Matrix Hologram 4.3

the_living_earth_simulator-460x420

 

 

Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia ruang Matriks yang semata-mata ilusi.Dijelaskan juga bagaimana jarak menjadi ilusi kerana dua zarah dapat berhubung seakan-akan berdepan sesama sendiri walaupun mereka berada jauh di antara satu sama lain.

 

 

Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

-M.O

 

 

Baru-baru ini sekumpulan saintis Fizik dari Universiti Ibaraki di Jepun yang diketuai oleh Yoshifumi Hyakutake telah menemukan bukti secara pengiraan dan simulasi bahawa alam semesta ini adalah sebuah hologram.Mereka menerbitkan dua kertaskerja saintifik yang merangkumi pengiraan terhadap tenaga di dalam Lohong Hitam di dalam dimensi-dimensi berbeza.

Juan Martín Maldacena,saintis yang popular kerana pembuktiannya kepada teori Alam Holografik telah mengalu-alukan penemuan tersebut dengan mengatakan bahawa, “satu cara yang menarik dalam menguji sebegitu banyak idea di dalam Teori Graviti Kuantum dan Teori String.”

Banyak pandangan dalam bidang Fizik Teori berkenaan apakah alam semesta ini sebenarnya dan bagaimana ia berfungsi sejak disedari terdapat percanggahan di antara Fizik Kuantum dan Teori Relativiti Einstein.

Percanggahan ini begitu ketara apabila mereka memperdebatkan tentang Lohong Hitam.Teori Einstein menjadi bingung apabila jatuh ke dalam pusaran Lohong Hitam…

Mereka cuba menerangkan dengan satu teori baru…yang berdasarkan zarah-zarah paling kecil adalah berbentuk tali-temali yang melayang-layang…

Kemudian mereka menemukan kenyataan paling aneh dan menggemparkan…bahawa seolah-olah tiada jarak antara zarah-zarah tadi!

Di sana…terdapat satu misteri yang belum diungkap sepenuhnya.Di mana alam semesta ini sebenarnya hanyalah ‘wayang gambar’ yang didatangkan ke minda manusia.

Satu persembahan yang mengiurkan.Sebagai senda-gurau dan permainan semata-mata.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakikat Ruang-Ilusi

Dalam Matriks Manusia

 

 

 

 

 

Space-Time

 

“…the theory that the three dimensions we perceive are actually just“painted” onto the cosmological horizon – the boundary of the known universe..”

 

 

 

Sekumpulan ahli fizik telah membuat penemuan seperti apa yang telah diterangkan oleh jurnal Nature sebagai “bukti paling jelas lagi” bahawa alam semesta kita adalah hologram.

Penyelidikan baru tersebut boleh membantu menyelesaikan salah satu masalah yang paling lama bertahan dalam Fizik moden: isu tidak konsisten yang jelas di antara model yang berbeza daripada alam semesta seperti yang berlaku kepada Fizik Kuantum dan Teori Graviti Einstein.

Kedua-dua kertas kerja saintifik yang terbaru ini adalah hasil kerja bertahun-tahun yang diketuai oleh Yoshifumi Hyakutake dari Universiti Ibaraki di Jepun, dan mereka berurusan dengan pengiraan yang membayangkan tenaga Lohong Hitam dalam alam semesta yang berbeza.

Di sana mereka telah menemui sesuatu yang amat menggemparkan….bakal mengubah cara manusia melihat alam ini.Bagaimana?Baca seterusnya.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

3 thoughts on “Matrix Hologram 4.3

  1. norlyzaini

    Cuma persoalan yang ingin dirungkaikan oleh Bell ialah BAGAIMANA partikel A dan B berkomunikasi?

    Salam admin, sekadar berkongsi pendapat disini,
    Dari segi teori fizik kuantum yang dijelaskan oleh Barat, sukar nak jelaskan equation (persamaan) sebab dari segi fundamentalnya agak sedikit keliru. Bagaimana mereka melihat alam semesta tidak sama dengan orang Allah yang melihatnya dengan Cahaya Nur Allah.

    Namun, apa yang saya faham terjadinya komunikasi antara atom ialah kerana atom A dan B masing-masing mempunyai akal, consciousness, energy, kod yang sentiasa menurut arahan daripada DIVINE ENERGY/SOURCE/ALLAH walaupun ia terpisah sejauh 4 juta billion cahaya contohnya.

    Ini kerana, atom A dan B sentiasa ada connection (sentiasa plug in) dengan DIVINE ENERGY/SOURCE/ALLAH. Segala pengetahuan yang diketahui oleh oleh atom A, juga pasti diketahui oleh atom B.

    Contohnya, projek LHC untuk memecah belahkan sub atom dalam dimensi kita yang dilakukan di CERN, Geneva, Switzerland; mereka menggunakan kuasa tenaga yang amat tinggi untuk memecahbelahkan sub atom kepada struktur yang lebih kecil. Namun, pada masa yang sama ia dapat mengganggu-gugat sub atom di dimensi lain, malah dikatakan boleh membuka dimensi lain (kelima dan mungkin keenam), dimana dunia matrik kita juga akan terkesan dan berubah disebabkan oleh gangguan daripada dimensi yang lebih tinggi. Masa juga akan semakin singkat dan banyak ruang dalam dimensi kita turut akan berubah. Semua ini berlaku dengan izin Allah, untuk fulfilling the prophecy, menuju Qiamat. Wallahu’alam.

    Warning alert: this is a matter of perception, everyones has their own.

    Allah Maha Halus. Maha Mengetahui. Rancangan Allah Maha Teguh.

Leave a Reply