Apa Khabar Hari ini? ‘Blue Echelon’ Sedang Menuai Data Peribadi Anda? :)

fb

 

 

Bukankah kami telah memberitahu anda sebelum ini? Siapa yang tegar mengikuti MistisFiles pasti akan ingat bahawa kami telah memberitahu tentang satu ‘Projek Echelon’ yang akan digunakan untuk mengambil data-data orang ramai, seawal 2004 lagi.

Adakah Mike Zackberg telah meminta maaf tentang kesalahannya kepada anda semua? Haha… sebenarnya di sana ada banyak…banyak perkara yang anda belum tahu di dunia ini.

Kami adalah pengkaji. Kami bukan golongan wannabe kononnya peminat ilmu Fitan atau ‘teori konspirasi’ yang kerap disandarkan pada agama.

Kami ‘truth seeker‘.

Ada banyak maklumat di sana-sini. Apa yang dilakukan oleh kami adalah menapis dan mencantum ‘puzzle’. Mana yang salah akan dikeluarkan.

Jika anda lihat posting kami dalam Packplan, kami ada memberi amaran kepada semua malah penulis kami sendiri (Srikandi) tentang bahaya ‘blue echelon’ ini. Ini posting 3 tahun lepas.

Mungkin ada pihak mengecop tulisan-tulisan kami sebagai sebahagian ‘teori konspirasi’. Namun apabila pecah kes Kambrodge Amalytica ini, dan disahkan bahawa ‘blue echelon’ ini sememangnya menuai data peribadi anda melalui pelbagai apps di dalamnya maka sekarang apa kata mereka yang terlampau alergik dengan label ‘teori konspirasi’ ini? Ya…ia sudah tidak lagi dicop sebagai ‘teori konspirasi’ oleh mereka yang rasa ‘berilmu tinggi’ ini tetapi perkara tersebut menjadi satu pendedahan yang ‘menggemparkan’.

Kami bukan golongan wannabe yang paranoid dengan ‘teori konspirasi’ dan kami bukan golongan yang terlampau alergik dengan pengetahuan yang di luar kotak fikiran mereka. Kami di tengah-tengah. Kami adalah ‘truth seeker‘.

Have a nice day. Anda sedang diperhatikan

-MF

Leave a Reply