Pada tahun 2011,Pastor Peter James telah memberikan satu ucapan yang sukar dalam kariernya di perjumpaan Gereja Presbyterian Vienna.Beliau bercakap tentang kekejaman seksual yang berlaku di gereja itu selama hampir 6 tahun.Skandal itu melibatkan pengurus-pengurus muda yang dipercayai.Beliau meminta maaf kepada khalayak dan mengatakan bahawa selepas menyelami masalah tersebut,mendedahkan “semua itu adalah lebih dasyat dari apa yang kita bayangkan”.
Dalam pada itu,kira-kira 2 tahun lepas gereja terbesar Wesleyan Methodist yang merupakan cabang gereja keempat di Britain telah merakamkan ucapan maaf atas kes pencabulan seksual yang berlaku di situ.Gereja tersebut membuat ucapan maaf secara umum setelah terbongkarnya hampir 2000 kes pencabulan di dalam institusi gereja itu sejak 1950.
Di Belgium,Biskup kota Bruges, Roger Vangheluwe, meletak jawatan pada April 2010 selepas mengakui bahawa dia telah mendera secara seksual seorang budak lelaki selama bertahun-tahun semasa menjadi paderi malah selepas dilantik menjadi biskup.
Skandal itu menarik perhatian bekas ketua Gereja Katolik di Belgium, Cardinal Godfried Danneels, yang telah menasihatkan mangsa pada bulan April tidak mendedahkan kepda awam akan skandal itu sehinggalah Vangheluwe bersara pada tahun 2011.
Beliau kemudiannya menerima perletakan jawatan Bishop John Magee, seorang pembantu kepada tiga paus sebelum ditugaskan ke Ireland, yang didapati telah menyeleweng dalam mengendalikan kes penderaan seks para biarawan di County Cork.Pope Benedict kemudiannya telah melantik 9 ahli panel gereja untuk menyiasat penderaan kanak-kanak di institusi Katolik Ireland.
Terdapat banyak kes melibatkan kemarahan orang ramai selepas penyalahgunaan kuasa dalam tahun 1990-an oleh dua paderi Boston, Paul Shanley dan John Geoghan, dapat dijelaskan, dengan syak wasangka bahawa pemimpin-pemimpin Gereja telah berusaha untuk menutup jenayah mereka dengan menggerakkan mereka dari satu gereja ke satu gereja.
Pada tahun 2002 ketika itu, Pope John Paul II mengadakan mesyuarat tergempar dengan kardinal Amerika Syarikat, tetapi dakwaan terus muncul.
Walaupun telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk mengambil tindakan tegas, Archbishop Bernard Law mengundurkan diri atas skandal itu pada akhir itu.
Apa yang berlaku sebenarnya selama beratus-ratus tahun di sebalik lorong-lorong dan basement gereja-gereja?
Di sana,ada sesuatu yang menjelekkan,mengejutkan ramai orang.Sejak zaman pagan lagi,pelbagai ritual misteri telah berjalan dalam budaya Eropah Kuno.Sebahagiannya tetap berjalan dengan senyap,sebahagiannya cuba ditutup.
Di sini kita akan bermula.
“Origin of The Black Mass”
“mereka merayakan Ibu Dewi yang meriah ketika zaman-zaman empayar Rom,berakar dari kepercayaan Mithra dan Ishtar..”
Sejarah Vatikan bermula dengan emperor Constatine dari empayar Rom yang ‘bersetuju’ memeluk agama Kristian dan menjadi penaung (patron) kepada agama itu.Namun menerima sepenuhnya ajaran asal Nasrani itu memerlukan Constatine menghadapi kemungkinan penentangan dari seluruh masyarakat pagan Eropah.Mengapa?
Ajaran yang baru itu menekankan penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.
Masyarakat Pagan Eropah biasa menyembah banyak dewa atau dewi dan ini disebut sebagai pantheon of gods.Mereka juga memiliki adat kebiasaaan dan perayaan-perayaan tertentu di mana di dalam ajaran Nasrani adalah ‘perbuatan kafir dan dosa’.Jika Empayar Rom memaksakan kepercayaan baru itu secara drastik kepada masyarakat Eropah,apakah yang akan terjadi?
Pemberontakan dan perpecahan.
Inilah yang cuba dielakkan oleh Constatine dan para penasihatnya.Untuk memahami latarbelakang dan rahsia di sebalik setiap sisi ritual agama Kristian Katolik,anda harus memahami tradisi pagan dan sejarahnya.