Matriks Hologram 4.5: Kucing Schrödinger & Hukum Ketidakpastian Heisenberg

kucng

 

 

Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang kondisi Matriks yang berubah-rubah mengikut pemerhati.Dijelaskan juga bagaimana Matriks menjadi tidak konkrit kerana zarah-zarah seolah-olah wujud secara ilusi yang mungkin menjelaskan kondisi berbilang dalam kesatuan.Matriks yang berbilang menjadi sirna dan yang tinggal hanyalah satu kewujudan tunggal yang supermutlak.

 

 

Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

-M.O

 

 

Alam ini diciptakan dari Zat-Nya.Kesemua isi alam semesta ini berasal dari-Nya.Alam semesta ini adalah senda gurau dan permainan semata-mata.Alam ini penuh kepura-puraan dan hanya layak dilayan sebagai persinggahan sementara.

Ini adalah kata-kata agama yang kononnya kolot bagi sesetengah orang.

Namun di sana,mekanik kuantum telah menemui bahawa zarah-zarah itu hanyalah ilusi;ia tiada di sana.Sebagaimana sesuatu objek dijatuhkan ke dalam Lohong Hitam.Objek tersebut akan hancur disebabkan permukaan Lohong Hitam yang sangat panas.Namun jika difikirkan secara mendalam, jika pun objek tersebut mampu menahan panasnya suhu permukaan Lohong Hitam, objek tersebut akan hancur ketika masuk ke dalam isi dalam Lohong Hitam yang berupa satu singulariti. Namun teori yang lain mengatakan objek tersebut tidak hancur;ia hanya ditukarkan kepada bentuk 2 dimensi yang menduduki permukaan Lohong Hitam.

Ini adalah tabiat mekanik kuantum;dua peristiwa terjadi secara bersamaan,sebelum kejadian Keterkaitan Kuantum terjadi.Objek tersebut akan hancur dan selamat secara bersamaan.Objek tersebut akan berada pada dua kondisi sebelum ditentukan kondisi mana yang sesungguhnya terjadi.Dalam hal ini,Keterkaitan Kuantum adalah penentuannya apabila zarah-zarah tadi diperhatikan memiliki tabiat yang sama;menunjukkan seolah-olah yang berbilang itu ilusi kepada yang tunggal.
.

 

 

 

 

 

 

 

Hakikat Berbilang Matriks Dalam Zat Singulariti Yang Tunggal

 

 

singularity

“The world is a pixelated world, not a voxelated world.”

(Leonard Susskind)

 

 

 

 

 

 

Masalah di dalam Mekanik Kuantum adalah untuk memastikan bahawa pengukuran dapat diketahui secara mutlak di dalam alam berskala kuantum sebagaimana kita mengukur di alam berskala biasa.Namun pengukuran di dalam alam berskala kuantum menjadi sukar dan mencapai tahap paradoks apabila zarah-zarah superkecil adalah lebih kecil dari zarah-zarah cahaya;iaitu foton.

Kita melihat melalui mata;iaitu peralatan sensor bagi foton yang membawakan objek kepada minda.Mengimbas kembali penerangan sebelum ini bahawa jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.

Ruang—>dimensi—>cahaya—>mata—>minda

Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan ‘melihat’.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang ‘berjasad’,dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?

RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.

Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana ‘dark matter’ (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.

JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?

Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:


“Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks”

APAKAH MAKSUDNYA?Baca seterusnya.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

2 thoughts on “Matriks Hologram 4.5: Kucing Schrödinger & Hukum Ketidakpastian Heisenberg

Leave a Reply