[Mukaddimah]
Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) pada asasnya adalah projek yang akan membuahkan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia. Bayangkan masa perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung dapat dikurangkan dan pengangkutan atau logistik dari kedua-dua zon menjadi lebih mudah.
Kos akan dapat dikurangkan, masa dapat dijimatkan dan ini akan mencambahkan ekonomi dan membiakkan perniagaan.
Namun, kita tahu bahawa projek ini ‘dibayangi’ oleh China sebagai pembiaya dan pemaju utamanya. Menurut lamanweb NajibRazak.com, Malaysia menerima terma pembayaran menarik di mana 85 peratus projek ini akan dibiayai soft loan 3.25 peratus daripada China Exim Bank, dan baki 15 peratus dibiayai program sukuk diuruskan oleh bank-bank pelaburan tempatan.
Isu ini telahpun dimanipulasi oleh pihak pembangkang terutamanya.
Namun, kita tidak tahu satu lagi perkara – tekanan ke atas Singapura. ECRL seolah-olah ‘hukuman’ bagi Pelabuhan Singapura dan Singapura.
APAKAH DENDAM CHINA KE ATAS SINGAPURA ITU?