“Ini kembali kepada polisi dan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kulotungga I, ‘raja Chola’ yang telah berjaya menamatkan ‘dinasti sebenar’ Chola. Menjalinkan kembali kerjasama perdagangan dengan Srivijaya, mengizinkan Srivijaya menyambung pemilikan tanah di wilayah Chola dan di masa pemerintahannya juga, rekod Song melaporkan Chola menjadi bawahan Srivijaya telah menjadikan tindakan-tindakan Kulotungga ini benar-benar misteri dan persoalan kaitan dirinya dengan Srivijaya. Laporan dari Song ini harmoni dengan rekod dari Sri Lanka, bahawa Chola telah ditundukkan oleh Maharaja Samara Vijayatungga, pemerintah empayar Srivijaya ketika itu.
Abad-abad sebelum munculnya Kesultanan Melaka telah menyaksikan beberapa peristiwa yang mengejutkan walaupun tersirat dalam banyak rujuksilang.”
(Akhir Srivijaya Mula Melaka : Kunci Rahsia Raja Melayu Bab 100 Tahun Sebelum Tribuana : Kekayaan Saptabuana)
Macam mana orang Melayu pada zaman tersebut menjadi begitu hebat ?? Apa RAHSIAnya ? Kenapa sangat berbeza dengan Melayu pada hari ini …?
Berbeza sebab kita pernah dijajah secara psikologi dengan ditulis kembali sejarah kita tanpa memfokuskan kejayaan nenekmoyang kita.
~Srikandi
Kita dimomokkan dgn sikap2 negatif spt malas dll hingga mnyebabkan kita mengalami low self esteem
Ya, memang begitulah apa yang terjadi kepada bangsa Melayu. Ini asalnya propaganda British kemudian disambung oleh ahli politik, malah ahli politik Melayu sendiri untuk motif politik tertentu.
~Srikandi