Misteri Proton Biru & Sejarah ‘Mindcontrol 1987′

prebet adam

 

Petikan dari tulisan M.O yang lepas:

 

“…Perhatikan perenggan yang dimerahkan:

Prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya. Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.

Perenggan ini sangat PENTING.

Cerita yang kita dengar sebelum ini adalah bagaimana sultan Johor ketika itu memukul adik Prebet Adam sehingga mati dengan kayu golf. Kalau menurut pendedahan dari Tunku Ismail, ini bermakna itulah cerita yang dipaksakan ke atas Prebet Adam.

Sebelum ada teori tentang kisah sebenar Prebet Adam berdasarkan pendedahan wartawan Syahril A Kadir iaitu: Kes Prebet Adam mengamuk di Chow Kit pada tahun 1987 dijadikan modal dengan menyeleweng kes itu kononnya berpunca dari sultan Johor yang membunuh adik Prebet Adam.

 

Tapi di sana ada teori yang yang lebih menakutkan!

 

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

6 thoughts on “Misteri Proton Biru & Sejarah ‘Mindcontrol 1987′

  1. sejagat

    Saya sebenarnya ‘confuse’ dengan Tun M, pada era 13 Mei 1969, jelas beliau sangat Ultra Nasionalis Melayu tulen, sehingga hari ini dan ada ucapan Tun M menyebut kena menjadi rasis untuk jaga bangsa sendiri tetapi pada masa yang sama inferior terhadap keupayaan bangsa sendiri supaya jangan jadi malas. Saya akui, kutuklah, pujilah dan katakan apa-apa sahaja kepada Tun M, beliau tetap saya bariskan sebagai politician, strategic and tactical individu yang handal dan ada kelas yang tersendiri. Cuma, kedegilan Tun M untuk tidak bersatu dengan Parti Islam amat jelas. Satu sisi saya melihat beliau mungkin masih terbawa-bawa ajaran Sekularisme yang disemai ketika remaja kerana bersekolah Inggeris (sama kes seperti Soekarno belajar di sekolah aliran penjajah Belanda dimana idea Sekularisme beliau sangat pekat), dan satu sisi lagi Tun M berpendapat beliau tidak akan bersatu dengan Parti Islam lebih kepada ‘attitude’ bukan disebabkan kepentingan umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Saya ‘confuse’ dengan pendirian Tun M…apakah pendirian beliau ? Apakah kepentingan peribadi politik beliau melebihi segala-galanya ?

    Teringat dahulu MO ada menyebut 3 Mason Melayu (Anwar, Tun M dan Nik Aziz), MO menyebut demikian kerana betapa pengaruh mereka begitu besar ke atas umat Melayu Islam tetapi betapa besarnya pengaruh mereka, puak Ultrakiasu Liberal Sekularis berjaya menguasai ekonomi, memonopoli ekonomi, boleh menentukan harga barang, sekolah-sekolah aliran Cina berdiri dengan megahnya disamping berhempas pulas mahu UEC diluluskan sebagai syarat menyertai perkhidmatan awam, tanah-tanah rizab Melayu semakin mengecil, samseng-samseng semakin menguasai malah pandai memanipulasi undang-undang, rasuah digunakan untuk melemahkan penjawat awam yang majoritinya umat Islam, hedonisme semakin berleluasa, media sosial sebagai medan orang-orang tidak berilmu memberikan pendapat atau hujah yang jauh dari haluan sebenar keilmuan yang haq dan pelbagai lagi isu-isu besar yang dialihkan secara ‘mindcontrol’ tentang apakah jantina sebenar Sajat dan kenapa Emma Maembong membuka tudung.

    Mohon jelaskan apa PENDIRIAN TUN M yang sebenarnya berdasarkan pandangan Tuan MO.

    1. jigsmaster Post author

      Tun M pada masa kini, pada awal melibatkan diri semula dalam politik adalah untuk menyelamatkan survival perniagaan anak2 dan para kroninya, itu saja. Namun jika kita lihat konflik kehendak dengan DAP, maka Tun M cenderung untuk bersaing dan menumpaskan halangan2 walau dari rakan politiknya sendiri.

      -M.O

  2. sejagat

    Saya dapat merasakan bahawa penglibatan agensi-agensi perisikan negara dalam isu Prebet Adam ini. Mengapa Tun M memiliki pengaruh yang begitu besar sehingga boleh menganggu gugat sebuah agensi penguatkuasa undang-undang negara. Sedangkan dalam Trias Politica (sekiranya Tun M penganut ajaran Sekularisme tegar), perkara ini hukumnya adalah haram disisi kitab politik Sekularisme.

    Apakah kerana MABUK KUASA telah menguasai diri demi kepentingan politik yang tidak kekal abadi. Apa yang mahu dicari ?

    Bukankah perjuangan demi agama, bangsa dan negara adalah sebuah perjuangan yang abadi dan pasti mendapat imbalan baik di akhirat kelak.

    Apa pun, saya sangat berminat dengan kaedah Napoleon Bonaparte, menyapu habis semua monarki dan mendirikan monarki sendiri. Kaedah ini sangat bagus untuk memusnahkan sebuah pemerintahan ‘selfish’ dan ‘penuh auta fitnah’ yang merugikan anak cucu umat Melayu Islam. Tetapi imbal baliknya harus dibayar dengan nyawa, darah dan keringat, suatu perkara yang tak akan sanggup dihadapi oleh umat yang ‘wahn’.

  3. genzipro8888

    Aku X setuju konsep sapurata monarki napoleon ni di terapkan di Malaysia.
    Kita xboleh membelakangi hak identiti sultan atau raja lain semata mata hendak menghidupkan seorang RAJA.
    Lebih baik para raja raja melayu memilih ketua raja menjadi YDPA sesuai giliran. Seperti sedia ada.

Leave a Reply