hypertropin

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Fail b9789 : Paras Tenaga, Kitaran Masa & Frekuensi Para Jin

Posted by jigsmaster on April 18, 2017

alientech2

 

[Mukaddimah]

 

Frekuensi memainkan peranan penting dalam mengawal paras tenaga. Para jin tidak mampu menembusi alam manusia jika berada pada frekuensi rendah yang tidak membenarkan paras tenaga mereka naik.

Persoalan ruang waktu juga agak kompleks dan sukar difahami. Apa pun ketiga-tiga elemen ini saling berkait rapat dan menjadi teras dalam perubahan dimensi dan mewujudkan apa yang dinamakan ‘penampakan’.

TOPIK INI SEMAKIN MENARIK. APABILA ANDA MEMBACA, PASTIKAN TIADA KANAK-KANAK TURUT MEMBACA DI BELAKANG ANDA.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us
  1. norlyzaini Said,

    Sekadar berkongsi dengan admin dan pembaca,

    Antara pintu paling dekat dengan kita untuk masuk dunia jin a.k.a alien ialah dengan membuka mata ketiga (mata hati/batin) masing-masing.

    Terbukanya mata ini (3rd eye at the frontal side), maka terangkatlah apa yang selama ini ditiraikan oleh Allah, terlihatlah dimensi ke-4, ke-5 dan mungkin lebih lagi dengan izin Allah.
    Terlihatlah makhluk/ciptaan yang selama ini ditiraikan oleh mata kasar kita dan sememangnya mata kasar kita tidak dapat melihat semua itu kecuali kasyaf dan pengalaman rohani seperti keluar roh.

    MAMPUKAH KELUAR ROH??
    Yakin saja, dan biarlah berGuru.

    Warning keluar roh 1: Roh/jiwa (roh+minda/akal) sahaja pergi mengembara kerana roh tidak berjisim, jadi kita (roh) boleh acting and perish like a dust dalam dimensi tersebut. Jasad layu seperti tidur macam biasa. Tidak ada istilah mati sebelum mati, sebab bukan dunia barzakh yang kita kunjungi, tapi dunia lain lagi menikmati keindahan ciptaan Allah termasuklah dunia Jin, kecuali semasa keluarnya roh, ditakdirkan ajal, maka kita benar-benar berkunjung ke alam barzakh.

    Warning keluar roh 2: Dilarang sama sekali menerima sebarang tawaran hebat dari mana-mana makhluk dari alam ghaib walau ia baik atau jahat kerana tujuan kembara batin bukan sebab itu, tapi untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata, untuk mencapai maqamul ehsan serta menjiwai status insan kamil.

    Namun sedih sekali, mata hati inilah yang paling ingin ditutup oleh dajal dan proksinya supaya tidak memahami ayat-ayat Allah, menentang Pencipta sendiri, menyembah dunia materialistik sehingga Tuhan pun mesti ada dalam dunia materialistik ini (sembah berhala). Pelbagai suntikan diberi (teknologi kepintaran buatan, media sosial dll) supaya kita lena ‘tidur sambil berselisih faham sesama sendiri’ di alam mimpi ini).

    Sumber utama paling jelas nyata yang menyebabkan mata hati penuh kegelapan/tertutup ialah aspek pemakanan (menjejaskan sebuku daging dalam otak manusia-akal/minda),
    Kedua, perbuatan dosa harian (menjejaskan keberadaan roh suci dalam diri kita). Kedua-dua elemen ini saling berintegrasi (mind soul integration) untuk mencapai keberadaan alam ghaib tersebut.

    Tips: Setiap segala perbuatan melihat, mendengar, perbuatan anggota, melayan dunia material secara melampau sangatlah memberi kesan kepada roh/jiwa. Perkara ini menyeksa roh/jiwa kita sendiri jika ia adalah perbuatan jahat, Oleh itu, niat dan bertindaklah secara baik setiap saat agar roh/jiwa kita sentiasa bahagia dunia akhirat.

    Bak kata Imam Al-Ghazali r.a, barang siapa meletakkan bekas makanan di antara hati dan dadanya, maka tertutuplah hijab hingga tidak boleh melihat sebahagian kerajaan Allah (alam ghaib). Walau bagaimanapun, barang siapa yang mengosongkan perutnya dengan berpuasa, maka itu belum cukup untuk membuka hijab selagi keinginannya belum terlepas dari keinginan Allah.

    Subhanallah.

    Sumber: Tazkiyatul Al Nafs oleh Imam Al Ghazali (diterjemah dan diedit oleh Said Hawwa).

    Sekian.

  2. jigsmaster Said,

    Terimakasih berkongsi

  3. norlyzaini Said,

    Sama-sama.
    ……………………………………………………………………………………
    Tiba-tiba tertarik kepada situasi penyataan teks entry admin di atas:

    “Fenomena makhluk asing sering mencerminkan sesuatu yang mendatangkan syak, iaitu – manifestasi diperhatikan nampaknya seolah-olah sengaja disesuaikan dan diselaraskan dengan kepercayaan individu dan sikap orang yang dituju atau menyaksikan. Mangsa diberi maklumat yang mana dalam kebanyakan kes, sesuai dengan kepercayaan mereka. Penyelidik UFO sebagai contoh, yang menumpukan perhatian kepada satu aspek atau teori tertentu mendapati diri mereka dibanjiri dengan laporan seolah-olah mempercayai atau cenderung untuk menyokong teori yang sama.
    ___________________________________________________________________________

    Inilah yang diperkatakan dan dipercayai oleh orang Sufi seperti,
    Rumi:

    “WHAT YOU SEEK, IS SEEKING YOU!

    Manakala Buddha pula berkata;

    WHAT YOU THINK YOU BECOME!

    Tapi, dalam konteks yang lebih ulung (religi) iaitu antara Pencipta dengan ciptaanNya

    Allah telah berfirman yang bermaksud:
    Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda :

    “Aku menurut persangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu.

    (Hadits ditakhrij oleh Turmidzi).

    Intisarinya, sebagai Muslim, apa yang kita cari dalam dunia ini ialah KEREDAAN Allah semata-mata. Bukan mencari Allah itu sendiri sehingga terpesong akidah hingga timbulnya konsep Tuhan tri tunggal/Pantheism seperti mana yang kita saksikan dengan mata kepala kita hari ini. Yang merupakan peristiwa berulang-ulang sejak Nabi Nuh a.s lagi sepertimana yang diceritakan dalam Al-Quran.
    Nauzubillahiminzalik.

    TIPS: Dalam dunia ni, kena ingat Allah saja. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

    Bagaimana?

    Sebutlah nama Allah di bibir/minda dan terus ingat kepadaNya di minda tanpa ada bayangan ciptaan lain sedikitpun. Tidak berhuruf, tidak berbunyi, tidak ada apa serupa denganNya. Ingat saja,

    Dipendekkan cerita, kita semua yang dipilih menjadi ciptaan bernama manusia dan muslim~Alhamdulillah~, dianugerahkan akal dan mata akal (hati dan mata hati) untuk berfikir dan merenung tanda-tanda kebesaranNya, yang telah Allah lebihkan atas segalanya berbanding penciptaan yang lain, akan hidup dan membaca skrip yang Allah ciptakan sejak azali lagi. Rancangan dan perencanaanNya amatlah teguh.

    Permainan jin dan syaitan, kehadiran malaikat, keadaan manusia kafirun, kemewahan dan kekayaan dunia yang dibawa hadir ke dalam minda (dunia matrik) dan terjelma di mata kasar sebagai ‘real’ mempunyai peranan khusus ke atas dasar tauhid seseorang Muslim terhadap keESAan Tuhannya.

    Tidak lain tidak bukan tujuan Allah ialah untuk MENGUJI. Siapakah yang lebih baik (amal, perbuatan dan niat, benar) dalam kalangan hambaNya dan siapakah yang lebih berhak mewarisi Syurga Tinggi itu.

    Allah berfirman lagi….Tidak Aku ciptakan jin dan manusia selain untuk menyembahKu

    Subhanallah.

    PS: Samigna, wa atagna.

    Maaf ye admin. Tersasar jauh, boleh delete mana yang tidak berkenaan atau keseluruhannya. Tiada masalah.

    Sekian.

  4. jigsmaster Said,

    Tidak mengapa. Pandangan yang menarik.

  5. azwaa479 Said,

    Asas mencari fakta yang benar telah diturunkan beribu tahun yang lalu, dicatat di tablet tanah liat pada zaman babylon..

    “Algamish memberi tahu pada arkad untuk mendapatkan nasihat yang baik untuk membina rumah anda perlu berjumpa tukang buat rumah, jika mahu berniaga permata anda perlu dengar nasihat tukang permata bukan penjual daging.. jika anda hendak membeli daging yang baik dengar nasihat penjual daging bukan penjual telur ayam”.

    Idea ini adalah dari hukum emas ke 3 dari buku The richest man in babylon

    Hukum emas ini masih releven hingga sekarang

    Sebagai contoh perlu ke kita percaya bila Gabenor bank negara Muhammad bin Ibrahim bercakap tentang hukum hakam islam, bercakap tentang hukum hudud.. Siapa yang perlu kita percaya, sudah tentulah dari ustaz dan mufti yang belajar tentang hukum-hakam islam contoh ustaz Azhat idrus atau ustaz kazim.. begitu sebaliknya.. perlu ke kita percaya bila ustaz azhar idrus bercakap tentang ekonomi , bursa saham . sudah tentu kita percaya daripada Gabenor bank negara sebab beliau belajar tentang ekonomi

    kebanyakkan ramai melayu kena tipu berkali-kali adalah sebab percaya pada orang yang salah

    Point saya di sini adalah berdasarkan artikel tentang UFO,Alien dan Jin adalah tidak terfikirkah kita jika apa yang umat manusia berfikir tentang jin salah sama sekali.

    Tidak terfikirkah kita Jin mungkin ketawa terbahak-bahak mengetawakan kita sebab apa yang kita gambarkan tentang jin dan alien salah sama sekali

    Cadangan saya adalah kita bertemu dengan jin dan kita bertanya apa yang dibuat tentera Amerika di Area 51 atau betulkah wujud Pangkalan Dulce di new mexico dan beberapa soalan lain yang boleh ajukan berkenaan Alien, UFO, dan jin

    Dari situ kita boleh menilai betul atau tidak kajian yang dibuat oleh ramai pengkaji tentang Alien dan jin

    sekian,

    Rayyan

  6. jigsmaster Said,

    Memang ada orang yang bertanyakan seperti buku2 oleh Muhammad Isa Dawud.
    Cabarannya ialah yang manakah Jin yang betul untuk ditanya?
    Mereka juga makhluk mukakallaf yang diberi akal untuk memilih. termasuk untuk berbohong.

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.