Apakah itu ‘incubation period’ ? Inilah dia istilah yang telah berjaya mengelirukan ramai orang, banyak kerajaan dan pakar-pakar.
Tempoh inkubasi atau tempoh pengeraman adalah masa di antara pendedahan kepada organisme patogen, kimia atau radiasi dan apabila gejala dan tanda-tanda pertama kelihatan. Dalam penyakit berjangkit yang biasa, tempoh inkubasi menandakan tempoh yang diambil oleh organisma yang mampu menggandakan jumlahnya (mereplika) untuk mencapai ambang atau tahap yang diperlukan bagi menghasilkan simptom (gejala penyakit seperti batuk, demam, bersin dan sebagainya) di dalam perumah.
Tempoh pengeraman inilah yang menyebabkan ramai orang termasuk pakar perubatan merasakan ‘keadaan masih terkawal’ dan situasi masih selamat. Ada negara yang mengatakan tidak ada apa-apa dan membenarkan pelancong yang berisiko memasuki negara. Malah, perkara inilah yang berjaya mengelirukan WHO, badan induk kesihatan sedunia yang disegani. Padahal ketika tempoh inilah amat penting untuk mengawal wabak dari merebak kepada ramai orang!
Apabila melepasi tempoh pengeraman, virus akan mencapai keupayaan klimaks atau kekuatan puncak.
TIDAK PERLU DIBERITAHU APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS ITU. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KITA SEMUA.
Baca selanjutnya.