Monthly Archives: February 2018

100 Tahun Sebelum Tribuana : “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola”

swarnasapta2

 

Ketika itu raja telah menerima mengadap panglimanya yang membawa para tawanan perang Tamil seraya berkata: “Kami telah menakluk negara orang-orang India dengan ‘Thandaung’ (Gunung Besi) dan Nga-Thon-Pinle (Laut Na-sum?)”, dan dia telah membuatkan orang-orang India itu tinggal di kawasan terpencil di Singu.

(Hmannan Maha Yazawindawgyi, Riwayat Mahligai Cermin Raja-raja Burma)

 

Kekacauan di negeri Chola bermula sejak ekspedisi Maharaja Samara Vijayatungga bersama para sekutunya melawan kembali tentera Chola yang mengganggu jalur perdagangan di Selat Melaka. Malah riwayat Burma juga mencatatkan penentangan mereka terhadap kehadiran kuasa Chola yang cuba menganggu hegemoni kerajaan-kerajaan tempatan terutama Empayar Srivijaya.

Rekod dari Sri Lanka berdasarkan prasasti telah menyatakan Maharaja menempatkan tenteranya berpangkalan di Sri Lanka, membantu penduduk Sri Lanka menghalau Chola dari bumi mereka dan ini harmoni dengan catatan Zhou Rugua dalam Zhu Fan Zhi bahawa Sri Lanka (Si Lan) termasuk dalam 15 koloni Srivijaya sekitar tahun 1225 Masehi.

Ini jauh berbeza dengan apa yang terjadi di negeri Chola,  di mana negeri Chola semakin mengecil oleh tekanan dari Pandya dan kemuncak ialah pada sekitar 1231 Masehi, tentera Chola telah dikalahkan oleh Kopperunchinga I dalam Pertempuran Tellaru dan rajanya, Rajaraja Chola III telah ditangkap dan dipenjarakan.  Bersempena dengan kejayaan itu, Kopperunchinga I telah memasang gelaran “Solanai-sirai-yittu-vaittu Solanadu-konda Alagiyasiyan” yang bermaksud “Yang Memenjarakan & Menakluk Chola.”

Srivijaya kembali kaya dan berkuasa sehinggalah satu bencana telah menimpa punca utama perdagangannya. Bencana yang menjatuhkan model dan sistem perdagangannya…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

100 Tahun Sebelum Tribuana : Kekayaan Saptabuana

swarnasapta

 

“Ini kembali kepada polisi dan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kulotungga I, ‘raja Chola’ yang telah berjaya menamatkan ‘dinasti sebenar’ Chola. Menjalinkan kembali kerjasama perdagangan dengan Srivijaya, mengizinkan Srivijaya menyambung pemilikan tanah di wilayah Chola dan di masa pemerintahannya juga, rekod Song melaporkan Chola menjadi bawahan Srivijaya telah menjadikan tindakan-tindakan Kulotungga ini benar-benar misteri dan persoalan kaitan dirinya dengan Srivijaya. Laporan dari Song ini harmoni dengan rekod dari Sri Lanka, bahawa Chola telah ditundukkan oleh Maharaja Samara Vijayatungga, pemerintah empayar Srivijaya ketika itu.

Abad-abad sebelum munculnya Kesultanan Melaka telah menyaksikan beberapa peristiwa yang mengejutkan walaupun tersirat dalam banyak rujuksilang.”

 

(Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu Bab 100 Tahun Sebelum Tribuana : Kekayaan Saptabuana)

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu (Bersiri)

 

Srivijaya adalah satu kuasa maritim yang pernah  membayangi sejarah Asia Tenggara selama lebih  seribu tahun. Bayangkan jika negara kita Malaysia ini baru berumur  60 tahun, Srivijaya sebagai sebuah empayar maritim mengekalkan pengaruh selama itu. Tidak dinafikan ada naik dan turunnya empayar ini serta peperangan demi peperangan yang mewarnai kekuasannya, namun warisannya kepada sejarah Nusantara dan Asia Tenggara tersangat besar sehingga membekas sampai ke hari ini.

Kesultanan Melaka pula adalah sebuah lagi empayar maritim yang menguasai Selat Melaka lebih seabad lamanya. Tidak perlu diperkenalkan lebih lanjut tentang kesultanan ini. Apa yang ingin dibincangkan nanti adalah sesuatu yang mungkin menarik untuk difikirkan oleh para pengkaji, peminat sejarah dan orang Melayu.

Apa yang menjadi salah satu ‘missing link’ dalam sejarah Melayu adalah peralihan antara zaman berakhirnya Srivijaya dan permulaan Kesultanan Melaka. Lompang dalam sejarah ini telah banyak mengelirukan ramai pihak dan salah membicarakan bahagian ini akan menyebabkan sejarah seterusnya akan jadi cacamarba dan lebih sukar difahami.

Siri ini akan cuba mengupas sekitar :

 

1) Siapa Saptabuana?

2) Siapa SwarnaBumi?

3) Apa Tanggadharma?

4)  Misteri nobat

5) Siapa Raja Permaisuri?

6) Siapa Raja Banglung?

7) Siapa Nursyirwan Adil?

8) Siapa Gayo Mas?

 

dan banyak lagi…

 

Rahsia salasilah raja-raja Melayu pada zaman peralihan ini (Srivijaya-Melaka) benar-benar bergantung kepada satu kunci yang diserahkan ketika pertabalan sultan sebuah negeri. Apakah dia?

SIAPAKAH RAJA MELAYU PADA HARI INI?

 

The Destiny Has Begun.

 

DATANG MARWUAT MANUA
SRIVIJAYA JAYASIDDHAYATRA SUBHIKSA

 

 

 

 

Sila untuk mengakses ke MistisFiles.  Jika tidak boleh mengakses,  klik Join Us

Pengumuman! MistisFiles Generasi Pertama

mf2jarum

 

MistisFiles generasi pertama ialah platform ketiga terawal selepas maklumat-maklumat MistisFiles disampaikan ke khalayak umum di Malaysia menggunakan laman geocities dan angelfire sejak tahun 90-an lagi.

Pada Ogos 2016, laman ini telah ditutup ekoran kerja-kerja kemaskini dan penyelenggaraan.

Kini mulai 1 Februari 2018, MistisFiles generasi pertama ini telah dibuka kembali kepada pembaca setia kami.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini:

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

 

Harap maklum dan selamat menyelami dunia ‘deepworld’ MistisFiles!