Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Archive for June, 2015

Origin of The Black Mass

Posted by jigsmaster on June 27, 2015

darkvat3

 

Pada tahun 2011,Pastor Peter James telah memberikan satu ucapan yang sukar dalam kariernya di perjumpaan Gereja Presbyterian Vienna.Beliau bercakap tentang kekejaman seksual yang berlaku di gereja itu selama hampir 6 tahun.Skandal itu melibatkan pengurus-pengurus muda yang dipercayai.Beliau meminta maaf kepada khalayak dan mengatakan bahawa selepas menyelami masalah tersebut,mendedahkan “semua itu adalah lebih dasyat dari apa yang kita bayangkan”.

Dalam pada itu,kira-kira 2 tahun lepas gereja terbesar Wesleyan Methodist yang merupakan cabang gereja keempat di Britain telah merakamkan ucapan maaf atas kes pencabulan seksual yang berlaku di situ.Gereja tersebut membuat ucapan maaf secara umum setelah terbongkarnya hampir 2000 kes pencabulan di dalam institusi gereja itu sejak 1950.

Di Belgium,Biskup kota Bruges, Roger Vangheluwe, meletak jawatan pada April 2010 selepas mengakui bahawa dia telah mendera secara seksual seorang budak lelaki selama bertahun-tahun semasa menjadi paderi malah selepas dilantik menjadi biskup.

Skandal itu menarik perhatian bekas ketua Gereja Katolik di Belgium, Cardinal Godfried Danneels, yang telah menasihatkan mangsa pada bulan April tidak mendedahkan kepda awam akan skandal itu sehinggalah Vangheluwe  bersara pada tahun 2011.

Pada 20 Mac, Pope Benedict XVI memohon maaf kepada mangsa-mangsa penderaan seks kanak-kanak oleh paderi Katolik di Ireland.
Beliau kemudiannya menerima perletakan jawatan Bishop John Magee, seorang pembantu kepada tiga paus sebelum ditugaskan ke Ireland, yang didapati telah menyeleweng dalam mengendalikan kes penderaan seks para biarawan di County Cork.
Pope Benedict kemudiannya telah melantik 9 ahli panel gereja untuk menyiasat penderaan kanak-kanak di institusi Katolik Ireland.
Sejak dua dekad yang lalu, Gereja Katolik Rom di Amerika Syarikat - dengan Uskup Agung Boston khususnya - telah terlibat dalam beberapa siri skandal seks kanak-kanak.

Terdapat banyak kes melibatkan kemarahan orang ramai selepas penyalahgunaan kuasa dalam tahun 1990-an oleh dua paderi Boston, Paul Shanley dan John Geoghan, dapat dijelaskan, dengan syak wasangka bahawa pemimpin-pemimpin Gereja telah berusaha untuk menutup jenayah mereka dengan menggerakkan mereka dari satu gereja ke satu gereja.

Pada tahun 2002 ketika itu, Pope John Paul II mengadakan mesyuarat tergempar dengan kardinal Amerika Syarikat, tetapi dakwaan terus muncul.

Walaupun telah membuat permohonan maaf dan berjanji untuk mengambil tindakan tegas, Archbishop Bernard Law mengundurkan diri atas skandal itu pada akhir itu.

Apa yang berlaku sebenarnya selama beratus-ratus tahun di sebalik lorong-lorong dan basement gereja-gereja?

Di sana,ada sesuatu yang menjelekkan,mengejutkan ramai orang.Sejak zaman pagan lagi,pelbagai ritual misteri telah berjalan dalam budaya Eropah Kuno.Sebahagiannya tetap berjalan dengan senyap,sebahagiannya cuba ditutup.

Di sini kita akan bermula.

 

 

 

 

 

“Origin of The Black Mass”

 

 

originblcmas

“mereka merayakan Ibu Dewi yang meriah ketika zaman-zaman empayar Rom,berakar dari kepercayaan Mithra dan Ishtar..”

 

 

 

 

 

Sejarah Vatikan bermula dengan emperor Constatine dari empayar Rom yang ‘bersetuju’ memeluk agama Kristian dan menjadi penaung (patron) kepada agama itu.Namun menerima sepenuhnya ajaran asal Nasrani itu memerlukan Constatine menghadapi kemungkinan penentangan dari seluruh masyarakat pagan Eropah.Mengapa?

Ajaran yang baru itu menekankan penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.

Masyarakat Pagan Eropah biasa menyembah banyak dewa atau dewi dan ini disebut sebagai pantheon of gods.Mereka juga memiliki adat kebiasaaan dan perayaan-perayaan tertentu di mana di dalam ajaran Nasrani adalah ‘perbuatan kafir dan dosa’.Jika Empayar Rom memaksakan kepercayaan baru itu secara drastik kepada masyarakat Eropah,apakah yang akan terjadi?

Pemberontakan dan perpecahan.

Inilah yang cuba dielakkan oleh Constatine dan para penasihatnya.Untuk memahami latarbelakang dan rahsia di sebalik setiap sisi ritual agama Kristian Katolik,anda harus memahami tradisi pagan dan sejarahnya.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Catacomb of Vatican II

Posted by jigsmaster on June 4, 2015

darkvat2

 

 

Pada tahun 1419,keluarga Medici,pemilik empayar perbankan dan perniagaan terkenal di Florence,Itali telah membina satu makam yang amat mewah dan cantik.Ia kepunyaan John XXIII (sesetengahnya menulis sebagai John XXII atau Antipope John XXIII) atau nama sebenarnya Baldassare Cossa yang menjadi Paus ketika tempoh yang singkat semasa krisis yang digelar Western Schism,melibatkan perpecahan dalam institusi Katolik.

Di sana terpahat di makamnya “John mantan Paus”.Ini menyebabkan bantahan oleh Paus Martin V yang menyandang jawatan tertinggi itu selepas Baldassare Cossa.Mengapa Paus Martin V membantah?

Baldassare Cossa telah terlibat dalam kegiatan rompakan secara tersembunyi,memiliki sebuah ‘harem’ dengan seramai 200 ‘rahib’ perempuan di dalamnya.Dia juga adalah peliwat dan telah mencabuli beratus-ratus anak dara,janda dan jururawat,belum lagi dimasukkan senarai para biarawati muda di gereja yang rosak oleh kerananya.

Digelar sebagai ‘Antipaus’,Cossa adalah contoh klasik pemimpin tertinggi agama Katolik yang terlibat dalam kegiatan gelap dan didokong oleh keluarga perbankan yang kaya,dan ini adalah ciri-ciri sempurna sistem gelap yang sebenarnya telah berjalan selama beratus-ratus tahun dalam sejarah Katolik dan institusi gereja dan Vatican.

Bagaimana Cossa boleh terlepas dengan hukuman berat padahal rakyat bawahan dibunuh dan diseksa di bawah Mahkamah Inquisition?Bagaimana Cossa dibebaskan dengan begitu mudah secara tebusan wang dan yaang paling mengejutkan kemudiannya apabila dia dilantik pula sebagai biskup senior di Frascati?Kemudian apabila mati,dimakamkan di dalam kompleks makam yang mewah dan hebat?

Cossa sebenarnya adalah ahli kepada satu kelompok rahsia di dalam dunia gelap Katolik.Apabila dia menghadiri “The Ceremony”,maka syaitan yang paling jahat akan melindunginya dari dosa-dosa yang paling busuk sekalipun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“The Ceremony

 

 

 

 

 

 

 

cata2

Par le décès du très vieillard pontife,
Sera esleu Romain do bon aage:
Qu’il sera dict que le Siège debiffe
Et long tiendra et de picuant ouvrage

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk memahami bagaimana sistem gereja bekerja, anda perlu tahu sejarahnya.

Tidak dinafikan bahawa gereja-gereja awal adalah gereja Pagan, di mana gereja itu digunakan untuk menyembah dewa-dewi Pagan. Secara umum, Paganisme adalah agama yang menyembah banyak dewa atau dewi dan cenderung bersifat orientasi kepada pemujaan berhala.Di zaman Empayar Rom, agama Kristian adalah agama minoriti, tetapi ia menjadi popular dan tersebar di seluruh Rom. Pergerakan agama menjadi begitu kuat bahawa ia mengancam agama Rom,yang mana berasaskan Paganisme.

Apabila gerakan Kristian berkembang, ia menyebabkan banyak konflik antara Kristian dan agama Rom, jadi Maharaja Constantine mengarahkan bahawa prinsip-prinsip asas agama Rom dan agama Kristian digabungkan bersama-sama ke dalam satu agama.

Penyatuan rasmi kedua-dua agama berlaku di Majlis Nicaea, yang mengakibatkan kelahiran Gereja Rom Suci. Ini adalah mengapa terdapat banyak kepercayaan Pagan dalam agama Kristian.

Sebagai contoh, Krismas dan Paskah adalah hari cuti Pagan.

Kebanyakan orang Kristian tidak mengetahui langsung perkara ini kerana kepercayaan Pagan dan cerita di dalam agama Kristian telah dibuat untuk menghalang Kristian daripada mengetahui bahawa agama mereka penuh dengan ideologi Pagan.

Apakah yang berada di bawah St Peter’s Basilica itu?Di dalam catacomb-catacomb itu?Ia adalah amat mengerikan!

TERUSKAN MEMBACA…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Catacomb of Vatican

Posted by jigsmaster on June 3, 2015

darkvata

 

 

Vatican,atau disebut sebagai Negarakota Vatican (Italian Stato della Città del Vaticano) adalah pusat Gereja Katolik Roman yang terletak di barat tebing Sungai Tiber.Vatican adalah negara terkecil di dunia.Tembok yang dibina pada abad pertengahan dan era Renaissance membentuk sempadannya kecuali tenggara St. Peter Square (Piazza San Pietro).

Di dalamnya terdapat tempat-tempat penting dalam dunia Katolik seperti St. Peter’s Basilica, Sistine Chapel  dan Muzium Vatican.Di sana mengandungi beberapa lukisan dan ukiran yang paling terkenal di dunia,seperti  The Last Judgment dari dari Michealangelo dan  The Creation of Adam dari Leonardo Da Vinci.

Ramai yang tidak tahu apakah di sebalik tembok-tembok lama Vatican City.Walaupun di sana terdapat novel The Da Vinci Code,malah filemnya sekali,namun ia seakan-akan mahu menyentuh permukaan atas aisberg sahaja,dan penulisnya tidak berani pergi lebih jauh.

Apakah yang berada di sebalik Vatican?

Untuk mengetahui sejarah di sebaliknya,kita mesti mengkaji tradisi sejarah yang menghantui seluruh Vatican,di masa-masa sebelum Kristian.Fakta mengatakan bahawa para penerus ajaran Hawariyyun (The Apostle) tidak sepenuhnya menguasai emperor Rom yang masih memiliki kuasa yang menggerunkan di seluruh Eropah.Jadi,emperor Constatine dan para rahib kuil sebenarnya tidak menganut sepenuhnya ajaran Jesus yang dibawa,tetapi mereka mengambilnya dengan beberapa syarat dan perjanjian.

MistisFiles akan mendedahkan sebahagian rahsia,namun sebahagiannya masih terdapat di sana.Owh…bukan di bawah aisberg itu,tetapi masih terkubur di dalam catacomb-catacomb di bawah Vatican City!

 

 

 

 

 

The Catacomb of Vatican

 

 

 

catavat

 

“Mars nous menace par sa force bellique,septante fois fera le sang épandre…”

(Nostradamus)

 

 

Dalam artikel ini,anda akan mengetahui:

 

-Kelompok Rahsia Agama misteri Mesir Purba

-Asal-usul sistem Paganisme Rom

-Asal-usul Krismas

-Perayaan Saturnalia

-Siapakah Paul?

-Doa Jesus di Taman Gethsemene

-‘Eye in the Capstone’

-Hermes.Pan dan Janus

-‘Harta karun’ di dalam catacomb

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us