Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Archive for May, 2018

Mason-mason Melayu Bahagian IX

Posted by jigsmaster on May 21, 2018

ktm

 

Sikap orang Melayu yang menghormati tetamu, membahasakan orang luar sebagai ‘tuan’ dan senang menerima maaf kadangkala menyebabkan orang asing mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang Melayu. Namun apabila merasa diri terancam, orang Melayu sering mengambil tindakan secara langsung malah mempamerkan kemarahannya – seperti amuk. Ditindas secara perlahan-lahan dan dipinggirkan walaupun sebelumnya mereka cuba bertolak ansur ke atas orang asing datang ke tanahairnya masih berlangsung sehingga ke hari ini.

Semua ini menyebabkan orang Melayu merasa tidak adil dan mula mengambil langkah-langkah nasionalisme untuk mengadu nasib mereka yang malang itu. Sudah tentu mereka sayangkan hak-hak mereka sebagai pribumi yang sejarah mereka melangkaui sejarah orang-orang yang terkemudian itu di tanahair mereka.

 

 

 

 

 

 

 

“Malay Dilemma”

 

 

institut

 

“Orang bukan Melayu asyik menuntut hak persamaan, meminta supaya dimansuhkan hak istimewa orang Melayu. Sedangkan mereka tinggal di negara ini, mendapat kewarganegaraan juga satu keistimewaan. Mereka boleh mengamalkan cara hidup sendiri, bahasa sendiri…itu pun satu keistimewaan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad)

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu VIII : Siapa Selepas R.A.H.M.A.N?

Posted by jigsmaster on May 20, 2018

masonVIIIb

 

“Di sini letaknya persoalan dan misteri sebenar, bagaimana dua nama selepas Tun M ditentukan dan kemudiannya boleh masuk ke dalam teori aneh ini. Memang pada tahun 90-an, nama Anwar Ibrahim dicanang-canang sebagai pemegang huruf A selepas Tun M, namun akhirnya pemilik huruf itu adalah Tun Abdullah. Kemudian jangkaan orang ramai begitu kuat bahawa akhirnya pemegang huruf N itu adalah Dato Sri Najib Razak.”

Namun helah pencipta teori ini seolah-olah mempengaruhi akronim terakhir mengikut peraturan akronim pertama, maka nama kedua Dato Sri Mohd Najib Razak diambil untuk melengkapkan kitaran akronim bagi Teori R.A.H.M.A.N yang misteri ini.

Namun misteri sebenar bukanlah terletak pada permainan akronim ini, tetapi terletak pada persoalan huruf A dan N selepas berakhirnya era Tun Mahathir sebagai perdana menteri keempat. Malah persoalan siapa selepas teori ini adalah lebih mengejutkan, apabila ia dimulai dengan cara-cara yang mustahil, aneh dan dipaksakan.

Siapakah mereka itu selepas R.A.H.M.A.N?

 

 

 

 

 

 

 

 

 Siapa Selepas R.A.H.M.A.N?

 

 

umno1

 

“…keduanya, Melayu dan bumiputra itu majoriti rakyat dan kebetulan majoriti rakyat juga yang terhimpit, termiskin cuma yang berbeda dengan pendekatan lama ialah dasar dan perlaksanaannya. Saya tidak fikir negara boleh bertapak sihat dan segar seperti negara demokrasi sekiranya orang  Melayu merasa diri mereka terpinggir.”

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Mason-mason Melayu Bahagian VIII

Posted by jigsmaster on May 19, 2018

kuala-lumpur-sultan

 

Apa yang terjadi pada hari ini adalah rentetan daripada kejadian-kejadian masa lalu. Kita yang mengikuti politik Malaysia, malah terutamanya sejak krisis politik yang melibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu pasti tertanya-tanya misteri yang menyelubungi seperti benarkah Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat, atau benarkah tuduhan Tun Dr. Mahathir ke atas salahlaku timbalannya ketika itu?

Soalan ini samalah dengan persoalan benarkah Malaysia muflis semasa pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak?

Persaingan merebut kekuasaan politik adalah perkara biasa. Ia tidak dapat mengelakkan conflict of interest antara pihak-pihak yang merebut itu. Namun ada pelbagai lagi isu teknikal di dalamnya. Hakikat bahawa paksi-paksi politik di negara ini masih memanipulasi orang-orang Melayu dan Bumiputra sebagai berpopulasi majoriti dengan pelbagai agenda tersendiri. Siapakah yang jujur dan ikhlas di antara mereka? Ada juga pihak yang ingin menukarkan Melayu dan Bumiputra ini sebagai zombi-zombi politik mereka untuk mencapai matlamat yang bukan pun kepentingan orang-orang Melayu tadi.

Sejak bertahun-tahun senarai perdana menteri di Malaysia cuba diramalkan dengan mengikut satu ‘akronim’ yang diselubungi misteri dan kadang-kadang dibalut dengan perkara-perkara mistik.

 

 

 

 

 

 

 

“Asas Teori R.A.H.M.A.N”

 

 

Perdana Menteri Malaysia

 

 

“Bangsa Melayu harus menghayati tamadun mereka supaya mereka berhenti dari menjadi apologist kepada kewujudan mereka.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad)

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pengenalan Kepada Siri Mason-mason Melayu

Posted by jigsmaster on May 18, 2018

note1982b

 

 

Sebelum kita memulakan perbincangan dalam Mason-mason Melayu VIII nanti, mari kita berkenalan dahulu dengan siri Mason-mason Melayu yang merupakan antara kempen artikel paling popular dan kontroversi di MistisFiles semasa era peralihan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ke pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak suatu ketika dahulu. Penggunaan istilah ‘Mason‘ dalam siri ini lebih kepada golongan elit dalam politik Malaysia dan tidak bermaksud menuduh siapa-siapa sebagai ahli Freemason yang diketahui umum terpalit pelbagai misteri dan sisi gelap. Ini adalah senarai siri Mason-mason Melayu yang pernah terbit di MistisFiles:

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian I

Terbit pada 20 Oktober 2009

 

mason1

 

Menceritakan tiga sosok paling terkenal ketika itu, Tuan Guru Nik Aziz (Allahyarham), Tun Dr. Mahathir Mohamad  dan Dato Sri Anwar Ibrahim.

– Menceritakan kelebihan setiap tokoh ini

– Menyelusuri kekurangan mereka

– Perancangan gelap ke atas tokoh-tokoh ini

– Perjalanan politik mereka

– Tragedi yang berlaku ke atas hubungan ketiga-tiga tokoh ini

– Senario alternatif kepada tragedi yang berlaku

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian II

Terbit pada 12 November 2009

mason2

 

“Mason-mason Melayu”

 

Menyelusuri sejarah UMNO, sebagai parti terbesar Melayu (ketika itu), perjuangan mereka ketika membebaskan tanahair dari penjajahan atau campurtangan British dan bagaimana British menerapkan beberapa legasinya seperti undang-undang Common Law, liberalisasi beradasarkan kaum yang menyebabkan wujudnya sekolah vernakular dan sebagainya.

– Common Law mengatasi Hukum Allah

– Taktik British

– Demokrasi

– Perseteruan antara parti politik

 

 

 

Mason-Mason Melayu Bahagian III

Terbit pada 14 November 2009

 

mason3

 

“Political Zombies”

 

Mengupas tentang perangai dan tabiat para politikus Malaysia ketika itu yang kadangkala digelar ‘badut rakyat’. Ia juga mengupas para pengikut atau hamba politik itu yang digelar sebagai zombi-zombi politik.

 

– Tiga golongan berpolitik

– Tujuan-tujuan berpolitik

– Hamba politik

– Badut rakyat

– Propaganda, persepsi dan dakyah palsu

 

 

 

Mason-Mason Melayu Bahagian IV

Terbit pada 22 November 2009

 

mason4

 

“Jus Soli”

 

Mengupas senario politik Malaysia, dilema-dilemanya, perjuangannya dan saling berkepentingannya. Menumpukan kepada masalah dan rintangan dalam gerakan Islam seperti PAS, Al-Arqam mahupun gerakan dakwah non-politik seperti Jemaah Tabligh, pertembungan gerakan-gerakan Islam ini dengan gerakan globalisasi lain dan dayatahan mereka. Juga disentuh pertikaian antara mereka dan usaha mencari titik temu antara mereka.

 

– Masalah gerakan Islam

– Konsep politik Islam, Negara Islam dan dakwah non-partisan

– Pertembungan dan perbezaan ideologi perjuangan dalam gerakan Islam

– Kekalutan Islam Liberal

– Kecelaruan Wahabisme & Syiah

– Jemaah perang dan jemaah dakwah

– Cabaran dan mencari titik temu

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian V

Terbit pada 24 Disember 2009

 

mason5

 

“Syiah”

 

Artikel ini khusus membicara dan mengupas sejarah Syiah, penyelewengannya dan pembohongannya. Antara artikel paling kontroversi ketika itu dan mengundang para pentaksub Syiah menyerang blog MistisFiles malah ada yang mengadukannya kepada pihak blog Faisal Tehrani.

 

– Sejarah Syiah

– Sumber hadis-hadis Syiah

– Penyelewengan Syiah

– Siapa yang sebenarnya membunuh cucu Nabi?

– ‘Golongan yang bertaubat’

– Isu-isu sekitar Syiah di dalam dan luar negara

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian  VI

Terbit pada 4 Januari 2010

 

mason6

 

“”Dell’arte della guerra”

 

Mengupas bagaimana politik gaya Machiavelli tergunapakai dalam perseteruan politik di Malaysia. Disorot sejarah antara PAS dan Tun Dr. Mahathir dan permainan antara keduanya. Fokus lebih kepada sisi Tun Dr. Mahathir sendiri sebagai apa yang dicanang-canang sebagai ‘diktator Melayu terakhir’. Kebijaksanaannya, kelicikannya serta pandang jauhnya yang dihormati kawan dan lawan walaupun pada masa yang sama digeruni dan dibenci oleh yang berkenaan.

 

– PAS dan Mahathir Mohamad

– Sekular Melayu

– Diktator Melayu

– Gaya politik Pak Lah

– Isu-isu hak keistimewaan Melayu

– Bahaya bagi PAS

– Isu-isu seperti penggunaan nama Allah dan sebagainya

 

 

 

Mason-mason Melayu Bahagian  VII

Terbit pada 9 Januari 2010

 

mason7

 

“Summon The Kraken”

Mengupas tentang ‘tangan-tangan ghaib’ yang ingin mengubah Malaysia ke arah mengikut acuan mereka tanpa mengambil kira populasi orang Melayu beragama Islam yang menjadi majoriti. Sekularis Melayu tidak cukup, mereka mahu lebih lagi. Ini kerana sekularis Melayu masih ada ‘simpati’ terhadap agama dan bangsanya.

– Raja-raja Melayu

– Insiden DAP merampas tanah orang kampung di Perak

– Bangsawan UMNO

– PAS yang cacamarba

– Ardo ab chao

– Menyeru ‘kraken’

Untuk lebih memahami siri Mason-mason Melayu VIII nanti, mungkin perlu kefahaman kepada siri-siri sebelumnya. Namun ringkasan ini mampu memberikan anda gambaran kepada siri ini atau apakah perbincangan yang dibawanya.

Sekian terima kasih.

-M.O

=========================
Cara untuk akses MistisFiles
>> http://goo.gl/1QBIQK
=========================

 

“Kelicikan dan pembohongan seringkali menyerlahkan khidmatnya berbanding cara kekuatan”

-Niccolò Machiavelli (1469 – 1527)

 

 

 

Mukaddimah Mason-Mason Melayu II

Posted by jigsmaster on May 17, 2018

phmewarisinajib

 

Sebelum kita masuk ke perbincangan siri Mason-mason Melayu musim kedua ini, eloklah kita melihat dahulu semua misteri yang berlaku ketika ini dan menjejak asal-usulnya. Perlu melihat dahulu peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-14. Jika anda pembaca tegar MistisFiles, anda boleh mengulangkaji artikel-artikel yang lepas dalam siri ini sekitar tujuh tahun lepas.

Apa yang berlaku kepada perdana menteri sebelumnya, adalah satu seni yang orang ramai di bawah ini tidak memahaminya, kerana mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau ialah ‘murid asuhan’ kepada perdana menteri yang ketujuh. Peralihan kerajaan bukanlah disebabkan oleh faktor ekonomi sebagai alasan paling kuat, tetapi semacam conflict of interest oleh pelbagai pihak dan ketidakupayaan mantan perdana menteri ‘bermain’ dalam permainan yang diberi.

Antara peraturan permainan itu menyebutkan: beliau boleh mengambil reward, tetapi tertakluk pada peraturan sebelumnya.

Walau bagaimana majupun negara dan hebatnya ekonomi negara, beliau mesti mengikut peraturan itu. Mengawal reward untuk hasil kerjanya. Jika tidak, peraturan permainan akan mengubah reward itu sebagai satu tuduhan kepadanya dan ia akan disebarkan kepada rakyat.

Hakikatnya, hampir semua yang berada di tampuk kuasa mengambil reward itu. Bagaimana mereka mengawal dan menutup cerita adalah kelicikan masing-masing.

 

BACA SETERUSNYA…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Siri Mason-mason Melayu : R.A.H.M.A.N Kedua & Penjelmaan Semula

Posted by jigsmaster on May 17, 2018

masonmelayu

 

Siri Mason-mason Melayu kembali lagi. Kepada yang baru mengikuti di MistisFiles, siri ini mengupas tentang bagaimana aspek Machiavellisme, nasionalisme, autotarian, konspirasi dalaman, persaingan dalam merebut kuasa dan sentimen perjuangan  sekadar menyebut beberapa contoh, mempengaruhi politik Malaysia, khasnya politik orang-orang Melayu.

Siri terbaru ini akan mengandungi 5 topik:

 

Mason 1: Asas Teori R.A.H.M.A.N

Mason 2: ‘Malay Nationalism’ dan ‘Malay Dilemma’

Mason 3: Asas Teori ‘UMNO 2020′

Mason 4: Rule of Law

Mason 5: Penjelmaan Semula

 

Semua Jigster sila bersedia. Ingat!

Semua pihak harus pandai memahami bahaya di atas papan catur. Jika anda tidak tahu bermain, anda boleh menjadi penonton sahaja. Jika anda tahu bermain, anda MESTI menjadi pencatur, bukan yang dicaturkan. Tetapi,

 

jika anda dicaturkan, keluarlah dari papan catur.

 

Akses ke MistisFiles: BAPTIS SINI

Pengkaji Barat Terkejut Bagaimana Raja-raja Melayu Jaga Dinasti Beratus-ratus Tahun

Posted by jigsmaster on May 6, 2018

perak10

 

Ketika mengkaji satu topik dalam menyiapkan manuskrip Kursani Segenap Bimasakti, saya terjumpa ulasan seorang pengkaji Barat yang agak kagum dan terkejut dengan cara raja-raja Melayu menjaga identiti dinasti mereka walau beza beratus-ratus tahun. Ini boleh ditemui sekiranya kita mengkaji gaya bahasa prasasti dan manuskrip-manuskrip Melayu walaupun merentasi era Hindu-Buddha ke Islam.

Pembaca MistisFiles, mari kita teruskan pengembaraan Kursani kita…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Chandrabhanu & ‘Batu Bersurat Mongkut’

Posted by jigsmaster on May 2, 2018

ramakham

 

Masih berkisarkan bab terpanjang di dalam Kursani Segenap Bimasakti, Srikandi kali ini mengupas tentang rahsia seorang raja purba Melayu di Segenting Kra yang mana keagungan pemerintahannya telah mempengaruhi seorang raja dinasti Chakri untuk melakukan ‘sesuatu’ bagi mendatangkan rasa bangga rakyatnya terhadap tanahairnya.

Srikandi mencatatkan…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us