Category Archives: Sinopsis

Pengenalan Kepada Siri Mason-mason Melayu

note1982b

 

 

Sebelum kita memulakan perbincangan dalam Mason-mason Melayu VIII nanti, mari kita berkenalan dahulu dengan siri Mason-mason Melayu yang merupakan antara kempen artikel paling popular dan kontroversi di MistisFiles semasa era peralihan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ke pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak suatu ketika dahulu. Penggunaan istilah ‘Mason‘ dalam siri ini lebih kepada golongan elit dalam politik Malaysia dan tidak bermaksud menuduh siapa-siapa sebagai ahli Freemason yang diketahui umum terpalit pelbagai misteri dan sisi gelap. Ini adalah senarai siri Mason-mason Melayu yang pernah terbit di MistisFiles:

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian I

Terbit pada 20 Oktober 2009

 

mason1

 

Menceritakan tiga sosok paling terkenal ketika itu, Tuan Guru Nik Aziz (Allahyarham), Tun Dr. Mahathir Mohamad  dan Dato Sri Anwar Ibrahim.

– Menceritakan kelebihan setiap tokoh ini

– Menyelusuri kekurangan mereka

– Perancangan gelap ke atas tokoh-tokoh ini

– Perjalanan politik mereka

– Tragedi yang berlaku ke atas hubungan ketiga-tiga tokoh ini

– Senario alternatif kepada tragedi yang berlaku

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian II

Terbit pada 12 November 2009

mason2

 

“Mason-mason Melayu”

 

Menyelusuri sejarah UMNO, sebagai parti terbesar Melayu (ketika itu), perjuangan mereka ketika membebaskan tanahair dari penjajahan atau campurtangan British dan bagaimana British menerapkan beberapa legasinya seperti undang-undang Common Law, liberalisasi beradasarkan kaum yang menyebabkan wujudnya sekolah vernakular dan sebagainya.

– Common Law mengatasi Hukum Allah

– Taktik British

– Demokrasi

– Perseteruan antara parti politik

 

 

 

Mason-Mason Melayu Bahagian III

Terbit pada 14 November 2009

 

mason3

 

“Political Zombies”

 

Mengupas tentang perangai dan tabiat para politikus Malaysia ketika itu yang kadangkala digelar ‘badut rakyat’. Ia juga mengupas para pengikut atau hamba politik itu yang digelar sebagai zombi-zombi politik.

 

– Tiga golongan berpolitik

– Tujuan-tujuan berpolitik

– Hamba politik

– Badut rakyat

– Propaganda, persepsi dan dakyah palsu

 

 

 

Mason-Mason Melayu Bahagian IV

Terbit pada 22 November 2009

 

mason4

 

“Jus Soli”

 

Mengupas senario politik Malaysia, dilema-dilemanya, perjuangannya dan saling berkepentingannya. Menumpukan kepada masalah dan rintangan dalam gerakan Islam seperti PAS, Al-Arqam mahupun gerakan dakwah non-politik seperti Jemaah Tabligh, pertembungan gerakan-gerakan Islam ini dengan gerakan globalisasi lain dan dayatahan mereka. Juga disentuh pertikaian antara mereka dan usaha mencari titik temu antara mereka.

 

– Masalah gerakan Islam

– Konsep politik Islam, Negara Islam dan dakwah non-partisan

– Pertembungan dan perbezaan ideologi perjuangan dalam gerakan Islam

– Kekalutan Islam Liberal

– Kecelaruan Wahabisme & Syiah

– Jemaah perang dan jemaah dakwah

– Cabaran dan mencari titik temu

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian V

Terbit pada 24 Disember 2009

 

mason5

 

“Syiah”

 

Artikel ini khusus membicara dan mengupas sejarah Syiah, penyelewengannya dan pembohongannya. Antara artikel paling kontroversi ketika itu dan mengundang para pentaksub Syiah menyerang blog MistisFiles malah ada yang mengadukannya kepada pihak blog Faisal Tehrani.

 

– Sejarah Syiah

– Sumber hadis-hadis Syiah

– Penyelewengan Syiah

– Siapa yang sebenarnya membunuh cucu Nabi?

– ‘Golongan yang bertaubat’

– Isu-isu sekitar Syiah di dalam dan luar negara

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian  VI

Terbit pada 4 Januari 2010

 

mason6

 

“”Dell’arte della guerra”

 

Mengupas bagaimana politik gaya Machiavelli tergunapakai dalam perseteruan politik di Malaysia. Disorot sejarah antara PAS dan Tun Dr. Mahathir dan permainan antara keduanya. Fokus lebih kepada sisi Tun Dr. Mahathir sendiri sebagai apa yang dicanang-canang sebagai ‘diktator Melayu terakhir’. Kebijaksanaannya, kelicikannya serta pandang jauhnya yang dihormati kawan dan lawan walaupun pada masa yang sama digeruni dan dibenci oleh yang berkenaan.

 

– PAS dan Mahathir Mohamad

– Sekular Melayu

– Diktator Melayu

– Gaya politik Pak Lah

– Isu-isu hak keistimewaan Melayu

– Bahaya bagi PAS

– Isu-isu seperti penggunaan nama Allah dan sebagainya

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian  VII

Terbit pada 9 Januari 2010

 

mason7

 

“Summon The Kraken”

Mengupas tentang ‘tangan-tangan ghaib’ yang ingin mengubah Malaysia ke arah mengikut acuan mereka tanpa mengambil kira populasi orang Melayu beragama Islam yang menjadi majoriti. Sekularis Melayu tidak cukup, mereka mahu lebih lagi. Ini kerana sekularis Melayu masih ada ‘simpati’ terhadap agama dan bangsanya.

– Raja-raja Melayu

– Insiden DAP merampas tanah orang kampung di Perak

– Bangsawan UMNO

– PAS yang cacamarba

– Ardo ab chao

– Menyeru ‘kraken’

Untuk lebih memahami siri Mason-mason Melayu VIII nanti, mungkin perlu kefahaman kepada siri-siri sebelumnya. Namun ringkasan ini mampu memberikan anda gambaran kepada siri ini atau apakah perbincangan yang dibawanya.

Sekian terima kasih.

-M.O

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

 

“Kelicikan dan pembohongan seringkali menyerlahkan khidmatnya berbanding cara kekuatan”

-Niccolò Machiavelli (1469 – 1527)

 

 

 

Sinopsis: Maktab Ibu Kandung: Kenangan dan Pahit Manis Pendidikan Zaman Kolonial

maktabik

 

 

[Mukaddimah]

 

R.O. Winstedt telah mengilhamkan penubuhan yang dibayangkannya sebagai satu ‘institusi yang melatih para guru’. Namun anehnya, beliau menyarankan bahawa kawasan yang akan dibina pusat latihan itu hendaklah memiliki tanah yang luas, untuk menampung tanah-tanah pertanian.

Rupa-rupanya Winstedt bercadang untuk mengekalkan status orang-orang Melayu sebagai petani dengan ekonomi sara diri sahaja, melalui pendidikan yang hanya sebagai syarat, bahawa hidup orang-orang Melayu tidak harus melampaui pendidikan taraf rendahnya itu. Pemikiran Winstedt itu lebih berbahaya dari R. J Wilkinson yang dikatakan sebagai ‘idola’ dan ‘guru’ kepada Winstedt.

Tahun 1922 menyaksikan SITC (Sultan Idris Training College) ditubuhkan dengan perlantikan O. T Dussek sebagai pengetuanya yang pertama. Perkara yang sebaliknya dari apa yang dirancang Winstedt terjadi, pengetua SITC itu tidak sepenuhnya menurut gagasannya, sebaliknya menggalakkan pelajar-pelajar Melayu memajukan diri sendiri dan keluar dari kepompong selesa di kampung-kampung.

Duduk di bawah para pengetua dan pegawai pendidikan berbangsa Eropah, segala hinaan dan sindiran sudah menebalkan kulit muka para pelajar perintis di pusat latihan itu untuk terus berjuang menjadikan pengetahuan yang dipelajari di situ sebagai suluh budiman buat anak bangsa. Suka-duka di ‘Maktab Ibu Kandung’ adalah cerita epik yang menjadi memori gelap dan terang sebagai roh semangat yang lahir dari sejarah yang terbakar sejak berkurun lamanya.

 

Artikel penuh di: Maktab Ibu Kandung: Kenangan dan Pahit Manis Pendidikan Zaman Kolonial

Belum lagi menjadi ahli? KLIK  Join Us

 

Kami di MistisFiles mengucapkan Selamat Hari Guru.

Sinopsis: ‘Konflik Dingin’ Laut Champa: Berbaloikah Kita Membela Panda Yang Menggigit Jari Kita?

map-of-china-philippines-spratly-islands_616090

 

[Mukaddimah]

Pencerobohan China di kawasan Laut Champa (baca: Laut China Selatan) melibatkan beberapa negara Asia Tenggara khususnya negara-negara ASEAN seperti Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia yang melibatkan kawasan maritim mereka. Kita maklum tentang krisis Kepulauan Spratly yang masih belum diselesaikan dengan baik setakat ini.

Pencerobohan kapal-kapal nelayan China dengan diiringi  kapal coast-guard di perairan Indonesia tidak lama dahulu adalah satu lagi tindakan angkuh yang luarbiasa walaupun Indonesia bukanlah sebuah negara kecil di Asia Tenggara. Tindakan pada masa dahulu China terhadap Vietnam dan Filipina yang melibatkan beberapa pertempuran dan tindakan agresif dilihat sebagai kayu ukur sejauh mana China mampu bertindak angkuh tanpa kompromi.

Bagaimana dengan Malaysia? Diplomasi senyap Malaysia dipuji China dan ini memperlahankan keangkuhan mereka. Boleh dilihat seolah-olah tindakan China kurang terang-terangan terhadap Malaysia berbanding negara-negara jiran yang lain. Namun begitu, keangkuhan China tetap ada contohnya isu yang melibatkan Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak menunjukkan China seolah-olah lupa mengajar rakyat atau askar mereka undang-undang laut antarabangsa atau ilmu geografi dan persempadanan antara negara.

Soalannya: Berbaloikan kita membela seekor Panda yang selalu cuba menggigit jari kita?

Artikel kali ini menjelaskan mengapa China berselindung di sebalik bayang-bayang imperialisme era baru, polemik geopolitik dengan kuasa Barat terutama Amerika dan NATO dan Malaysia sebagai benteng terakhir menangani permainan kuasa-kuasa asing ini di Laut Champa, yang merupakan ‘peti deposit’ sumber baru, untuk menjana mesin-mesin perang kuasa-kuasa ini.

 

Artikel penuh di: ‘Konflik Dingin’ Laut Champa: Berbaloikah Kita Membela Panda Yang Menggigit Jari Kita?

Belum lagi menjadi ahli? KLIK  Join Us

 

 

Sinopsis: Aleppo, Mengapa Mereka Membunuhmu?

losing-ground-by-the-minute-syrian-rebels-are-losing-aleppo--and-perhaps-also-the-war.jpg

 

 

 

 

 

[MUKADDIMAH]

Terdapat banyak pendapat dari orang ramai dan pelbagai pihak tentang misteri di sebalik apa yang berlaku di Syria. Ada yang mengandaikan bahawa ini adalah konflik antara kerajaan Assad dan para penentangnya yang memberontak di atas kezaliman dan ketidakcekapannya menangani isu-isu kemanusian di Syria. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah perang antara sektarian; Sunni dan Syiah. Ada juga menyatakan ia adalah perang antara blok Amerika dan blok Rusia, untuk melindungi kepentingan kapitalisme masing-masing di Dunia Arab.

Walau apapun alasannya, yang terbunuh sama adalah orang awam. Yang terbunuh sama adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa, yang terbunuh sama adalah para wanita dan orang-orang tua yang tidak berdaya. Tidak kira siapa yang mengebom, siapa yang menembak: FSA, Al-Nusra, ISIL-Daesh, Iran, Assad sendiri atau Rusia yang tiba-tiba ingin ‘mengambil berat’…yang tetap terbunuh adalah orang Islam dan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Kini situasinya, siapa yang menembak, yang terkena adalah umat Islam. Kini permainan yang sama berlaku di Aleppo (Halab). Mereka mengatakan mengebom pemberontak. Pemberontak mendakwa mereka mengebom musuh mereka. Tetapi yang nyata ‘dibunuh’ adalah anak kecil berumur 2 tahun!

Semua ini meremang dalam satu soalan pedih: Aleppo, Mengapa Mereka Membunuhmu?

Artikel ini menjelaskan satu-persatu pihak yang terlibat di dalam konflik Syria dan apa kepentingan mereka masing-masing sepertimana Amerika dan Rusia yang memang memiliki kepentingan peribadi dalam konflik berdarah ini. ISIL-Daesh juga tidak terkecuali, sebagai perkakas bagi kuasa-kuasa besar mengimbangi atau meneutralkan pergerakan ‘Mujahidin’.

 

Artikel penuh di: Aleppp, Mengapa Mereka Membunuhmu?

 

Belum lagi menjadi ahli? KLIK  Join Us