Bukti Kontroversi Manusia Berasal Dari Beruk BHG II

berukmanusia

 

Adakah manusia benar-benar berevolusi dari beruk? Bagaimana kisah-kisah dari agama yang mengatakan Adam, manusia pertama diturunkan dari Syurga ke Bumi?

Adakah Teori Evolusi Darwin itu benar? Atau… semua haiwan dan tumbuhan berevolusi KECUALI MANUSIA?

Ikuti penyiasatan yang mendebarkan ini…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

6 thoughts on “Bukti Kontroversi Manusia Berasal Dari Beruk BHG II

  1. sejagat

    Saya berpendapat bahawa tumbuhan dan haiwan diciptakan ‘seketul-seketul’ tetapi saya percaya ia juga mengalami perubahan yang ‘dikatakan revolusi’ tersebut tetapi tidaklah berskala besar seperti tapir menjadi gajah cuma ia bergantung kepada lokasi di mana haiwan atau tumbuhan itu berdiam bergantung kepada cuaca dan persekitaran. Misalnya, Harimau Malaya jauh lebih kecil saiznya berbanding saudaranya Harimau Bengal. Sama juga Gajah yang tinggal di hutan Malaysia memiliki telinga yang jauh lebih kecil berbanding Gajah yang menetap di benua Afrika. Apapun ideologi ‘penciptaan’ adalah benar dan jauh lebih kosisten berbanding unsur-unsur khurafat yang terdapat di dalam teori evolusi yang masih didukung oleh puak-puak neo Darwinism yang sudah tentu menyimpan cita-cita mahu melihat Tuhan dengan mata kepala sendiri baru boleh percaya Tuhan itu wujud adanya.

  2. sejagat

    Slav dan Teuton (bangsa Eropah dan Amerika hari ini), begitu juga dengan China, Israel Askenazi dan orang-orang Thai, mereka ini keturunan daripada Yajuj dan Majuj (cuba kira berapa banyak perang telah berlaku sepanjang sejarah Melayu dan umat Islam dengan mereka). Maka, pada waktu ini memang kita sedang berhadapan dengan Yajuj dan Majuj yang begitu rakus dan tamak untuk menjarah manusia (sesuai dengan hadis dan Al Quran perihal akan Yajuj dan Majuj). Sehingga Nabi Isa AS yang sudah pun mengalahkan Dajjal pun berundur dan berdoa dimana Yajuj dan Majuj ditewaskan oleh virus. Fikirkan dan pandang dengan mata hati sememangnya kita sedang berhadapan Yajuj Majuj kiri kanan atas bawah. Zikir dan selawat sahaja makanan kita sebagai kubu pertahanan. Tak usah dicari-cari bila tarikh kiamat kerana sesungguhnya kematian yang paling dekat dengan kita itulah kiamat.

    1. jigsmaster Post author

      Masalah Ya’juj dan Ma’juj ini memang masih tersembunyi walaupun banyak pendapat mengenainya. Mungkinkah ianya wujud secara harafiah atau hanya simbolik sahaja? Jika ia betul-betul secara harafiah sebagaimana yang dimaksudkan, maka ia memang amat menggerunkan dan satu malapetaka kemanusiaan.

    2. wtc9516

      Dalam Surah Al-Kahfi jelas Allah SWT nyatakan bahawa Yakjuj Makjuj telah dikurung didalam tembok oleh Iskandar Zulkarnain sehingga sampai masa yang
      ditentukan oleh Allah SWT. Pada saya, tempoh masa antara zaman Zulkarnain sehingga zaman moden sekarang telah mencapai beribu tahun. Tidak mustahil jumlah mereka jauh lebih ramai dari penduduk bumi sekarang. Bangsa-bangsa yang telah tuan sebutkan tadi ada yang telah memeluk Islam malahan mendirikan empayar yang amat gah di benua India. Sedangkan Yakjuj Makjuj adalah satu bangsa yang terkenal melakukan kerosakan dan tidak beriman pada Allah. Hanya sekadar perkongsian pandangan. Wallahualam.

  3. sejagat

    Ya, sememangnya saya memahami subjek eskatologi dari dua sudut pandangan yakni secara harafiah dan simbolik memandangkan tidak ada perlanggaran akidah Ahlussunah Wal Jamaah dalam isu ini melainkan mengukuhkan kefahaman berkaitan dengannya.

    Ya’juj dan Ma’juj (merujuk kepada bangsa Eropah dan China) sepertimana yang kita lihat hari ini seolah-olah terlalu gagah untuk ditumbangkan dengan gaya perang secara konvensional jika mengenangkan terdapat jurang perbezaan dari segi teknologi kelengkapan perang, malah dari banyak sudut juga jelas terlihat memang sukar untuk ditumbangkan.

    Melainkan serangan virus.

    Ya’juj dan Ma’juj tewas akibat serangan virus. Bukan perang skala besar yang dilancarkan kali kedua oleh Tentera Islam (kali pertama untuk menewaskan Dajjal dan ternyata berhasil sepertimana yang dirakamkan dalam hadis ilmu fitan).

    Oleh itu, pandemik COVID 19 memberikan jawapan. Betapa virus yang hanya mampu dilihat dengan mikrosop elektron mampu menggugat suatu tamadun walau bagaimana gagahnya. Malah seringkali dijadikan sebagai modal untuk melariskan filem dan novel. Manusia menggambarkan pandemik boleh menjahanamkan ‘the civilization of humankind ever’.

    Banyak persoalan dan petunjuk dalam hadis-hadis Nabi berkaitan akhir zaman. Mungkin ada jawapan untuk kefahaman sendiri tetapi tak dapat diterangkan kepada orang lain. Mungkin ada jawapan sudah pun terpancar di depan mata cuma sebab lupa juga tidak dapat menerangkan apa yang berlaku. Oleh kerana itu, orang-orang soleh sering berdoa agar berada di dalam keredhaan Allah sentiasa kerana di situ terkandung pencerahan dan jawapan.

  4. sejagat

    Manusia yang berketurunan Ya’juj dan Ma’juj yang sudah beragama Islam telah terbatal menjadi Ya’juj dan Ma’juj melainkan menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW.

    Ya’juj dan Ma’juj adalah kafir.

Leave a Reply