Monthly Archives: November 2014

Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor

hulubalangmelayu

 (foto menunjukkan hulubalang-hulubalang Melayu sebagai pengawal Jayavarman II,foto diambil dari sebuah kuil pra-Angkor)

 

 

Suryavarman I adalah anak seorang raja Melayu dari sebuah Malay city-states (disebut negeri Melayu) bernama Tambraliga atau Ligor di dalam hikayat-hikayat Melayu klasik.Ayahnya,sering dinyatakan sebagai Sujita atau Sochita (dalam riwayat Siam) adalah raja Tambralinga yang mengahwini kerabat raja Khmer.

Hasil perkahwinan inilah,Suryavarman I dilahirkan.

Apakah kaitan raja ini kepada rahsia piramid di Tasik Chini? Suryavarman I telah membaca BLUEPRINT KEDUA yang amat sulit,berkaitan sistem pengairan kuno kaum-kaum Proto-Austronesia yang diamalkan oleh kerajaan Bama dan Chini di Pahang sebelum Sri Dharmaraja menaklukinya dengan salah seorang gabenornya,Maharaja Dewasura yang disebut dalam Sulalatus Salatin.

Semua itu,dibaca bersama-sama ‘blueprint piramid’ dari catatan raja-raja sebelumnya sehingga sampai ke Jayavarman II yang mempelajari seni ‘architecture’ piramid kerabat Melayu Sailendra,yang sebelum itu memiliki hubungan dengan kerabat Melayu purba di Pahang yang disebut-sebut dalam riwayat Siam purba sebagai ‘Thauh” dalam bahasa Melayu Tamra dalam riwayat ‘Mukh Batoh’ yang tersimpan dalam sebuah wat purba di Ranong.

 

 

 

 

 

 

 
Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga

dari ‘layout’ Sailendra Yang Mewarisi Pelan Piramid Kerajaan Melayu Kuno Chini

 

 

 

 

west baray2

 

“…atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi…”

(Prasasti Grahi,Thailand)

 

 

 

 

Legenda raja-raja Melayu memindahkan teknologi dan kepandaian di kalangan orang Khmer ini menjadi seakan taboo di kalangan orang Thai dengan mengatakan bahawa ‘orang Khom’ inilah yang mengajar peradaban kepada Khmer malah membina juga kuil-kuil dan istana-istana di Kemboja.

Siapakah ‘Khom’ itu?

Perkara ini menjadi ‘puzzle’ di kalangan sarjana sejarah seperti Micheal Vickery dan Coedes.

Ini sangat aneh apabila para penjajah Perancis menduduki Kemboja,mereka menemui sekian banyak kesan-kesan sejarah namun apabila ditanyakan kepada penduduk tempatan,mereka seolah-olah juga baru mengetahui tentang peradaban itu.Henry Mouhot,pengembara Perancis antara terawal menjumpai tapak Angkor Wat amat sukar mempercayai bahawa orang Khmer telah membina binaan sehebat itu.Sedangkan orang Khmer sendiri yang menjadi pekerja dan pembantunya dalam membersihkan tapak Angkor Wat itu juga tidak mengetahui apa-apa berkenaan binaan itu.

Diceritakan bahawa apabila penjelajah Perancis itu bertanyakan siapakah yang membina Angkor Wat itu,orang-orang Khmer yang mengikutinya menjawab,ia dibina oleh ‘orang asing’.

Orang lain yang mengetahui siapakah di sebalik arkitek yang memberikan idea atau yang membina semua projek-projek pembinaan di Angkor adalah orang-orang Lao dan Thai yang mula membanjiri Indochina sejak abad ke 10 Masehi apabila kerajaan Nanchou di Yunnan berpecah.Mungkin mereka sangsi  kerana yang membayangi orang Khmer adalah raja-raja dari ‘orang Khom’ ini.Ini adalah misteri yang tersimpan dalam lukisan-lukisan purba di wat-wat tersembunyi di pedalaman Thailand.

Sepertimana Jayavarman II yang membawa senibina dan kejuruteraan arkitek dinasti Melayu Sailendra ke Kemboja,maka Suryavarman II pula membawa seni takungan air raja-raja Melayu Pahang dan Perak purba.Kota yang dikelilingi air adalah aspek penting negarakota Melayu pada masa silam.

 

Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar
khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-
himpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupi pintu kotanya, dan bangunan-bangunan
pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air

(Sulalatus Salatin)

 

Kita membincangkan tentang ciri-ciri negarakota Melayu yang tidak dibina berdekatan dengan laut,tetapi yang dibina jauh ke pedalaman darat,namun berdekatan dengan TASIK.Dan tasik itu mesti bukan tasik yang terkepung (landlocked) tetapi memiliki aliran yang terus ke laut.Inilah dia TASIK PAUH JANGGI,iaitu tasik sumber kehidupan kepada negarakota-negarakota Melayu di sebelah darat,yang tersembunyi dan tenggelam!

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Pyramid of Sailendra and Hidden Blueprint of Jayavarman II

bakong-plan-680

 

Jika anda lihat senibina Bakong dan Pre Rup di Kemboja,anda akan perasan bahawa senibinanya menyerupai konsep Borobudur.Ia adalah piramid bertingkat dengan tiada puncak tetapi di atasnya dibina stupa.

Adalah dipercayai bahawa di setiap tingkat itu diisi dengan patung-patung pada masa dahulu.

Apabila Jayavarman II memerintah Kemboja,beliau memindahkan sekali senibina dan kejuruteraan Melayu Sailendra ke dalam projek-projek pembinaannya.Raja-raja selepas itu juga mengadaptasi konsep Borobudur dan mengubahsuai sedikit demi sedikit sehingga kepada Angkor Wat,mahakarya Suryavarman II.

Perlu diingat,bahawa Borobudur dibina lebih 300 tahun sebelum Angkor Wat.

 

 

 

The Pyramid of Sailendra and Hidden Blueprint of Jayavarman II

 

 

borobudurBakong Temple

 
Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmarajya nu 924 caka

{…mewarisi gelaran ‘Kamvan’ dan berasal dari darah keturunan Dinasti Matahari…dia…(Suryavarman I) memerintah seluruh negeri Dharmaraja pada tahun Saka 924…}

-Prasasti Phimanakas,Kemboja

 

 

 

 

Tidak ramai yang tahu kisah hidup orang yang mengasaskan Angkor,Jayavarman II.Tidak ramai yang tahu beliau pernah tinggal di negeri-negeri Melayu dan ketika menjadi emperor Angkor,memiliki sejumlah ‘bodyguard’ dari kalangan hulubalang Melayu.Dan kisah paling ‘untold’…beliau ‘menyeludup’ teknologi piramid Melayu dari dinasti Sailendra ke Kemboja.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Cursed Pyramid of Tasek Chini

 

 

 

Ketika Hugh Clifford menjadi residen Pahang sekitar 1896–1900 dan 1901–1903,beliau hanya dikenal sebagai salah seorang pegawai British yang biasa.Sebenarnya tidak.Beliau secara ‘underground’ merupakan seorang ‘Indiana Jones’ yang gigih mencari rahsia dan artifak.Beliau juga mempelajari budaya dan bahasa Melayu secara mendalam.Sebahagian jurnal-jurnalnya diterbitkan dengan menggunakan nama samaran lain.Antara yang pernah dicatat adalah ekspedisinya ke Gunung Bama dan misi rahsia ke Tasek Chini.

Jika Gunung Bama adalah bertujuan untuk mencari ‘lost civilization’ apakah pula misi rahsianya ke Tasek Chini?Sebahagian petunjuk,ditinggalkan di dalam buku ‘Farther India’,menunjukkan beliau mencari ‘sesuatu’ yang berskala besar di dasar Tasek Chini.

Di sana,terdapat sistem pengairan yang tersusun dan sistematik.Sebuah kawasan tadahan air terbesar,terselindung di antara tasik-tasik semulajadi.Di sebalik hutan,terdapat petunjuk tertentu untuk ke ‘dalam’….ke arah sekumpulan ‘piramid yang disumpah’…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The Cursed Pyramid of Tasek Chini

 

 

 

….high cultured people out of Sundaland comes from mythological traditions they carried with them. Pyramid as we have seen are rooted…”

 

-Robert M. Schoch

 

 

 

Saya,Srikandi akan menulis tentang beberapa perkara mengenai Tasek Chini dan kekeliruan tentangnya.Saya juga akan memberitahu pembaca tentang kedudukan cerita sebenar mengenai ‘piramid-piramid’ di Tasek Chini,siapa yang membinanya dan mengapa ia sukar ditemui kini kecuali melalui beberapa imej satelit resolusi tinggi.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Sacred Geometry: Tree of Life

Bangsa Maya percaya bahawa di bumi terdapat syurga yang indah dan ajaib,yang disembunyikan oleh gunung yang misteri. Mereka menyebut tempat ini sebagai Tamoanchan. Syurga, bumi, dan dunia ghaib (Xibalba) dihubungkan oleh apa yang dipanggil sebagai ‘Dunia Pohon’.

 Dalam dunia Judeo-Kristian,Pohon Kehidupan melambangkan hidup yang bebas dari kejahatan dan dosa sebelum Adam & Hawa jatuh ke bumi.

Di dalam Islam,terdapat satu pohon yang sangat besar,dipanggil Sidratul Muntaha yang terletak di Langit ke-7,di mana jumlah daunnya ialah sebanyak makhluk yang Tuhan ciptakan.Di sana juga terdapat Pohon Khuldi,yang terdapat di dalam syurga.

Persoalan Pohon Kehidupan muncul dalam banyak budaya dan agama di dunia.Bagaimana ini terjadi?Bagaimana pengetahuan tentang pohon ini menyebar luas di kalangan manusia?Apakah sebenarnya Pohon Kehidupan ini?

 

 

 

 

The Tree of Life

 

 

 

 

 

 

 

the tree in the Garden of Eden bearing fruit which gave eternal life
(Genesis 3:22–24)

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Sacred Geometry:The Flower of Life


Sejak zaman-berzaman manusia yang percaya bunga adalah sumber kegembiraan dan kebahagian.Bunga adalah manifestasi kepada kesuburan pohon,dan bunga memberikan pandangan yang menarik hati dan umumnya memberikan bau yang wangi.

Pengkajian manusia dalam bentuk-bentuk geometri dan bidang simetri,telah menemukan satu ‘Holy Grail’ dalam kepelbagaian simetri yang bergabung,dan ini menambahkan apa yang digelar sebagai ‘Geometri Suci’.

Penjelmaan bunga dalam bentuk geometri ini kononnya memberi bayangan kepada kehidupan manusia,dan mereka memanggilnya,






 “Flower of Life”

(Bunga Kehidupan)

 

 

 

A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love.

-Max Muller


You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us