Monthly Archives: March 2018

Apa Khabar Hari ini? ‘Blue Echelon’ Sedang Menuai Data Peribadi Anda? :)

fb

 

 

Bukankah kami telah memberitahu anda sebelum ini? Siapa yang tegar mengikuti MistisFiles pasti akan ingat bahawa kami telah memberitahu tentang satu ‘Projek Echelon’ yang akan digunakan untuk mengambil data-data orang ramai, seawal 2004 lagi.

Adakah Mike Zackberg telah meminta maaf tentang kesalahannya kepada anda semua? Haha… sebenarnya di sana ada banyak…banyak perkara yang anda belum tahu di dunia ini.

Kami adalah pengkaji. Kami bukan golongan wannabe kononnya peminat ilmu Fitan atau ‘teori konspirasi’ yang kerap disandarkan pada agama.

Kami ‘truth seeker‘.

Ada banyak maklumat di sana-sini. Apa yang dilakukan oleh kami adalah menapis dan mencantum ‘puzzle’. Mana yang salah akan dikeluarkan.

Jika anda lihat posting kami dalam Packplan, kami ada memberi amaran kepada semua malah penulis kami sendiri (Srikandi) tentang bahaya ‘blue echelon’ ini. Ini posting 3 tahun lepas.

Mungkin ada pihak mengecop tulisan-tulisan kami sebagai sebahagian ‘teori konspirasi’. Namun apabila pecah kes Kambrodge Amalytica ini, dan disahkan bahawa ‘blue echelon’ ini sememangnya menuai data peribadi anda melalui pelbagai apps di dalamnya maka sekarang apa kata mereka yang terlampau alergik dengan label ‘teori konspirasi’ ini? Ya…ia sudah tidak lagi dicop sebagai ‘teori konspirasi’ oleh mereka yang rasa ‘berilmu tinggi’ ini tetapi perkara tersebut menjadi satu pendedahan yang ‘menggemparkan’.

Kami bukan golongan wannabe yang paranoid dengan ‘teori konspirasi’ dan kami bukan golongan yang terlampau alergik dengan pengetahuan yang di luar kotak fikiran mereka. Kami di tengah-tengah. Kami adalah ‘truth seeker‘.

Have a nice day. Anda sedang diperhatikan

-MF

Siapakah ‘Raja Jawa’ Yang Diperintah Srivijaya Membunuh Rajendra Chola?

viking

Gambar hanya hiasan

 

Kematian Rajendra Chola sememangnya misteri dan faktanya cuba ditutup oleh sejarahwan Tamil di India sepertimana kematian ayahnya Rajaraja Chola. Malah tempat yang dijadikan memorialnya terbiar dan tidak dipedulikan. Kononnya raja yang kematiannya  secara tidak terhormat seperti dibunuh, adalah sesuatu yang memalukan. Ini menimbulkan teori bahawa Rajendra Chola juga telah dibunuh, sama seperti kisah kematian ayahnya, Rajaraja Chola. Jika anda bertanyakan penduduk tempatan di sekitar Thanjavur tentang bagaimana Rajaraja Chola  disemadikan, adalah amat mengejutkan bahawa raja Chola itu diceritakan menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan cara dibunuh oleh pembunuh upahan dari Sri Lanka.

Malah makamnya juga tiada padahal ia dikatakan raja besar dalam sejarah Chola. Ada dakwaan bahawa kuburnya ditemui di sebuah kampung kecil di dalam hutan. Kubur misteri yang didakwa milik ayah Rajendra Chola itu amatlah menyedihkan, kecil, usang dan tidak layak bagi seorang ‘raja besar’. Ia lebih kepada sebuah pondok pemujaan kecil yang ditinggalkan. Kes ini sama seperti anaknya, Rajendra Chola yang mana dianggap lebih agung dan lebih hebat dalam sejarah.

Srikandi mencatatkan…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Tulisan Purba Pada Curasimanjakini?

cura-si-manja-kini2

 

Jurnal kali ini, Srikandi berkongsi beberapa petunjuk tentang buku barunya.

Antara bab eksklusif yang diberi namakod ‘Kings’ yang merupakan bab terpanjang dengan topik terpanjang di dalam buku terbarunya yang bertajuk ___ ___ ____ .

Srikandi membuka petunjuk…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Menapis Sumber Penulisan Sejarah Kolonial

vatican-library-2

 

Jurnal kali ini, Srikandi mencatatkan perlunya berhati-hati dalam meneliti dan menapis sumber historiografi kolonial yang tidak terlepas dari kesilapan, bias dan apa yang dinamakan sebagai ‘fiksyen pegawai kolonial’.

Srikandi membanding historiografi tempatan dengan rekod-rekod kolonial dan dengan itu akan membuahkan keputusan yang terbaik.

Ikuti jurnal Srikandi dalam menyiapkan magnus opus yang seterusnya…

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Budaya Arab vs Budaya Islam, Budaya Cina vs Budaya Islam?

arabbazir

 

Dahulu pernah tular dan galak orang-orang jongos buat perbandingan “Budaya Melayu vs Budaya Islam”. Benda-benda negatif universal pada semua manusia, semua bangsa kat dunia macam pembaziran, hedonisme, salah urus kehidupan…semua dilabelkan sebagai ‘budaya Melayu’ padahal semua itu ada je pada bangsa-bangsa lain malah pada dos yang lebih ekstrem.

Contohnya Pak Arab kat atas.  Ini pembaziran! Alangkah bagusnya makanan yang banyak ini diberi pada orang Afrika yang kebuluran tu kan? Adakah ini budaya Arab yang sebenarnya atau ‘budaya Wahabi’? Atau memang ‘budaya Islam’? Begitu juga dengan aksi pembaziran yang ditonjolkan kaum-kaum lain yang merupakan sikap yang negatif dan ini sebenarnya universal pada setiap bangsa di dunia.

Srikandi mencatatkan…

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Rahsia Inskripsi ‘Tunjuk Nama Bangsa’

inskripsi erastus

 

Terdapat kelemahan dan falasi dalam pemikiran bahawa mesti ada nama bangsa di dalam inskripsi barulah diiktiraf wujud bangsa tersebut. Maka jika dipakai hipotesis ini, maka banyaklah bangsa-bangsa di dunia yang ‘tidak wujud’ seperti kaum-kaum aborigine, Orang Asli atau pribumi yang lain yang tidak memiliki prasasti atau inskripsi bertuliskan sebijik-sebijik nama bangsanya.

Srikandi mencatatkan…

 

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Kajian Kes ‘Micheal Chick’

mapmalaysia

 

Sekitar 2009 yang lalu kononnya ditemui satu peta purba yang menamakan semenanjung sebagai ‘Barr Chin’. Tetapi sampai sekarang peta tersebut tidak ditampilkan kepada umum atas ‘sebab-sebab tertentu’. Mengapa terjadi demikian? Apakah yang menyebabkan orang yang mendakwa menemui peta itu enggan menampilkan peta itu?

Srikandi mencatatkan…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Perbezaan Inskripsi Regalia

chest

kredit: Amazon

 

Peti yang dilihat oleh Maxwell itu memang mengandungi rahsia itu, tapi ia bukanlah apa yang ingin dia cari. Inskripsi yang sebenar bukan berada di dalam peti itu, tetapi tersimpan dalam satu tempat rahsia yang lain, yang tidak pernah dicapai oleh orang-orang Inggeris.

Srikandi mencatatkan…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Asal-usul Segala Versi Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin2

 

Apakah ‘hikayat Melayu’ yang diberitakan dikompilasi dan diekstrak isinya oleh pengarang Sulalatus Salatin? Adakah orang Melayu dahulukala telahpun ada rekod penulisan historiografi sendiri sebelum Sulalatus Salatin?

Srikandi cuba merungkai misteri ini…

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us