Monthly Archives: February 2015

Nota Lodgekeeper 2015 Debut

Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini,trend The Hidden Hand ialah menimbulkan lebih banyak watak-watak ‘False Flag’.Jika anda pernah membaca tentang pasukan Panji-panji Hitam yang selalu muncul dalam hadis-hadis akhir zaman,nah…jika terdapat false flag tentangnya,maka ini membuktikan mereka mengambil serius tentangnya.

Watak false flag yang paling popular tentunya Osama Bin Laden,dan beliau sememangnya mempunyai kaitan dengan CIA,sebagaimana para pemimpin boneka Arab yang lain.

Namun watak false flag berlainan dengan para pemimpin yang dijadikan boneka,false flag actor bertindak seperti ‘mole’.

Para Elit dari kalangan mereka amat mempercayai apa yang dinamakan sebagai Holy Scriptures.Michel de Nostredame pernah menyebutkan tentang Holy Scriptures ini,bahawa semua ramalannya berdasarkan apa yang disebut di dalam ‘The Holy Scriptures’.

‘The Holy Scriptures’ yang didapati oleh Nostradamus itu adalah warisan datuknya yang mendapatkannya dari para pedagang di Baitul Maqdis.

Anda pasti dapat meneka apakah sebenarnya The Holy Scriptures itu.

“Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”

(Sunan Ibnu Majah)

Ini adalah salah satu hadis yang menceritakan tentang ‘Panji-panji Hitam’ itu.Terma tentera Panji-panji Hitam sebenarnya menakutkan The Elite dan mereka bertindak membuat false flag untuk cuba mengalihkan pandangan dan membuat sebanyak mana kerosakan sebelum tiba the real ‘Black Flags Armies’ itu.

Sekarang telah bertebar banyak bukti bahawa tentera false flag kepada tentera Panji-panji Hitam itu,yang dipanggil sebagai ISIS itu adalah sebenarnya tentera Amerika atau kontraktor militari yang diupah untuk berlakon sebagai tentera Panji-panji Hitam.Kostum,lambang tatu,cara pengambaran video dan seterusnya semakin lama semakin jelak orang-orang yang memerhatikan gelagat mereka sekian lama.

Bersedia dengan seberapa banyak false flag selepas ini.Ini adalah zaman fitnah yang disebut-sebut itu.

Fitnah di mana akan ada banyak lakonan dan ‘rehearsal’ yang nantinya akan digunakan untuk kegiatan The Wise Man?Siapa?Perhatikan gambar di bawah.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us