Sekiranya berjaya dibuktikan benar, sejarah dunia terutama sejarah Greenland, Eropah dan Lautan Atlantik akan berubah. Orang Viking akan terbukti pernah sampai ke Greenland seawal abad ke-11 Masehi. Malah mungkin juga orang Cina/Asia sudah mencapai Newfoundland sezaman dengan orang Viking tiba ke Greenland!
Namun sebenarnya, yang benar-benar menimbulkan sensasi kepada para pengkaji adalah: penggunaan dakwat dan material peta yang begitu membingungkan.
Bahan-bahan yang digunakan belum wujud di Eropah ketika zaman itu!