Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga-Ligor

Posted by jigsmaster on November 20, 2014

hulubalangmelayu

 (foto menunjukkan hulubalang-hulubalang Melayu sebagai pengawal Jayavarman II,foto diambil dari sebuah kuil pra-Angkor)

 

 

Suryavarman I adalah anak seorang raja Melayu dari sebuah Malay city-states (disebut negeri Melayu) bernama Tambraliga atau Ligor di dalam hikayat-hikayat Melayu klasik.Ayahnya,sering dinyatakan sebagai Sujita atau Sochita (dalam riwayat Siam) adalah raja Tambralinga yang mengahwini kerabat raja Khmer.

Hasil perkahwinan inilah,Suryavarman I dilahirkan.

Apakah kaitan raja ini kepada rahsia piramid di Tasik Chini? Suryavarman I telah membaca BLUEPRINT KEDUA yang amat sulit,berkaitan sistem pengairan kuno kaum-kaum Proto-Austronesia yang diamalkan oleh kerajaan Bama dan Chini di Pahang sebelum Sri Dharmaraja menaklukinya dengan salah seorang gabenornya,Maharaja Dewasura yang disebut dalam Sulalatus Salatin.

Semua itu,dibaca bersama-sama ‘blueprint piramid’ dari catatan raja-raja sebelumnya sehingga sampai ke Jayavarman II yang mempelajari seni ‘architecture’ piramid kerabat Melayu Sailendra,yang sebelum itu memiliki hubungan dengan kerabat Melayu purba di Pahang yang disebut-sebut dalam riwayat Siam purba sebagai ‘Thauh” dalam bahasa Melayu Tamra dalam riwayat ‘Mukh Batoh’ yang tersimpan dalam sebuah wat purba di Ranong.

 

 

 

 

 

 

 
Blueprint Kedua Suryavarman I,Anak Raja Melayu Tambralinga

dari ‘layout’ Sailendra Yang Mewarisi Pelan Piramid Kerajaan Melayu Kuno Chini

 

 

 

 

west baray2

 

“…atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi…”

(Prasasti Grahi,Thailand)

 

 

 

 

Legenda raja-raja Melayu memindahkan teknologi dan kepandaian di kalangan orang Khmer ini menjadi seakan taboo di kalangan orang Thai dengan mengatakan bahawa ‘orang Khom’ inilah yang mengajar peradaban kepada Khmer malah membina juga kuil-kuil dan istana-istana di Kemboja.

Siapakah ‘Khom’ itu?

Perkara ini menjadi ‘puzzle’ di kalangan sarjana sejarah seperti Micheal Vickery dan Coedes.

Ini sangat aneh apabila para penjajah Perancis menduduki Kemboja,mereka menemui sekian banyak kesan-kesan sejarah namun apabila ditanyakan kepada penduduk tempatan,mereka seolah-olah juga baru mengetahui tentang peradaban itu.Henry Mouhot,pengembara Perancis antara terawal menjumpai tapak Angkor Wat amat sukar mempercayai bahawa orang Khmer telah membina binaan sehebat itu.Sedangkan orang Khmer sendiri yang menjadi pekerja dan pembantunya dalam membersihkan tapak Angkor Wat itu juga tidak mengetahui apa-apa berkenaan binaan itu.

Diceritakan bahawa apabila penjelajah Perancis itu bertanyakan siapakah yang membina Angkor Wat itu,orang-orang Khmer yang mengikutinya menjawab,ia dibina oleh ‘orang asing’.

Orang lain yang mengetahui siapakah di sebalik arkitek yang memberikan idea atau yang membina semua projek-projek pembinaan di Angkor adalah orang-orang Lao dan Thai yang mula membanjiri Indochina sejak abad ke 10 Masehi apabila kerajaan Nanchou di Yunnan berpecah.Mungkin mereka sangsi  kerana yang membayangi orang Khmer adalah raja-raja dari ‘orang Khom’ ini.Ini adalah misteri yang tersimpan dalam lukisan-lukisan purba di wat-wat tersembunyi di pedalaman Thailand.

Sepertimana Jayavarman II yang membawa senibina dan kejuruteraan arkitek dinasti Melayu Sailendra ke Kemboja,maka Suryavarman II pula membawa seni takungan air raja-raja Melayu Pahang dan Perak purba.Kota yang dikelilingi air adalah aspek penting negarakota Melayu pada masa silam.

 

Setelah Raja Gangga Syah Johan mendengar
khabar Raja Suran datang, maka baginda menyuruhlah meng-
himpunkan segala rakyatnya, nan menyuruh menutupi pintu kotanya, dan bangunan-bangunan
pun disuruh tunggui, dan parit pun dipenuhi dengan air

(Sulalatus Salatin)

 

Kita membincangkan tentang ciri-ciri negarakota Melayu yang tidak dibina berdekatan dengan laut,tetapi yang dibina jauh ke pedalaman darat,namun berdekatan dengan TASIK.Dan tasik itu mesti bukan tasik yang terkepung (landlocked) tetapi memiliki aliran yang terus ke laut.Inilah dia TASIK PAUH JANGGI,iaitu tasik sumber kehidupan kepada negarakota-negarakota Melayu di sebelah darat,yang tersembunyi dan tenggelam!

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us
  1. shamsuddin muhammad Said,

    Ingin mengetahui kisah sebanyak banyaknya
    tkasih

  2. ampuzzler Said,

    selamat jua sejahtera dan serta salam selawat kepada junjungan nabi shalallahu alaihi wassalam.

    benua, tanah besar-tenggelam, menjadi kecil-terpisah, bertebaran tersebar ikut sumpah-janji mana dudukan mengikut haq masing-masing dari yang terawal-bumi menurut tunaikan janji bagi menyatakan haq takluknya jajahan yang bersumpah-janji, masa-berlalu, zaman-beredar, matahari-teratai-keturunan yang empunya membina kapal-perahu, kekuatan-kekayaan-kota yang megah gemilang-keemasan jua berpermata mani manikam, sumpah-janji ditunaikan anak cucu pula-zaman kebangkitan-empayar terbina, masa-ketentuan-ketetapan-zaman-akhir-tiba jua, kesemua hancur dimamah zaman, zaman baharu bermula, akhir zaman pun tiba-cahaya yang tertinggi kesucian dari yang lainnya lahir ke alam dunia menetapkan akan kebenaran, sumpah-janji yang terdahulu daripada yang purbakala terpatri dengan tinta emas-terpikul di bahu-bahu anak cucu bangsa yang tiada akan hilang didunia, sumpah-janji dipikul kembali-resmi resam jati-diri hadir dengan hak demi membela yang haq, bumi ini amanah yang diamanahkan, dunia ini rahasia yang manusia itu dirahasiakan, segala rahasia dikandung bumi-akan dunia kembalikan kepada bangsa yang bersetia bersumpah-janji, masa-dinantikan-pasti tiba. Insya’Allah Ta’ala, pasti. sebagaimana yang dijanji.

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.