Alice in Wonderland : Apakah Yang Chester Bennington Telah Alami Ketika Fasa “Alice in Wonderland”?

chestersaw

 

[Mukaddimah]

 

Pada 16 Julai 2017 yang lepas ketika kami telah menaikkan artikel pertama kami dalam subjek Protocols of The Elders of Mindcontrol melalui siri “Alice in Wonderland”, mendiang Chester Bennington telahpun mula memasuki fasa “Alice in Wonderland'” sebagaimana yang kami telah jelaskan di dalam artikel “Alice in Wonderland : Bagaimana Seorang Pedofil Profesional ‘Grooming’ Para Mangsanya”.

Bagaimana kami tahu tentang ini? Dalam rangkaian underground para pengkaji bidang konspirasi antarabangsa profesional, mereka telah mendapat ‘alarm‘ tentang seorang ‘artis rock terkenal’ akan mencapai apa yang dinamakan ‘broken‘ pada masa terdekat. Nama Chester Charles Bennington telah naik dalam senarai namun adalah merbahaya jika kami memberikan petunjuk terlampau langsung kepada umum. MistisFiles adalah satu-satunya platform dari Malaysia yang menjadi perhatian ‘The Bluetank’.

Diganggu secara seksual ketika kecil, menjadi mangsa pedofil dan tekanan jiwa kerana dibuli adalah kisah hidup penyanyi screamo kumpulan Nu Metal yang terkenal itu, yang mana telah menghantui sebahagian besar hidupnya walaupun beliau sudah berjaya dalam karier, menjadi kaya hasil kegiatan muzik dan terkenal di seluruh dunia. Kami telah jelaskan kepada anda dalam artikel-artikel kami tentang modus operandi pedofil dan kesannya kepada kanak-kanak hingga dewasa. Bagaimana fungsi otak juga menjadi berbeza dan tidak normal berbanding orang kebanyakan yang lain. Kes lebih kurang sama berlaku kepada penyanyi kumpulan Korn, namun beliau belum mencapai fasa “Alice in Wonderland”.

Lirik-lirik lagu Linkin Park era Hybrid Theory jelas menunjukkan apakah yang sebenarnya menghantui hidup Bennington terutamanya diwakili oleh perenggan terakhir lagu Papercut :

 

The sun goes down
I feel the light betray me
The sun goes down
I feel the light betray me

 

Pada tempoh antara 15-20 Julai yang lepas, Bennington telah mengalami fasa “Alice in Wonderland” dan subjek ‘The Sun’ itu sebenarnya apa yang diharapkan setiap kali ketika beliau terperangkap di dalam “The Box”. Namun seperti biasa, sebagaimana apa yang dinyanyikannya,

 

I feel the light betray me

 

Ikuti MistisFiles untuk menyelami psikologi, jiwa dan perasaan Chester Charles Bennington sebagai seorang mangsa pedofil dan buli. Banyak perkara yang anda tidak tahu di dalam dunia ini dan anda mungkin terkejut dengan realiti dunia ini berputar!

 

Down the rabbit hole.

 

FAIL INI MENGANDUNGI MAKLUMAT YANG SENSITIF DAN MUNGKIN AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply