Artikel khas: The Last King Solomon’s Mines Part 1



Sejarah Malay city-states (negarakota Melayu) sangat mengasyikkan.Menghayati riwayatnya bagaikan terbang ke alam negeri Antah Berantah dan pengembaraan Awang Selampit.Putera-puteri raja…kota-kota yang disaliri air sungai dan taman-taman serta emas dan perbendaharaan permata yang banyak…sering kita baca dalam hikayat-hikayat dongeng di sekolah namun hakikatnya semua itu dicatat oleh para pengembara Arab,Parsi dan catatan imperial China.

Saya akan cuba membawa anda memahami sejarah negarakota-negarakota Melayu ini ataupun negeri-negeri Melayu Purba dengan membawa anda menyelami salah satu negarakota Melayu,malah yang istimewanya,negarakota ini adalah ‘the lost civilization’ paling mendebarkan dewasa ini.

Saya akan bawa anda ke hutan rimba paling kejam di semenanjung Malaysia.Saya akan carikan di mana bunga serai dan lalang berdiri bagaikan gerbang istana.Saya akan bukakan ‘portal’ nya.Mari,ikut langkah kaki Srikandi untuk mencari…

 

 

 

 

 

The Last King Solomon‘s Mines

Part I

 

 

 Artikel khas ini dibawakan oleh MistisFiles dan Mistis Organization.Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kesan negatif dari pembacaan artikel ini.Gunakan kebijaksanaan anda untuk menggunakan maklumat.
 



 

 

 

Sejarah bangsa Melayu harus dinilai dari perspektif yang luas,bukan sempit dan jumud.Ramai melihat orang Melayu dan sejarahnya melalui pelbagai medium sempit yang tidak sepatutnya,seperti melihatnya melalui perspektif politik dan perkauman.Ramai orang menganggap bangsa Melayu adalah berasal dari Yunnan di China ataupun dari Borneo atau dari percampuran pelbagai kaum,ini semua adalah pendapat yang tidak didasari dengan nilai akademik yang sepatutnya.

Seperti juga dalam melihat isu Kota Gelanggi,ramai yang mempolitikkan isu ini sehingga rahsia yang terpendam hilang begitu sahaja.Ini yang menghairankan penulis (Srikandi) apabila sejarah negara kita dikendalikan oleh mereka yang buta sejarah dan bertindak seperti badut sarkas.


Kota Gelanggi disebut dalam satu sumber iaitu Sulalatus Salatin yang disusun oleh Tun Seri Lanang (TSL) ketika era Empayar Johor-Riau selepas kejatuhan Melaka.Saya petik dalam edisi Shallebear:

Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)
 
Dari sini kita boleh simpulkan beberapa perkara:

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

2 thoughts on “Artikel khas: The Last King Solomon’s Mines Part 1

  1. azlanmalik

    Aslkm cik srikandi,

    Saya ni apabila membaca siri Last King Solomon’s mine ini rasanya terlepas atau terlupa keylink antara rekod kerajaan Nabi Sulaiman dengan lombongnya yang cik kaitkan dengan Gelanggi.

    Mungkin pembayangnya sudah ada dalam timbunan artikel-artikel terdahulu

    Mohon pencerahan cik srikandi

    Trksh

Leave a Reply