Minitesis Srikandi:
“Angka ‘O’ Terawal Di Dunia Dalam Prasasti Berbahasa Melayu”
Saya meneliti laporan dari Hagben tahun 1949,Majumdar tahun 1953 dan Zakov tahun 1974 mengatakan simbol kosong yang berperanan dalam perpuluhan nombor yang sempat direkodkan tertua bukan dari India tetapi dari Asia Tenggara.
Di Malaysia,perkara ini mungkin pertama kali ditimbulkan oleh pensyarah-penyarah di ASASI UKM,namun bila saya baca laporan mereka,seolah-olah khabar-khabar angin sahaja,tiada bukti konkrit.
Simbol ‘0’ memang ada yang lebih tua direkodkan seperti Tamadun Mesir Purba,Maya atau Sumeria namun semuanya tidak mewakili sistem perpuluhan dan digunakan sebagai fungsi lain malah ada yang hanya digunakan sebagai tanda baca sahaja.Sebahagiannya diwakili grafik seperti kulit siput dan banyak contoh hanya meletakkan titik dan ini kadangkala mengelirukan kerana titik yang sama juga digunakan sebagai tanda baca (punctuation).
Tetapi yang ingin dicari ialah siapakah yang mula-mula menggunakan simbol ‘0’ sebagai mewakili sistem perpuluhan asas 10 dalam pernomboran?
Bertahun-tahun,kes yang popular dikesan ialah penemuan penggunaan angka ‘0’ yang terpahat di sebuah kuil di Gwalior,India bertarikh abad ke-9 Masehi.
Inilah yang dicanang ke seluruh dunia.
Namun kedudukan kuil di Gwalior itu tergugat apabila ada orang menjumpai angka ‘0’ di sebuah kuil di Kemboja.
One thought on “Angka ‘O’ Terawal Di Dunia Dalam Prasasti Berbahasa Melayu”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
jadi kesimpulannya…bangsa melayulah yg pertama kalinya memperkenalkan tanda o itu?…
Oooo…gitu