Mungkin ada pembaca yang tidak memahami artikel Medan Graviti I & II.
Jangan bimbang, kami akan terangkan misteri dan maksud di sebaliknya.
Diharap dengan itu, anda akan memahami lebih mendalam elemen dalam Kekuatan-X.
Mungkin ada pembaca yang tidak memahami artikel Medan Graviti I & II.
Jangan bimbang, kami akan terangkan misteri dan maksud di sebaliknya.
Diharap dengan itu, anda akan memahami lebih mendalam elemen dalam Kekuatan-X.
[Mukaddimah]
Graviti dalam definisi tradisional atau Newtonian adalah daya yang wujud di antara dua objek di alam semesta. Namun definisi Relativiti oleh Einstein pula menyatakan graviti adalah hasil dari lengkungan ruangmasa oleh jisim-jisim besar di alam semesta. Apakah sebenarnya graviti itu? Memahami graviti adalah teramat penting kerana barang siapa yang mampu mengawal graviti maka secara teorinya, dia akan mampu mengawal ruangmasa.
Dengan kata lain, siapa yang mampu mengawal graviti bumi maka seolah-olah dia menjadi ‘Tuhan’ di Bumi. Dia mampu mengawal pasang surut air laut, orientasi haiwan-haiwan bergerak, arah mata angin, putaran bumi, peredaran siang dan malam, pergerakan cahaya sehingga perkembangan sel-sel dan atom.
Sebab itu topik ini adalah amat penting. Jika anda dapat membaca artikel ini di MistisFiles, ingatlah, pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang mampu memahaminya!
[Mukaddimah]
Mereka mendapati bahawa portal ini membuka dan menutup berpuluh-puluh kali setiap hari.
Portal yang mana pihak NASA telah temui biasanya terletak berpuluh-puluh ribu kilometer dari Bumi dan kebanyakan mereka tidak kekal lama; yang lain adalah teramat besar dan dapat kekal.
Setakat yang diketahui oleh ahli-ahli sains, portal ini berfungsi dalam pemindahan berton-ton zarah yang dikenakan aruhan magnet yang mengalir dari dari Matahari, menyebabkan penghasilan cahaya utara dan selatan serta ribut geomagnetik. Ianya membantu dalam pemindahan medan magnet daripada Matahari kepada Bumi.
Apakah yang diketahui oleh pihak NASA dan saintis pada hari ini? Pelajaran tentang medan graviti Bumi di sekolah-sekolah sebenarnya teramat asas dan sudah ketinggalan zaman. Pihak NASA sanggup menghantar ekspedisi ke luar permukaan Bumi bagi mengetahui ‘pusat magnetik bumi’ bagi tujuan seperti; memanipulasinya. Kedengaran seperti Magneto memanipulasi medan graviti Bumi dalam filem.