Panca Persada adalah salah satu elemen penting dalam istiadat pertabalan raja-raja Melayu khususnya di dalam Kesultanan Perak Darul Ridzuan. Ia digunakan dalam Istiadat Bersiram Tabal, sebagai salah satu upacara dalam susunan protokol dalam Istiadat Tabal Pusaka yang menandakan sempurnanya seseorang itu ditabalkan menjadi pemerintah negeri.
Dari manakah asal-usul Panca Persada? Adakah ia sebuah upacara yang baru dibuat-buat?
Dalam artikel ini, Srikandi telah meneroka misteri di sebalik Panca Persada dan sejarahnya yang berkait dengan kerajaan-kerajaan lama Melayu purbakala yang mewarnai sebahagian semenanjung hingga ke Indochina pada masa silam.
Artikel ini akan membincangkan:
– Rahsia Panca Persada yang tidak diketahui ramai
– Hubungan Cempakasari, Teluk Bakong dan Bukit Chandan
– Blueprint rahsia Panca Persada yang diseludup keluar
– Hubungan senibina Melayu Purba Sailendra dengan bangunan-bangunan ‘step-pyramid’ Angkor
– Janin Besar sebelum Perak Darul Ridzuan
– Gangga Negara dan Funan
– 5 tangga pertabalan para maharaja
– Puteri Naga Cenderawasih dari Negeri Bota, permaisuri Angkor
Khas buat subscriber MistisFiles.
Dalam artikel-artikel sebelum ini, saya telah menerangkan banyak perkara yang mengejutkan tentang kaitan orang-orang Melayu purbakala dengan tradisi Angkor atau budaya Khmer. Dalam memahami perkara ini, kita kena mengkaji bagaimana demografi dahulu adalah berbeza dengan suasana populasi pada hari ini.
Dari aspek masyarakat majmuk pada masa dahulu, orang-orang Melayu bercampurgul dengan kaum-kaum Mon-Khmer di sekitar Segenting Kra hingga ke Indochina. Ini adalah suasana masyarakat pada masa silam berbeza pada hari ini khasnya di Malaysia di mana orang Melayu hidup bersama dengan kaum Cina dan India.
Ketika percampuran antara populasi Melayu dan Khmer, ada di antara raja-raja Melayu ini pula menaiki takhta di istana Angkor atas merit bangsawan, juga atas salasilah perkahwinan. Merit bangsawan itu sebagai contoh, ketua tentera atau jeneral yang dilihat layak menerajui takhta berbanding keluarga diraja yang lemah dan berebut takhta. Ini tidak aneh, sementelah perkara yang sama berlaku kepada takhta Kesultanan Johor di mana keluarga Temenggung boleh menaiki takhta mengenepikan kerabat diraja yang asal.
Assalamualaikum
Tak ada pun pasal ni:
– Janin Besar sebelum Perak Darul Ridzuan
– Gangga Negara dan Funan
– Puteri Naga Cenderawasih dari Negeri Bota, permaisuri Angkor
panca persada bermakna 5 permukaan atau five facade dalam vulgar latin facad makna face . latin dan parsi dan sanskrit punca yang sama. wallahuaklam.