Bagaimanakah caranya kita benar-benar tahu bahawa dunia ini adalah sebenar-benarnya, seperti apa yang kita lihat dan tahu selama ini? Alam yang kita lihat dengan mata kasar ini adakah benar-benar kukuh, jitu dan padu? Adakah ianya benar-benar ada di sana? Adakah gunung, laut dan pokok-pokok itu sebenarnya berada di tempatnya?
Ilmu sains semakin lama semakin mengakui dengan berat hati bahawa apa yang diberitahu oleh kitab agama seperti Al-Quran bahawa dunia ini hanyalah kepura-puraan semata adalah BENAR belaka. Ianya bukannya maksud yang ditafsir secara abstrak dan emosional lagi, tetapi ITULAH YANG DIKATAKANNYA! Itulah dia, alam ini… alam ini benar-benar sesuatu yang khayalan; persembahan cahaya yang memukau.
Hukum Alam Semesta Berhologram menyatakan bahawa alam semesta ini dipancarkan dari satu titik. Ianya adalah satu titik yang bukan dari dimensi kita. Hukum itu juga menyatakan bahawa: dunia 3 dimensi kita ini berasal dari dunia 2 dimensi, dimana maklumat dua dimensi dipancarkan sehingga membentuk 3 dimensi. Ini seumpama sekeping kertas (2D) yang diserkupkan ke objek bongkah segiempat kemudian kertas tadi pun berbentuk bongkah segiempat (3D). Bezanya, dalam realiti… di sana tiada bongkah segiempat itu. Hanya kertas yang dibentuk menjadi bongkah segiempat.
Apakah dia benda 2 dimensi yang terdapat dalam alam kita yang tiga dimensi ini?
Ianya adalah Lohong Hitam.
Dengan adanya jasad ini, alam semesta kita ini berasal dari satu singulariti yang aneh dan ajaib.
Jasad Dua Dimensi Yang Memancarkan Alam
Tiga Dimensi
Alam semesta bukan benar berada di tempatnya sebagaimana yang manusia lihat – ia berada di tempat yang lain.
HANYA DI MISTISFILES!