Monthly Archives: September 2014

The Tree of Life: Rahsia Sidratul Muntaha

Dalam Kabbalah,digambarkan Pohon Kehidupan itu adalah seni kepada pengetahuan rahsia;seolah-olah sumber kepada Kebijaksanaan (Wisdom) dan Pengetahuan (Knowledge).

Dalam Garden of Eden,ada sebuah pohon yang menjadi simbol keabadian,persoalannya adakah ia bermaksud pohon khuldi?

Pohon khuldi digambarkan dalam dialog Iblis dengan nabi Adam di dalam tradisi Islam sebagai medium untuk kekal abadi!

Atau,sebenarnya bukan KHULDI itu tetapi Sidratul Muntaha,sebuah pohon lain yang terkenal dalam tradisi Islam.Pohon ini memiliki jumlah dedaunan yang sama banyak dengan jumlah seluruh makhluk.

ADAKAH SIDRATUL MUNTAHA ADALAH POHON YANG KEKAL ABADI ITU?

JADI,APAKAH SEBENARNYA POHON KHULDI?

Jawapannya dalam sambungan keluaran terbaru dalam The Sacred Geometry: The Tree of Life

HANYA DI MISTISFILES.

 

The True Forbidden & Hidden Knowledge

Tree-of-Life-I

Matrix 4_1

 

 

Fasal ini dalam menyatakan sifat-sifat Matriks;di mana semua coding,skrip dan entiti terbina di dalamnya.

 

Ini adalah sebahagian dari siri Pengajian The Matrix.Siri ini bertujuan menjelaskan konsep bahawa dunia di mana manusia bertempat di dalamnya ialah tidak ‘real’,ilusi dan bakal musnah berdasarkan bukti-bukti dari sains;secara tepatnya dari kajian Fizik Teori,Fizik Partikel,Fizik Kuantum,Mekanik Kuantum,Fizik Nuklear,Teori String,Biologi,Kimia dan beberapa lagi cabang sains.

Dahulu ramai menganggap hujah agama adalah tabu,hari ini ‘dongeng agama’ dilihat sebagai dogma sains.

Sebagaimana setiap benda mempunyai sifat tertentu,Matriks juga memiliki sifat khasnya,di mana tidak boleh tidak,hukum pasti akan berjalan ke atas Matriks sebagaimana yang dikehendaki.Matriks diciptakan dari tiada kepada ada.Matriks tidak mempunyai kuasa terhadap coding dan skrip yang terbina di dalamnya.Arahan dan pengaturcaraan datang dari The Programmer.

Apakah sebenarnya Matriks?

Matriks adalah dunia di sekeliling anda.Dunia di mana anda bertempat di dalamnya.

Bagaimana kita mengenal Matriks?

Kita mengenal Matriks melalui pengesan/sensor terbina di dalam perkakasan/hardware yang menghantarnya kepada Minda.Mindalah yang membaca sifat-sifat Matriks di sekeliling kita.

Jika Minda tidak membaca Matriks,pengesan/sensor tidak berguna sama sekali kerana ia adalah perkakas dungu;dumb tool.Mata dan telinga tidak berguna jika maklumat tidak dibaca oleh Minda.

Jadi adakah tanpa perantaraan pengesan/sensor,Minda tidak boleh membaca Matriks?

Salah.Minda masih tetap boleh membaca Matriks.The Programmer boleh membuat sesuatu dengan sebab,tanpa sebab atau berlawanan dengan sebab.

Jika pengetahuan tentang Matriks telah mencapai satu tahap,mereka akan sedar bahawa Matriks sebenarnya tidak berada di luar Minda,tetapi ia berada di dalam Minda.Pengesan/sensor hanyalah dijadikan semata-mata untuk mengelirukan/menguji manusia.Mata dan telinga benar-benar ‘dumb tool’ dan tidak berguna sama sekali.Manusia melihat Minda membaca Matriks melalui mata,telinga dan sebagainya,namun sebenarnya Minda membaca Matriks melalui satu ‘coding’ lain.Matriks ialah APA YANG ANDA PERCAYA.

Jika mata,telinga dan deria lain bukanlah hakikat sebenar untuk melihat,mendengar dan sebagainya,apakah sebenarnya deria itu?Mengapakah ia diciptakan?Apakah fungsi minda tanpa deria-deria itu.Apakah yang terjadi kepada minda jika tiada semua deria itu?Apakah yang terjadi kepada Matriks tanpa perantaran deria?APAKAH HUBUNGAN MINDA DAN DERIA?

 

 

HUBUNGAN MINDA DAN DERIA

 

 

Statements of some scientists posing that “man is an image,everything experienced is temporary and deceptive,and this universe is a shadow”,seems to be proven by science in our day.

-Frederick Vester,Denken,Lermen,Vergessen,vga,1978,p.6

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Matrix 4th Density:Introduction

Fasal ini dalam menyatakan mukaddimah alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam mukaddimah ini akan diperjelaskan akan maksud ruang dan masa dan bagaimana kedua-duanya hanyalah ilusi atau imaginasi semata-mata.

 

 

Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalasaam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Petikan dari filem adalah sekadar trivia dan selingan untuk melegakan adrenalin.Ia tidak bermaksud sebagai sumber penerangan.

Ini adalah pembukaan kepada siri The Matrix 4th Density.Mengandungi pengenalan kepada pemahaman awal kepada konsep ruang dalam pengajian The Matrix.Ia juga merupakan ulangkaji kepada pemahaman asas The Matrix dalam 3 siri sebelumnya.

Ruang adalah ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang menempatkan pelbagai entiti dan skrip ciptaan The Programmer.Dalam ertikata kehidupan manusia,ruang adalah tempat di mana para makhluk berdiam.Tanpa ruang,para entiti dan skrip tidak terbina.Ini adalah kerana entiti dan skrip program berhajat kepada ruang untuk berhidup.Ruang tidak konkrit;ia adalah bersifat seperti Matrix:apa yang anda percaya.

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN KEPADA RUANG-ILUSI

 

-Then you’ll see that it is not the spoon that bends, it is only yourself.

 

 

 

Apakah Matriks?Matriks secara asasnya ialah ruang.Ia juga boleh diistilahkan sebagai ‘bekas’ atau ‘kandungan’ yang digunakan untuk mengandungi sesuatu.Namun bukan sepenuhnya Matriks itu dikatakan sebagai ruang.Dalam ertikata lain,ruang adalah Matriks,namun Matriks tidak sepenuhnya ruang.

Di dalam Matriks terdapat dimensi.Dimensi adalah ruang terukur.Ruang-ruang yang dapat dijelaskan kedudukan dan sifatnya oleh pancaindera manusia.Ini bermakna bukan semua ruang mampu diukur oleh pancaindera manusia.Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua dimensi adalah ruang,namun ruang bukan sepenuhnya dimensi.

Pemikiran manusia pada amnya mampu mengesan ruang tiga dimensi (3D).Di sana terdapat ruang 1 dimensi hingga berjuta dimensi.Lihat,betapa lemahnya manusia berbanding penciptaan sang Pencipta,The Programmer.Jika anda memahami perbicaraan ruang dan dimensi setakat ini,anda mungkin telahpun sedar bahawa ruang-ruang itu sebenarnya terlampau banyak,dan terdiri dari kejuruteraan dimensi yang kompleks.

Bagaimana ini terjadi?

Inilah dia sebahagian rahsia di dalam pengajian The Matrix.

Ruang yang dimana entiti berhidup adalah terdiri dari pelbagai ragam kejuruteraan dimensi,yang hanya boleh diserap keberadaannya oleh pemikiran tahap demi tahap.Pemikiran manusia hanya boleh menyerap bentuk-ruang dari 1 dimensi hingga 3 dimensi.Selebihnya pemikiran manusia tidak mampu mencerna sifat dan tabiatnya;dalam istilah matematik-panjang,tinggi atau lebar.Manusia berhajat kepada dimensi untuk menafsir ruang.Jika tiada dimensi maka tiada ruang dalam kamus pemahaman manusia.Dengan perantaraan dimensi,manusia mampu merasa keberadaan ruang dan ‘merasa’ berhidup di dalam ruang.Kita akan bincangkan fasal ini dalam bab yang pertama:Matriks di dalam Matriks dan bab ketiga:Pengetahuan tentang Matriks nanti.

Ini menunjukkan manusia sebenarnya tidak mampu ‘melihat’ ruang tanpa konsep dimensi.Sejauh mana manusia mampu menangani ruang,ialah bergantung kepada sejauh mana dia menangani pemahamannya kepada konsep dimensi.Dimensi adalah asbab ruang terwujud dalam kotak fikiran manusia.Manusia yang tidak mampu memahami dimensi,sukar memahami ruang.Sebagai contoh,pesakit mental (baca:orang gila) seperti skizofrenia tahap berat tidak mampu melihat ruang sama seperti orang normal yang lain kerana konsep dimensinya yang mengalami pincangtugas.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.

Ruang—>dimensi—>cahaya—>mata—>minda

Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan ‘melihat’.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang ‘berjasad’,dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?

RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.

Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana ‘dark matter’ (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.

JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?

Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:


“Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks”

Dalam konteks ini,di dalam Matriks terdapat banyak ruang,namun di luar Matriks tiada ruang.

Matriks,jika anda belum memahaminya setakat ini,merupakan asbab untuk ruang ‘berhidup.Ruang berhajat kepada Matriks untuk mengekalkan kewujudannya.Tanpa Matriks,ruang tidak mampu dicerna kewujudannya oleh makhluk yang berfikir.Ruang menjadi tidak berasa,berwarna atau berbau.

Bagaimana makhluk mengenal ruang?

Makhluk mengenal ruang melalui tindakbalas cahaya yang disebabkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.

 

 

BIT-BIT BERKELAJUAN SUPERCAHAYA

The Programmer telah mencipta pelbagai entiti dan skrip program dengan setiap satunya mengandungi bahan asas iaitu coding yang dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini setiap saat patuh kepada arahan dan pengaturcaraan The Programmer.Tiada sedetik pun masa yang tercicir untuk melanggar arahan The Programmer dan tiada secuit pun pergerakan yang terlepas untuk mengkhianati pengaturcaraan The Programmer.Bit-bit berkelajuan cahaya ini adalah juzuk paling setia dan patuh kepada setiap aturcara The Programmer,ini kerana ia telah dicipta khas untuk taat dan patuh tanpa apa-apa bangkangan.

Di dalam ruang-ruang yang digelar ‘Matriks’,bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kunci utama kepada segala bentuk imaginasi yang dipanggil ‘pergerakan’,’daya’ atau ‘tenaga’.Pemindahan atau pergerakan sesuatu jasad dari satu titik ke satu titik adalah disebabkan tugas yang digalas oleh bit-bit berkelajuan supercahaya ini.Dari pergerakan sehelai daun yang gugur pada sebuah pohon hinggalah pergerakan pasir di dasar laut,semuanya digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya yang memacu coding yang statik.

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh berubah bentuk;dengan kata lain bersifat ‘shapeshifting’ sama seperti skrip program yang membina entiti jin dan syaitan.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh membesar beribu kali ganda,menyerupai apa sahaja bentuk program yang dikehendaki oleh The Programmer.Dengan kata lain bit-bit berkelajuan supercahaya ini bersifat:

1-Fleksibel
2-Mudahalih
3-Lasak

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kontras kepada coding atau skrip,di mana coding dan skrip adalah statik.

 

 

Matriks yang berhidup

Ruang dibawa ke minda melalui perantaraan bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada daun yang gugur melainkan dibawa oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada pasir yang bergerak di dasar laut melainkan digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada manusia yang berdiri melainkan disokong oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada angin yang bertiup melainkan digalas pergerakan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap titis hujan dari zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat dibawa turun oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap elektron yang bergerak dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.

Semua juzuk di dalam Matriks dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya atas arahan dan kehendak-Nya.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa ruang sebenarnya tidak statik.IA BERGERAK,DIBAWA KE MINDA ANDA.Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ALAM SEMESTA INI TIDAK PEGUN DITEMPATNYA.IA BERGERAK DIBAWA KE MINDA ANDA.

Dalam konsep Fizik Teori ia digelar ‘The Holographic Universe’.

Ini adalah topik terhangat dunia Fizik Teori selepas penemuan Fizik Kuantum dan String Theory.

Dalam penjelasan ini,alam semesta seolah-olah seperti sebuah projektori.Alam semesta dipancarkan ke layar dari sebuah alat projektor dan minda melihatnya.Lebih mengerikan,seorang ahli Fizik dari University of London,David Bohm mendapati bahawa alam semesta ini walaupun terlihat konkrit dan padat,namun sebenarnya ia bertindak seperti HOLOGRAM RAKSASA.

Ini berdasarkan penyelidikan terkini dalam Fizik Partikel dimana mereka mendapati bahawa dalam keadaan tertentu partikel subatomik,seperti elektron,mampu berkomunikasi dengan seketika satu sama lain tanpa tergantung pada jarak yang memisahkan mereka.Dalam kata lain jarak antara partikel adalah ilusi.Tidak peduli apakah mereka hanya terpisah 10 kaki atau 10 juta kilometer.Sebagai contoh,satu elektron di dalam kabel di sebuah kampung di Banting,Selangor mampu berkomunikasi dengan satu elektron di medan magnet di bintang Proxima Centauri,4 tahun cahaya dari bumi!

Bagaimana setiap partikel-partikel ini mampu mengetahui apa yang dilakukan partikel lainnya?

David Bohm menerangkan lagi bahawa realiti objektif sesungguhnya tidak ada,bahkan ALAM SEMESTA INI ADALAH KHAYALAN berdasarkan fakta-fakta dalam Fizik Partikel.Micheal Talbot,penulis buku The Holographic Universe menambah bahawa alam semesta ini adalah kesan khas dari projektor raksasa dari SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI.

Adakah anda pernah mendengar tentang ini dari ‘dongeng-dongeng’ agama sebelum ini?SELAMAT DATANG KE DUNIA HOLOGRAM ANDA.

PERSEMBAHAN HOLOGRAM INI DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA DARI ‘THE SOURCE’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

This, this isn’t real? What is real. How do you define real?

You’ve been living in a dream world, Neo.

 

……..

 

 

 

 

The Matrix 4th Density

 

Achtung!

 

Warning!

 

 

 

 

 

 

Di dalam dunia ini,manusia berhidup mengikut sangkaan bahawa mereka sebenarnya berada di alam realiti.Mereka makan,minum,pergi ke tandas dan tidur.Mereka setiap hari mencari keperluan hidup,beranak-pinak dan mencari hiburan untuk keseronokan hidup,’di alam realiti’ ini.

Ada yang terkinja-kinja di dalam disko,ada yang terpekik terlolong menunjuk perasaan di jalanan,ada yang berehat dengan senang hati di rumah….ada yang sedang merenung diri dan mengingati Tuhan,penguasa segala Matrix ini.

Mereka,manusia-manusia yang dungu itu tidak mengetahui,mereka sebenarnya berada di dalam sebuah ‘virtual reality’ yang teramat besar dan mencapai tahap seolah-olah infiniti.

‘Virtual reality’ ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix,gunanya untuk menguji manusia,adakah mereka mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum dihantar ke ‘virtual reality’ ini.Selepas manusia-manusia dungu ini mati,mereka akan akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu,dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti,lebih realiti.

‘Virtual reality’ ini benar-benar ‘real’.Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan,anda akan merasa teksturnya,bau,suhunya dan rasanya yang lazat.Ia benar-benar ‘real’.Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda,anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar ‘real’.’Virtual reality’ ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar ‘real’.Apabila mereka di’plug-out’,mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu.Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap.Semua itu hanya wujud di dalam ‘minda’.

Selamat datang ke dunia realiti maya paling hebat dalam sejarah.

 

SELAMAT DATANG KE MATRIX ANDA.

 

THE MATRIX 4TH DENSITY
The Matrix Ketumpatan Ke-4

Fasal ini menyatakan perihal alam-alam Matrix dan hubungan ia dengan manusia dan Tuhan.

Fasal ini mengandungi 5 bab terpenting:

1. Matrix di dalam Matrix

2. Perpindahan Matrix ke Matrix lain

3. Pengetahuan tentang Matrix

4. Tujuan Matrix diciptakan

5. Penguasa Segala Matrix

Jika dia mengetahui apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengejar-ngejar hidup di dalam Matrix yang sementara ini.Kehidupan selepas kematian adalah pasti.Seorang hamba akan bertemu Pencipta-Nya adalah pasti.Tiada zarah yang bergetar melainkan berlaku atas kudrat Pencipta Segala Matrix.Tiada sebutir pasir yang bergerak di dasar laut melainkan dengan kehendak Penguasa Segala Matrix.Tiada sehelai daun gugur ke bumi melainkan di dalam pengetahuan Pemusnah Segala Matrix.

Jika dia tahu apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengumpul-ngumpul harta ketika di dalam Matrix.Apa yang dia bekalkan di luar Matrix nanti itulah dia hartanya yang sebenar.Sampai masa,Matrix akan di’shutdown’.Segala kesenangan,rumah yang selesa,bangunan-bangunan tinggi,kenderaan,anak isteri…semuanya akan lenyap.Setiap amal perbuatannya akan dihisab.Ingat,sekiranya,Sang Penguasa Segala Matrix mula menghisab amal perbuatannya,maka binasalah dia.

“Ya Tuhan Kami,hisablah kami dengan penghisaban yang mudah”


Siapa yang mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya dia berada di dalam Matrix maka dia adalah manusia yang amat beruntung.Namun lebih beruntung jika dia mempercayainya dan bertindak atas pengetahuan tadi.Segala tindak-tanduknya akan bersesuaian dengan pengetahuan rahsia itu.Kehidupannya di dalam Matrix akan menjadi ibarat musafir.Hanya satu persinggahan yang sementara.Dia tidak akan membuang masa di dalam stesen bas atau kapal terbang,dengan mula membina rumah-rumah atau tidur dengan nyenyak.Setiap masa dia akan bersedia untuk dipindahkan.Bukan bas,keretapi atau kapal terbang yang menunggu dia,dia yang menunggu,menanti dan bersedia bila-bila masa untuk ‘dipindahkan’.

Maut tidak menunggu seseorang.

Sampai masa,kita semua akan di’plug-out’.


Do you believe it?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXI

 

Selamat datang ke tuan-tuan dan puan-puan!Namaku Srikandi.Daku adalah cucu kepada penjaga semua peti-peti ini.Sekarang semua peti-peti ini telah dikunci.Dan kuncinya berada di dalam genggaman daku.Daku telah diwasiatkan untuk memegang rahsia dalam peti ini,kerana ia mengandungi rahsia orang berdagang,orang bermusafir dan raja-raja.Mari ikut Srikandi ke balairong seri.

Lihat disini,pertama-tama daku diajar oleh empunya peti bahawa terdapat tiga tulisan disini.Tulisan orang Mesir,tulisan orang Kanaan dan tulisan orang Parsi.Di sini daku diajar rahsia orang berdagang dan orang pulang ke negeri asal.Daku juga diajar bahasa-bahasa dan peradaban kuno.Di sini,Srikandi nak tunjukkan satu lukisan kuno yang menggambarkan seekor ular laut yang besar.Ular besar ini adalah lambang kepada seorang raja yang pernah memerintah Asia Tenggara beribu tahun dahulu.Kisah pelayaran bertemu raja ini tersebut dalam kesusasteraan Mesir Purba dari Era Kerajaan Pertengahan ‘Tale of the Shipwrecked Sailor’,di mana pengembara dari Mesir Purba telah bertemu dengan raja ular ini.Raja ini ketawa mendengar kata-kata orang Mesir itu yang menawarkan hadiah berupa kemenyan wangi kerana menolongnya dalam kesusahan,tetapi anehnya raja ular itu sebaliknya memberitahu bahawa dia adalah raja bagi kepulauan itu yang memang kaya dengan wangian dan kemenyan.

Si empunya peti telah mengajarkan kepada daku hikayat dari The Egyptian Book of Dead,tulisan-tulisan hiroglif yang menceritakan seorang raja bernama Hari.Raja ini mempunyai perdagangan maritim antara timur barat dan terkenal dengan perdagangan emas dan kemenyan.Empayarnya dikenali sebagai The King’s Mines (Lombong raja) oleh penguasa Mesir Purba yang terkemudian.

Daku pada mulanya sangsi dengan semua ini.Namun rahsia tentang raja ular itu sebenarnya terpelihara dari mulut ke mulut,memakan masa beribu-ribu tahun,oleh pelbagai etnik dan bangsa yang bersilihganti.Jadi Srikandi telah menemui kunci bagi masalah ini,yang tersembunyi dalam riwayat Kaundinya dan Soma,atau Mera…anak kepada raja ular itu!

Ini memerlukan Srikandi membaca riwayat purba Khmer,dan rekod dari Champa di Myson,Vietnam.Namun Srikandi telah menemui satu keganjilan dalam riwayat Mera ini.Keganjilan ini adalah sesuatu yang pelik dan ini memandu Srikandi kepada khazanah yang lebih bernilai dari The King Solomon’s Mines.Srikandi telah berjumpa lombong wangian kepunyaan The King of Serpent yang mengetawakan kekayaan raja Mesir Purba yang tidak setanding dengannya.

The Naga King’s Daughter telah memberitahu daku siapakah Merong dan jalan ke King’s Mines!

 

 

 

The Bloodline of Naga King’s Daughter

 

 

(….she lives in a house on earth because the Nagas would die from the constants presence in the underworld.Preah Thong marries her.From Indra she received her son,Keto Mala…)

-Sejarah Diraja Khmer,terjemahan oleh Moura 1883

 

 

 

 

Benang-benang merah antara riwayat Khmer dengan sejarah bangsa Melayu akan dapat diketahui jika kita bijak ‘read between the lines’ sebagaimana membaca Hikayat Merong Mahawangsa.Hikayat ini mesti dibaca bersama-sama Riwayat Diraja Khmer,atau kodeks-kodeks Mon purba yang kini telah disalin ke bahasa Thai era Klasik.Sejarah bangsa Melayu di Indochina amat tua,setanding dengan misteri sejarah Melayu di Borneo.Beberapa rahsia akan dapat diketahui dengan berpandukan riwayat Khmer dan batu bersurat yang dipahat oleh raja-raja Cham.Apabila kita dapat memecahkan kod-kod di dalam riwayat-riwayat ini,kita akan dapat mengetahui siapakah The King of Serpent yang dicatat oleh pencatat istana Mesir Purba sebagaimana yang dicatat dalam Ameni-amenna Codex.

Rahsia pertama yang kita cuba untuk membongkarnya,ialah mengapa di dalam tradisi Khmer mengaitkan pengasas kepada Funan ialah anak perempuan kepada ‘King of Serpent’.Juga kisah ‘King of Serpent’ juga tercatat di tempat suci Cham di Myson.Kebetulan?Apakah rahsia yang sebenarnya cuba untuk dijelaskan di sini?Di dalam riwayat Khmer juga ada diberitahu,ketika Kaundinya (bapa bangsa Khmer) tiba Indochina,’Cham King’ atau raja Cham sudah lama bertapak dan memiliki wilayah yang luas di Indochina.Finot(1911,31) yang memetik dari rekod diraja Khmer:

Adityavamsa, king of Indraprastha, is discontented with one of his
sons, Prah Thong, and expels him from his kingdom. The prince
arrives at Kouk Thlok, where a Cham ruler reigns. The prince
usurps the throne. One day, the tide comes up sooner than expected
and the prince has to pass the night on a sandbank. A
nigi of great beauty comes to play on the beach. Prah Thong falls
in love with her and obtains her consent to marriage. The king
of the nagas, her father, enlarges the land area by drinking the water
that covers the land, builds him a capital, and changes the name of
the land to Kambuja.

Di sini kita tahu bahawa nama ‘Cham’ muncul dalam terjemahan Finot dari rekod asal Khmer itu.Ini bermakna,dalam sejarah Khmer,orang Cham tidak mampu diketepikan sama sekali dan jika dalam sejarah Khmer (Khmer Annals) sendiri mengaku bahawa sebelum kewujudan bangsa Khmer,bangsa Cham telah lama wujud di Inddochina (Kok Thlok).Persoalannya,mengapa kita mesti merujuk kepada ‘Khmer’ dan ‘Cham’ untuk menjejak sejarah bangsa Melayu?

 

 

Hubungan Antabangsa

Jika kita membaca Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu,SL) kita akan mendapati bahawa karya sejarah itu banyak menyebutkan beberapa kerajaan di sekeliling Melaka.Ya,SL adalah rekod sejarah yang ditulis untuk menceritakan tentang Melaka,sebuah negarakota-pelabuhan (seaport) yang pengaruhnya mengawal wilayah dari Singapura hingga Patani,dan sebahagian Sumatera.SL seakan-akan kodeks atau rekod sebuah dinasti sepertimana dinasti-dinasti China dan sesungguhnya SL adalah karya yang amat berharga dan penting sekali bagi bangsa Melayu khususnya dan rumpun Nusantara/Austronesia amnya.SL juga seperti Kakawin Negarakertagama,iaitu himpunan puisi yang menceritakan tentang Majapahit.Pendek kata SL adalah rekod tentang Kesultanan Melaka.Sebab itu,SL kerap dijadikan rujukan kepada sejarah bangsa Melayu dan ini mendatangkan satu kesan negatif,iaitu menyangka bahawa sejarah Melayu hanya bermula di Melaka.Mujurlah,sebuah ‘federation’ yang wujud di Segenting Kra hingga ke Kedah,iaitu Langkasuka,telah berjaya menyimpan sejarah orang Melayu di utara di dalam satu prosa sejarah agung,iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.

Apa yang ingin ditekankan di sini,sejarah Melayu tidak boleh tidak pasti akan menyebutkan tentang hubungan antarabangsa mereka.Ini adalah WAJIB dalam karya-karya Melayu.Ini kerana,bangsa Melayu adalah pengembara,pelayar dan pedagang pada masa silam.Adalah pelik,jika kita mengkaji sejarah Melayu tanpa mengambil kira hubungan mereka dengan bangsa-bangsa sekeliling seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet,Thai mahupun suku-suku Austronesia sendiri seperti Jawa,Sunda,Dayak,Aceh,Bugis dan sebagainya.Juga bangsa-bangsa yang selalu berdagang dengan mereka seperti China,India,Parsi,Arab dan lain-lain.Setiap bangsa yang membuat hubungan dengan satu-satu bangsa lain,pasti akan menyimpan rekod,setidak-tidaknya disebut dalam hikayat mereka.Jadi sekiranya kita mendapati sumber dari rekod sesuatu bangsa amat kurang atau tiada sama sekali,kita boleh mencarinya dari sumber kedua,iaitu rekod asing.Inilah disiplin sejarah yang betul,namun yang anehnya,ramai sejarahwan Malaysia yang pemalas dan apabila tidak menemui apa-apa dari rekod yang ditulis oleh orang Melayu,maka dia akan berpegang kepada pemikiran ‘inferior’ nya.Jika dia rajin sedikit,dia akan berpegang kepada sumber penjajah,atau orientalis seperti Raffles untuk menafsir sejarah Melayu.Ini adalah sikap yang mengecewakan.

Jika kita lihat sejarah Eropah,setiap suku-suku Eropah seperti Danish,Frank,Norman,Celt,Druid,Norse,Saxons,Swedish,Croat dan sebagainya mempunyai rekod sejarah yang saling berhubungkait antara satu sama lain.Ini kerana seperti biasa,bangsa-bangsa yang tinggal berdekatan dalam satu kawasan akan berperang dan berkahwin sesama sendiri.Ini adalah lumrah.Seperti juga jika kita lihat suku-suku bangsa di benua kecil India,mereka berperang dan membuat hubungan sosial sesama sendiri.Misalnya kerajaan-kerajaan Tamil menyerang orang Sinhala di Sri Lanka seperti Chola dan Pandyan.Juga orang Moghul (clan) yang berkahwin dengan orang Telegu ketika dasar perluasan kuasa ke selatan oleh Aurangzeb.Juga ketika Persekutuan Maratha ketika menjadi kuasa imperial terakhir India sebelum era British Raj.Ini adalah tabii biasa dalam sejarah manusia.Jadi yang peliknya,dalam buku teks sejarah Malaysia,tidak diterangkan hubungan Melayu dengan Khmer,Burma atau lain-lain.Malahan nama ‘Khmer’ sendiri adalah janggal kepada kebanyakan kita,mungkin kita selalu memanggil dengan nama ‘orang Kemboja’.

 

 

Mengapa orang Khmer penting kepada sejarah Melayu?

Credit: John Fung

Seperti mana kepentingan setiap rekod-rekod imperial China kepada sejarah kerajaan-kerajaan Melayu dan Nusantara amnya,begitu juga kepentingan rekod dari manuskrip Khmer kepada kita.Ini kerana terdapat beberapa perkara penting tentang hubungan Melayu-Khmer:

1-pemerintah-pemerintah Angkor ada yang berdarah Melayu
2-kaum kerabat Angkor ada yang menjalinkan perkahwinan dengan Melayu Segenting Kra
3-‘Siam Asli’ dalam SL merujuk kepada suku-suku Mon-Khmer,bukan Thai
3a-Orang Asli di Malaysia bertutur dalam dua kategori bahasa,Proto-Melayu dan Mon-Khmer,menunjukkan sejarah purba yang kompleks antara Melayu dan Khmer/Mon.
4-panglima dan ‘imperial guards’ kerajaan Angkor adalah diambil dari kalangan pendekar Melayu
5-banyak pemerintah Angkor yang tinggal di kampung-kampung Melayu atau dibesarkan berdekatan dengan orang Melayu,malah pengasas Angkor,Jayavarman II sendiri dibesarkan di istana Sailendra.
6-Cham,satu bangsa yang bertutur dengan bahasa dan budaya yang mirip dengan Melayu,adalah serumpun dengan Melayu dan mempunyai sejarah panjang dengan Khmer.

Terdapat banyak lagi poin penting yang mengaitkan kepentingan Khmer kepada sejarah Melayu dan ini perlu dibuat satu tesis mengenainya.Sebab itu usaha seperti yang dibuat oleh RAC (Akademi Diraja Kemboja) dan pihak-pihak di Malaysia seperti Sidang Warisan Melayu di Indochina adalah usaha yang tepat.Ingin dijelaskan di sini,dua kerajaan ini,iaitu raja-raja Thai dan Kemboja mempunyai ‘secret vault’nya sendiri yang mempunyai sejarah penting hubungan mereka dengan orang Melayu.Ini yang diberitahu oleh rakan sejawatan kepada penulis (Srikandi) semasa acara oleh RAC itu.

 

 

Mengapa Cham?

Kita tahu bahawa Cham adalah satu bangsa yang pernah mempunyai kerajaan yang hebat pada masa lampau,Champa.Kita boleh bayangkan kebanyakan suku-suku Austronesia mempunyai kerajaan mereka sendiri,seperti orang Sunda mempunyai Tarumanagara dan juga kerajaan Sunda Galuh,hasil penyatuan kerajaan Sunda dan Galuh.Orang Jawa dengan Majapahit,Singhasari mahupun Demak.Malahan orang Dayak juga mempunyai sejarah Kerajaan Kutai.Begitu juga dengan orang Cham yang menubuhkan kerajaan Champa.Sejarah tua dari rekod China dan Champa sendiri menyatakan bahawa peperangan antara orang Cham dan dinasti China pada zaman purba (beberapa dekad Sebelum Masehi) di kawasan selatan China (kemungkinan di utara Laos dan Vietnam) sehingga membawa kepada kekalahan tentera China.

Orang Cham juga disebut dalam rekod diraja Khmer ketika permulaan migrasi orang Khmer ke Indochina.Moura (1883) dan Poree-Maspero (1950) dalam terjemahan mereka dari manuskrip diraja Khmer:

A few months before his death, Buddha arrives at the island Kouk
Thlok (land of the thlok tree) and prophesies that a trakuot (a kind
of lizard) living there by a thlok tree would obtain rebirth as the
son of the king of Intakpath (Indraprastha) and later become king
of a new state at Kouk Thlok. In the year 1 of the Buddhist era
(commonly beginning with Buddha’s death in 543 B.c.), the king of
the Chams is shipwrecked near the Dangrek Mountains, where he
forms a new state and also becomes ruler over Kouk Thlok. In
the year 100 of the Buddhist era, King Atichavong of Indraprastha
hands over portions of his kingdom to his sons; to the fourth,
named Preah Thaong, he gives the southern part. As a result of
disobedience, Preah Thaong is later exiled together with his people.
He arrives at Kouk Thlok, displaces the Cham ruler, and
himself becomes king. Later he meets the daughter of the nciga
king on the beach. A marriage ceremony takes place in the subterranean
kingdom, after which the nGga king creates a realm on earth
for his son-in-law by drinking up the ocean. The new land is
named Kampuchea. After nine months a daughter is born. In
the year 500 of the Buddhist era the Cham king comes with an
army from Laos, but they are beaten back. The daughter of Preah
Thaong and the niiga princess then become pregnant by the god
Indra. Their son is Ketmealea, for whom Indra orders a palace to
be built by Viivakarman. In the year 600 of the Buddhist era
Preah Thaong dies.

Kita juga maklum bahawa orang Cham mempunyai ikatan bahasa dan budaya yang sama dengan orang Melayu khasnya,jika kita lihat prasasti antara yang tertua di Indochina (prasasti yang paling tua juga dimiliki oleh Cham) iaitu Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam maka kita boleh lihat bahawa bahasa Melayu adalah ‘the ancient language’ di Indochina jika para sejarahwan Laos dan Thai menyebutkan Cham sebagai ‘the ancient nation’.Dalam Prasasti Dong Yen Chau,dijangka dipahat pada awal abad ke-4:

“Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko”

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini

Dalam kategori linguistik sekalipun,orang Cham adalah serumpun dalam kategori Malayo-Polinesia dan punya kaitan rapat dengan bahasa Aceh.Ini benar kerana dalam sejarah,keturunan raja Acheh adalah berasal dari anak raja Cham,di mana ia dicatatkan di dalam SL sebagai Syah Pau Ling.Dipercayai Syah Pau Ling inilah raja Acheh yang pertama,iaitu Ali Mughayat Syah yang terkenal amat bijak dalam seni peperangan sehingga keupayaan tenteranya mampu mengalahkan armada Portugis di Aru pada tahun 1524.

Selain hubungan sejarah,bahasa dan budaya yang kuat,orang Cham dan Melayu juga mempunyai hubungan ‘kekeluargaan’ yang misteri.Apabila Melaka di dalam kesusahan,raja Champa sempat membantu menghantar tentera walaupun negerinya juga menghadapi ancaman Annam (Dai-Viet).Acheh juga dibawah keturunan Cham berterusan menyusahkan Portugis di Selat Melaka.Apabila Champa sepenuhnya jatuh ke tangan Annam,maka pelarian Champa ini banyak lari ke semenanjung selain ke kawasan berdekatan seperti ke Kemboja.Kaum kerabat Cham banyak lari ke Melaka,ketika Kesultanan Melaka dan ini dicatatkan dalam SL.Syah Indera Berman (Indravarman),saudara Syah Pau Ling telah dijadikan pegawai kerajaan kerana kebijakan politiknya oleh Sultan Melaka ketika itu.Ketika era Khmer Rouge,ramai juga pelarian Kemboja (orang Cham) yang disambut oleh kerajaan Malaysia atas persamaan agama dan bangsa.Fenomena ini tidak aneh,jika kita menyelusuri sejarah Melayu dan orang Cham yang memakan masa ribuan tahun.

 

 

Tradisi Naga

Jika kita memahami setakat ini,kita akan faham mengapa rekod dari Khmer dan Cham amat penting dalam merungkai masalah ‘The King of Serpent’.Jika anaknya adalah ibu kepada Khmer,maka sudah tentu ayahnya bukan Khmer…malahan anaknya sendiri…dari bangsa lain.Ini adalah logik yang mudah.Jika nabi Ibrahim a.s menurunkan bangsa Arab dan Bani Israel,maka sudah tentu baginda bukan dari bangsa Arab dan apatah lagi Yahudi.Kisah ‘The Naga King’s Daughter’ ini adalah konsep bangsa Khmer dalam menceritakan asal-usul bangsa mereka,seperti mana mitos Khun Borom oleh orang Thai dan Laos.Kita tahu,Khun Borom adalah konsep orang Tai dalam menceritakan migrasi mereka ke Indochina setelah kerajaan Nanchao runtuh.Kisah ini juga mempunyai konsep cerita yang hampir sama dengan Merong Mahawangsa,dengan ciri-ciri ‘menghantar anak-anak raja untuk menjadi raja di beberapa kawasan’.Yang trivianya,pengkaji Kemboja mendapati kisah Khun Borom adalah bayangan kepada kisah raja-raja Srivijaya di Indochina.Penulis (Srikandi) berpendapat,ini adalah versi Thai kepada Hikayat Merong Mahawangsa,dan ini adalah sebab yang kuat mengapa raja Thai ketika era Chakri memerintahkan hikayat ini dibakar dan dihapuskan.

Apabila terdapat legenda yang punya konsep serupa (Hikayat Merong Mahawangsa) dan Khun Borom,juga ‘The Naga King’s Daughter’ dari pihak Khmer (Mera) dan Cham (Soma),apakah ‘read between the lines’ yang boleh dibuat?

 

 

HUBUNGAN SEJARAH

Ini adalah katakunci mengapa sejarah Melayu tidak boleh dibaca berasingan dengan rekod-rekod asing di sekeliling mereka.Penulis (Srikandi) ingin mengesyorkan sejarah Malaysia khasnya (walaupun siri Alter Terahsia Bangsa Melayu dalam skop sejarah Melayu seluruh dunia khasnya dan Nusantara amnya) mesti ditulis semula bersama-sama hubungan dengan kaum-kaum Asia Tenggara yang lain,sepertimana sejarah Eropah.Bukannya menumpu kepada hubungan dengan kuasa imperialis.Ini adalah pendekatan yang tidak bijak.

Di dalam sejarah Khmer,naga adalah unsur yang sangat penting.Dalam seniukir mereka,naga kepala tujuh adalah konsep yang sangat penting dan ini muncul dalam pelbagai kedudukan di dalam senibina Khmer.Contoh yang popular ialah tembok kiri kanan di jalan masuk Angkor Wat.Ini bertitik tolak dari kisah ‘The Naga King’s Daughter’ yang dipercayai diwarisi dari legenda Funan.

Apa yang menariknya,kisah yang sama dipahat di Myson,tempat suci raja-raja Cham (sebelum era Islam).

Dalam kisah Seri Gumum,dari hikayat Pahang,ada seekor naga yang diberi nama Seri Kemboja dan naga ini adalah antagonis.Apabila dalam keadaan terdesak,Seri Kemboja meminta bantuan ‘Siam’ dan Seri Kemboja dibantu oleh serangan meriam dari ‘Siam’.Penulis (Srikandi) memikirkan ini adalah perlambangan kepada politik Asia Tenggara,khususnya di Indochina…dan hubungan Pahang dengan sejarah Indochina.

Dan ini menjejak kisah yang sama beribu-ribu tahun kebelakang,iaitu ketika era dinasti ke-12 Mesir Purba (1991-1782 SM).Di dalam catatan yang ditulis oleh Amenii (penulis Mesir Purba bagi hikayat ini) ada menceritakan kisah seorang pelaut yang terdampar di sebuah ‘pulau ajaib’.Pulau itu dikenali sebagai Punt dan rajanya ialah ‘The King of Serpent.Yang menariknya,Punt adalah pulau dan bukan tanah besar,dan ini menolak teori Punt sebagai Somalia,Sudan atau sebagainya di Afrika.Aneh,kerana semua hikayat Mesir mengenai Punt menegaskan ia adalah PULAU dan bukan tanah benua,namun sebahagian para pengkaji masih mengaitkannya dengan negeri-negeri Afrika.Walaupun bukti kapur barus untuk mengawetkan mayat para Firaun diyakini datang dari Sumatera,namun dalam kes Punt ini,mereka tidak percaya kapal-kapal Mesir mampu mengharungi keganasan Lautan Hindi.

Kajian penulis (Srikandi) mendapati Punt adalah Borneo pada hari ini setelah nama purba Borneo adalah slang Latin kepada ‘Brunei’.Jadi Borneo sebenarnya adalah Pulau Brunei.Apabila mendapati rekod purba China menyebut Brunei sebagai Poni atau Puni maka penulis yakin bahawa orang Mesir Purba juga memanggil Brunai/Borni sebagai PUNI.

Untuk menambah sensasi,Sri Kambu,iaitu pengasas kepada Funan muncul dalam jurnal sejarah Kemboja sebagai ‘seorang yang datang dari kawasan seperti Kalimantan’.Ini adalah salah satu teori yang mencabar teori Kaundinya atau Sri Kambu berasal dari India.Jika ini benar maka ini adalah melengkapkan ‘puzzle’ ‘The King of Serpent’.

Dalam catatan lain,terdapat dua raja yang memiliki nama yang sama,Sri Mara dalam rekod raja-raja Cham dan Funan.Keduanya (Cham dan Funan) mengaku berasal dari sasilah anak perempuan ‘raja Naga’ itu.

Persoalannya,siapakah sebenarnya ‘The Naga King’s Daughter’?

Rujukan:

Sulalatus Salatin edisi Shallebear
Asian Folklore Studies, Volume 52, 1993 : 333-358
Pelliot (1902, 144-45; 1951,12)
Moura (1883,11,4-11; 1971,1-7)
Pore-Maspero(1950,239-40)
makalah-makalah oleh Lee Chuck Moth
The Šaiva Religion among the Khmers (Part I),Sanderson
Hikayat Merong Mahawangsa
Chiang Mai Chronicles
Dong Yen Chau Inscription
Negara Melayu Champa,Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali bin Wan Ahmad Hakim

———————————————————————-

Alter Terahsia Bangsa Melayu XXII


ACCESS DENIED

Nantikan pengembaraan seterusnya mencari tradisi raja Naga di Asia Tenggara!
Hanya di MistisFiles…