Ada seorang profesor mempertikaikan kewujudan orang Melayu yang dituduh sebagai bangsa ‘ciptaan’ semata-mata. Anehnya, dia menolak semua bukti arkeologi, genetik, antropologi malah linguistik yang begitu saintifik menjelaskan orang Melayu sememangnya wujud sebagai satu kelompok masyarakat malah berbangsa kerana memiliki subetnik dan subbahasa atau dialek yang berbeza-beza malah dari segi genetik, penanda genetik Melayu asli diperakui paling tua mengatasi subetnik Nusantara yang lain malah ia menurunkan pula keturunan etnik-etnik berkaitan di Asia Tenggara.
Profesor kangkung ini hanya sempitkan sumber dari historiografi kolonial dan sumber hikayat semata-mata untuk mengadili asal-usul dan kewujudan orang Melayu.
Sehinggalah apabila dia membuat kajian lapangan kepada masyarakat Orang Asli (orang Kuala), tercengang dia apabila mendengar sendiri pengakuan Tok Batin menyatakan kepadanya bahawa mereka ini adalah salah satu puak Melayu! Malah mereka menyatakan bahawa kaum mereka berbeza dari kelompok Orang Asli yang lain kerana dekatnya mereka dengan orang Melayu.
Srikandi mencatatkan…
lETAK JER NAMA PROF KANGKUNG TU…..BIAR KITA TAHU KAJIAN DIA DAN PROMOTE KAN KEKANGKUNGANNYA…LOL
Kami tidak mahu pendedahan ini akan mengaibkan nama prof terbabit. Cukuplah dengan mengkritik hujahnya. Namun siapa yang kenal prof itu dan kerja-kerja akan tahu.