Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Matrix Hologram 4.4

Posted by jigsmaster on April 17, 2015

matrix13a

 

Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia ruang Matriks yang semata-mata ilusi.Dijelaskan juga bagaimana ruang menjadi ilusi kerana semua partikel memiliki hubungan antara satu sama lain seolah-olah satu partikel atau satu sistem tunggal yang mana manusia menghitungnya seolah-olah partikel-partikel atau zarah-zarah yang tidak terpermanai banyaknya.

 

 

Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

-M.O

 

 

 

 

Dalam perbincangan yang lepas,kita sudah mengetahui bagaimana Teori Graviti Einstein tidak mampu menerangkan mengapa pengiraan di dalam Lohong Hitam menggambarkan seolah-olah Lohong Hitam itu adalah sebuah objek 2 dimensi.Kemudian bagaimana Fizik Kuantum mempunyai jawapan kepada masalah itu tadi apabila semua tenaga mahupun perubahan tenaga seperti entropi seperti dalam Teori Kedua Termodinamik akan lenyap apabila memasuki zon Lohong Hitam; mewakili perubahan entiti menjelang 3 dimensi memasuki alam 2 dimensi.

Ini menerangkan sesuatu yang menakutkan; PERUBAHAN MAKHLUK-MAKHLUK TIGA DIMENSI RUANG KEPADA DUA DIMENSI RUANG ATAUPUN SEBALIKNYA.

Persoalannya,ke mana jasad objek 3 dimensi apabila memasuki kosmos 2 dimensi?Pengiraan matematik menerangkan bahawa isipadu objek menjadi infiniti apabila memasuki perubahan termodinamik Lohong Hitam yang mewakili objek 2 dimensi.

Nampaknya apa yang kita gambarkan lukisan 2 dimensi seperti satu bulatan yang dilukis oleh  kanak-kanak di atas kertas lukisan adalah belum benar-benar fizikal dua dimensi; kesimpulannya,itu hanyalah imaginasi minda.

Objek ‘real’ 2 dimensi seperti Lohong Hitam ini sahaja adalah seakan raksasa yang dasyat dan menakutkan!Kononnya cahaya pun tidak akan terlepas dari lenyap di permukaaan Lohong Hitam.Adakah ada objek-objek 2 dimensi yang lain?

Kemudian Fizik Kuantum menerangkan di sana ada kenyataan yang lebih aneh; dua partikel yang saling terkait dan berhubung walaupun berada berjuta-juta tahun cahaya antara satu sama lain.Dan ini telah menentang Prinsip Ketidakpastian Heisenberg.

Prinsip Ketidakpastian Heisenberg menyatakan adalah tidak mungkin kita dapat mengetahui dua data serentak sesuatu partikel;kecepatan dan posisinya.Ini menjadi satu kemungkinan sahaja,bukan mutlak kerana foton cahaya lebih BESAR dari partikel-partikel bertaraf quark dan bozon.

“Sifat-sifat objek bergantung kepada pemerhati,” adalah kesimpulan akhir dari prinsip ini menunjukkan seolah-olah mindalah yang mengatur semua pergerakan alam semesta.Ini adalah kesimpulan teragung dari mazhab Fizik  Relativiti dan diraikan oleh ajaran Teosofi dan kultus New Age.

Namun di sana ada satu kenyataan lain yang lebih aneh,yang memungkas semua prinsip Relativiti dan Ketidakpastian Heisenberg,bahawa kita boleh mengetahui posisi dan kecepatan KERANA DUA PARTIKEL ATAU LEBIH ATAU SEMUA PARTIKEL ADALAH BERHUBUNG DI ANTARA SATU SAMA LAIN…

Apakah sebenarnya alam semesta yang dasyat ini?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakikat Hidup di Dalam

 

Matriks-Ilusi

 

 

swirl-optical-illusion-300x203

“Choice is an illusion created between those with power and those without”

 

 

 

Semakin lama manusia mengkaji tentang alam ini,semakin dekat hasil keputusan mereka dengan apa yang tertulis di dalam kitab-kitab yang diwahyukan.Lebih dalam mereka memahami setiap baris persamaan algebra dan aritmatik,lebih dekat maksudnya dengan dogma-dogma agama.Segala persamaan matematik dan Fizik anehnya semakin menjelaskan bahawa alam ini tiada dan sementara;tidak kekal abadi.

Di dalam wahyu Tuhan,alam dunia ini digambarkan sebagai ‘gurau senda’,’permainan’ atau ‘kepura-puraan’.Apakah ertinya?Majoriti penafsiran menggambarkan ia dari segi abstrak;kehidupan yang penuh godaan dan ujian.Namun sebenarnya ia melangkau jauh dari situ.Konotasi ‘permainan’ atau ‘kepura-puraan’ itu sebenarnya benar-benar wujud!

‘Kepura-puraan’ alam dunia ini makin dibuktikan oleh sains,tepatnya oleh Mekanik Kuantum.Selama ini kita berfikir secara materialis bahawa terdapat atom-atom fizikal yang teramat kecil membentuk alam ini seperti batu-bata membentuk sebuah dinding.Namun hakikat sebenarnya,atom-atom itu seolah-olah tidak wujud apabila ruang di antaranya hanyalah ilusi.Atom-atom itu juga memiliki hubungan aneh;seolah-olah mereka adalah satu bahagian dari satu atom atau sistem yang besar.

Baca seterusnya…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.