Monthly Archives: July 2017

Kisah Palestin Yang Lemah Terus Dibuli Israel; Negara-negara Teluk Terus Berdrama Dipermainkan Polisi Trump

teluknegara

 

[Mukaddimah]

 

Mengapakah negara-negara Teluk yang kayaraya itu tidak mahu berhenti sebentar dari bergocoh sesama sendiri untuk memerhatikan kanak-kanak, perempuan yang lemah atau orang tua yang tidak berdaya itu di Palestin, saudara seagama dan sebangsa mereka yang sekali lagi ditindas oleh rejim Israel baru-baru ini?

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Heavy : Post-Traumatic Disorder & ‘The Suicide Note’

chestercaml

 

[Mukaddimah]

 

Trauma akibat pencabulan sejak kecil yang masih berbekas dan ditambah dengan isu halatuju muzik terkini pilihan sendiri yang tidak selari dengan kehendak sesetengah peminat memberikan sesuatu yang ‘heavy’ namun bernada melankolik kepada pengalaman Chester Bennington (CB) pada hari-hari terakhirnya.

Lagu itu sendiri malah seluruh albumnya seakan-akan ‘nota selamat tinggal’ kepada para peminatnya.

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Papercut : Pengaturcaraan Minda Awal, ‘The Sun’ dan ‘The Box’

papercut

 

[Mukaddimah]

 

Sebagai mangsa buli dan gangguan seksual ketika kecil, mendiang Chester Bennington telahpun memiliki kabinet khas di dalam mindanya di mana semua memori hitam ini tersimpan. Kabinet ini amatlah sukar untuk dipadam dan hampir mustahil, kecuali melalui beberapa proses terapi yang khas.

 

 

KABINET ITU ADALAH ‘THE BOX’.

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Alice in Wonderland : Apakah Yang Chester Bennington Telah Alami Ketika Fasa “Alice in Wonderland”?

chestersaw

 

[Mukaddimah]

 

Pada 16 Julai 2017 yang lepas ketika kami telah menaikkan artikel pertama kami dalam subjek Protocols of The Elders of Mindcontrol melalui siri “Alice in Wonderland”, mendiang Chester Bennington telahpun mula memasuki fasa “Alice in Wonderland'” sebagaimana yang kami telah jelaskan di dalam artikel “Alice in Wonderland : Bagaimana Seorang Pedofil Profesional ‘Grooming’ Para Mangsanya”.

Bagaimana kami tahu tentang ini? Dalam rangkaian underground para pengkaji bidang konspirasi antarabangsa profesional, mereka telah mendapat ‘alarm‘ tentang seorang ‘artis rock terkenal’ akan mencapai apa yang dinamakan ‘broken‘ pada masa terdekat. Nama Chester Charles Bennington telah naik dalam senarai namun adalah merbahaya jika kami memberikan petunjuk terlampau langsung kepada umum. MistisFiles adalah satu-satunya platform dari Malaysia yang menjadi perhatian ‘The Bluetank’.

Diganggu secara seksual ketika kecil, menjadi mangsa pedofil dan tekanan jiwa kerana dibuli adalah kisah hidup penyanyi screamo kumpulan Nu Metal yang terkenal itu, yang mana telah menghantui sebahagian besar hidupnya walaupun beliau sudah berjaya dalam karier, menjadi kaya hasil kegiatan muzik dan terkenal di seluruh dunia. Kami telah jelaskan kepada anda dalam artikel-artikel kami tentang modus operandi pedofil dan kesannya kepada kanak-kanak hingga dewasa. Bagaimana fungsi otak juga menjadi berbeza dan tidak normal berbanding orang kebanyakan yang lain. Kes lebih kurang sama berlaku kepada penyanyi kumpulan Korn, namun beliau belum mencapai fasa “Alice in Wonderland”.

Lirik-lirik lagu Linkin Park era Hybrid Theory jelas menunjukkan apakah yang sebenarnya menghantui hidup Bennington terutamanya diwakili oleh perenggan terakhir lagu Papercut :

 

The sun goes down
I feel the light betray me
The sun goes down
I feel the light betray me

 

Pada tempoh antara 15-20 Julai yang lepas, Bennington telah mengalami fasa “Alice in Wonderland” dan subjek ‘The Sun’ itu sebenarnya apa yang diharapkan setiap kali ketika beliau terperangkap di dalam “The Box”. Namun seperti biasa, sebagaimana apa yang dinyanyikannya,

 

I feel the light betray me

 

Ikuti MistisFiles untuk menyelami psikologi, jiwa dan perasaan Chester Charles Bennington sebagai seorang mangsa pedofil dan buli. Banyak perkara yang anda tidak tahu di dalam dunia ini dan anda mungkin terkejut dengan realiti dunia ini berputar!

 

Down the rabbit hole.

 

FAIL INI MENGANDUNGI MAKLUMAT YANG SENSITIF DAN MUNGKIN AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pangkalan Tentera Amerika Berdekatan Malaysia : Fungsi Membina Banyak Pangkalan Tentera Di Seluruh Dunia

amehege

 

[Mukaddimah]

 

Apakah keperluan membina banyak pengkalan tentera di pelbagai negara di seluruh dunia di kala hutang kebangsaan Amerika Syarikat telah menjangkau lebih 19 trillion dollar?

Jika anda bermain permainan strategi, anda perlu membina banyak ‘base‘ untuk memudahkan logistik dan pergerakan pasukan tentera anda. Ini adalah logik yang paling asas, digunakan dari permainan komputer hingga kepada polisi ketenteraan antarabangsa.

Jadi mengapa Amerika membina banyak pengkalan tentera di seluruh dunia? Semata-mata menjaga keselamatan rakyat Amerika?

 

 

UNTUK MENCARI HEGEMONI DUNIA.

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Pangkalan Tentera Amerika : Tahukah Anda Mereka ‘Mengepung’ Kita?

 

[Mukaddimah]

 

Amerika dianggarkan memiliki 900 hingga 1000 pangkalan tenteranya di seluruh dunia di lebih 130 buah negara. Ada pangkalan yang wujud secara rahsia, ada pangkalan yang tersembunyi, ada pangkalan yang terletak di pulau terpencil jauh daripada manusia.

Dengan memiliki banyak pangkalan tentera, Amerika boleh melancarkan serangan dengan cepat di mana-mana sahaja di dunia yang fana ini. Tahukah anda, di manakah pangkalan tentera Amerika yang terdekat di Malaysia? Ya, amat dekat!

Mengapa ia ditubuhkan adalah sesuatu yang kontroversi. Seolah-olah ingin mengawal ‘sesuatu’.

 

PASTIKAN ANDA MENUTUP SEMUA MEDIA SOSIAL KETIKA MEMBACA FAIL INI.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Alice in Wonderland : Dunia Warna-Warni Para Pedofil & Alam Kejam Para Psikopat

karensearchformeaning

karensearchformeaning

 

[Mukaddimah]

 

Bagaimana seorang pedofil melihat dunia? Apa yang ada dalam jiwa mereka apabila melihat kanak-kanak kecil berbeza seperti apa yang majoriti orang lain lihat? Apakah takrif kasih sayang dalam kamus hidup mereka dan bagaimana cara mereka mengekspresikannya?

Adakah psikopat melihat alam semesta sama seperti orang lain? Adakah dendam itu? Mengapa masyarakat digambarkan sebagai makhluk-makhluk yang berleher panjang dan bermata besar serta lidah yang menjulur-julur?

 

Selamat Datang Ke Dunia Warna-Warni Para Pedofil & Alam Kejam Para Psikopat

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Alice in Wonderland : Memahami Psikologi Pedofil & Psikopat

psikopat

karensearchformeaning

 

[Mukaddimah]

 

Jika kita masuk ke dalam dunia para psikopat dan pedofil, anda akan melihat banyak kotak-kotak yang belum dibuka. Setiap kotak mengandungi impian dan keinginan mereka yang meluap-luap. Keinginan itu mungkin boleh jadi ‘dendam’ masa silam yang boleh dilampiaskan pada masakini namun ia tetap reborn; wujud dan wujud selagi para psikopat tidak melampiaskannya pada masa ia mula-mula terjadi.

 

Protocols of The Elders of Mindcontrol menceritakan tentang…

 

 

FAIL INI MENGANDUNGI MAKLUMAT YANG SENSITIF DAN MUNGKIN AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Alice in Wonderland : Bagaimana Seorang Pedofil Profesional ‘Grooming’ Para Mangsanya

aliceinwonderland150.com

 

 

[Mukaddimah]

 

Proses ‘grooming’ adalah proses untuk membentuk atau membesarkan subjek untuk tujuan atau objektif tertentu. Dalam Protocols of The Elders of Mindcontrol, proses ini antara yang paling penting bagi kerja-kerja kawalan minda dari segi pengaturcaraan dan penstrukturan minda serta personaliti subjek.

Dalam objektif membentuk seseorang itu menjadi pembunuh upahan, perisik, ejen khas atau pensabotaj, proses grooming adalah penting dalam sesuatu institusi kawalan minda. Jika anda pernah menonton filem Salt, anda akan melihat bagaimana seorang budak perempuan kecil yang digroom (watak dewasa dilakonkan oleh Angelina Jolie) dalam satu ‘gudang mindcontrol‘ yang berbau institusi KGB Rusia. Begitu juga ada adegan grooming Black Widow (Natasha Romanova) dalam filem  Avengers: Age of Ultron (2015) lakonan Scarlett Johansson ketika dia ‘dipukau’ oleh watak Wanda Maximoff.

Percaya atau tidak, proses grooming ini juga digunakan oleh kebanyakan  psychopath yang bertabiat seks yang ganjil seperti pedofil atau menyasarkan hanya para pelacur sahaja seperti Jack The Ripper. Begitu juga perogol bersiri seperti kes Selva Kumar Subbiah yang terkenal itu. Laporan jurnalis ada menceritakan secara terperinci modus operandi Selva memperdayakan mangsa dan akhirnya merogolnya. Namun di sana ada proses grooming jangkapanjang dan jangkapendek. Proses ini juga ada yang melibatkan peranan ibubapa kejam atau adikberadik sendiri dan inilah proses grooming paling berkesan. Ngeri bukan?

 

SILA BACA DENGAN TANGGUNGJAWAB SENDIRI.

FAIL INI MENGANDUNGI MAKLUMAT YANG SENSITIF DAN MUNGKIN AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Jigsclue #14 : “Master of Puppet”

masterpuppet

 

[Mukaddimah]

 

Dalam dunia yang mana terdapat kelompok-kelompok manusia yang cuba mengatasi antara satu sama lain, idea bahawa adanya manusia yang cuba untuk menguasai dunia memang realiti. Jika anda memiliki teknologi, modal, aset yang banyak dan tenaga manusia yang sedia diperhambakan, maka anda mampu menguasai jika tidak kesemuanya, maka sebahagian dari dunia yang fana ini dalam genggaman anda.

Tetapi The Elite tidak memikirkan bahawa dunia ini akan musnah. Mereka diajar tentang konsep keabadian dan kuasa yang tidak terbatas. Mereka diajar tentang bagaimana menjadi “Master of Puppet” untuk mengendalikan dunia dan manusia yang berdiam di dalamnya.

Mereka mencipta pelbagai proksi, hamba, klien, pengikut dan sebagainya untuk perlahan-lahan cuba sekeras daya  untuk membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi ‘dewa-dewi’ menguasai dunia ini mengikut telunjuk mereka, kononnya mampu mengatasi Tuhan.

Welcome to Your Master.

Obey or You Will Become A Prey.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us