[Mukaddimah]
Sultan Johor dalam satu kenyataannya berpandangan bahawa idea dobi mesra muslim yang tular baru-baru ini adalah bersifat ektremis bertaraf ‘negara Taliban’.
Memetik dari The Star, “Ini bukan sebuah negara Taliban dan sebagai ketua Islam di Johor, saya dapati tindakan ini tidak boleh diterima sama sekali kerana ini bersifat ekstremis,” katanya.
.
Sebaliknya ini berbeza dengan pandangan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang memuji dasar mesra pelanggan Islam itu sebagai ‘cantik’.
Memetik dari Harian Metro, “Syaratnya supaya tidak ada najis mughallazah dan ringan, sebab ada menyebabkan kita (umat Islam) tidak berani nak hantar takut tercampur,” kata mufti Johor itu.
Adakah tindakan membuka sebuah dobi mesra muslim adalah bersifat ekstremis yakni pengganas setaraf dengan imej Taliban yang digambarkan oleh media-media Barat sebagai gemar menyembelih orang dan mengebom patung Buddha?
Bagaimana dengan negara Jepun dan Korea Selatan misalnya yang menyediakan kemudahan pantri atau dapur di rumah tumpangan yang MESRA-MUSLIM seperti ketuhar gelombang mikro, pinggan mangkuk, sudu garpu dan bekas minuman? Adakah Korea Selatan dan Jepun adalah negara Taliban?
Bagaimana jika perniagaan dobi seseorang itu bergantung kepada satu populasi muslim yang mementingkan kesucian sesuai dengan ajaran agama Islam dan semakin hari semakin merudum perniagaannya kerana diragui mesin basuh yang sama digunakan untuk membasuh tilam atau fabrik yang terkena najis anjing peliharaan? Adakah umat Islam ada pilihan dalam urusan mendobi pakaian, atau memaksa diri hanya bersangka baik? Adakah konsep dobi mesra muslim boleh dibuka di masjid-masjid dan barulah tidak akan dikacau oleh emosi para pemerintah yang ‘esktrem’ ini?
Teruskan membaca….
You need to login to view the rest of the content. Please
Login. Not a Member?
Join Us