka org Siam adalah Melayu Siam, org Thai/Tai yg datang tawan kedah. Apa betul fahaman saya?

    1. jigsmaster Post author

      Siam asalnya adalah nama tempat, yakni di tengah Indochina. Thai adalah nama kaum dalam rumpun Tai, asalnya dari selatan China.

Leave a Reply