Monthly Archives: March 2015

The Matrix 4th Edition Volume II

 

Fasal ini dalam menyatakan hakikat alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut ‘Matriks’.Di dalam fasal ini akan diperjelaskan tentang rahsia jarak sesuatu jasad dan bagaimana jarak sesuatu jasad itu wujud dalam dua kejadian sehingga ia menjadi ilusi semata-mata.

 

Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya ‘Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

-M.O

 

 

 

 

Dalam pengajian yang lepas,kita sudah maklum tentang satu kenyataan yang aneh iaitu alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau.Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata.

Yakni,jika seseorang berada hanya satu meter di depan matahari,maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi!

Di sini kita lihat bahawa sebenarnya,cahaya yang membawa imej itu tersangatlah lemah untuk ‘berlari’ membawa matahari lebih cepat dari masa 8 minit itu pada jarak 149,680,000 km ke bumi.Bagaimana dengan Proxima Centauri yang jauhnya 37,817,019,821,952 km ke bumi?

Maha suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluk yang lemah.

Namun pemerhatian dalam bidang Fizik kini mendapati bahawa ada partikel-partikel yang berhubung pada jarak-jarak superjauh ini SERENTAK DAN MASA-NYATA tanpa menghiraukan sekali jarak berpuluh-puluh malah beratus-ratus tahun cahaya.Subhanallah.

Semua keanehan ini menyebabkan saintis-saintis Fizik Teori membangunkan hujah-hujah di dalam topik Teori String yang kini digelar Prinsip Holografik.

Bagaimana ini terjadi?Bagaimana ada jasad yang boleh berhubung di antara satu sama lain dalam jarak-jarak yang jauh pada masa-nyata?Sementara kita berhubung dengan Proxima Centauri lewat selama 47 bulan dengan menggunakan partikel-partikel foton cahaya yang bergerak selaju 299,792,458 meter sejam?

Apakah ada rahsia lain di sebalik sana?

Apa yang terjadi di sebalik sana,bintang-bintang,alam semesta yang jauh pada masa kita melihatnya?Adakah mereka sudah musnah atau bertukar kepada ruang yang lain?

Mengapa kita hidup di tengah-tengah imej-imej dan pandangan yang sudah berabad-abad lamanya?

Mengapa kita tidak boleh memandang mereka pada masa yang sama,pada keadaan yang sama kita dan mereka?

Apa rahsia alam semesta ini?

Benarkah cahaya membawa semua gambaran bintang-bintang itu?

Adakah medium yang lain yang lebih pantas dari cahaya?

Yang boleh membawakan semua rahsia langit itu tanpa batasan jarak yang teramat jauh?



 

 

 

 

 

 

 

JARAK-ILUSI DALAM HAKIKAT MATRIKS

 

 

 

And We did not create the heaven and earth and that between them in play

-Noble Quran 21:16

 

 

 

 

 

 

Pada tahun 1997,seorang ahli Fizik Teori,Juan Maldacena mencadangkan satu model yang ‘berani’ merujuk kepada alam semesta di mana graviti timbul daripada satu entiti infiniti-nipis, iaitu terkenal sebagai tali yang bergetar yang menjadi asas kepada Teori String.Beliau mengatakan semua pengiraan matematik yang rumit dalam mengira semua struktur dalam Teori String,yang wujud dalam sembilan dimensi ruang tambah satu dimensi masa, akan menjadi semata-mata hologram: secara praktikalnya akan menjurus kepada maksud  lebih mudah,kosmos mendatar di mana tidak ada graviti.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

The Matrix Interstellar : Special Edition

matrix_code_round

 

Amaran: Kami tidak menghalalkan artikel-artikel kami diplagiat TANPA MEMBERIKAN LINK KEPADA ARTIKEL ASAL/LAMAN ASAL.Semua peniruan yang bersumber dari artikel kami sama ada diubahsuai selepas itu adalah TIDAK DIIZINKAN.Amaran dan individu yang selalu memplagiat artikel kami telah didedahkan sebelum ini.Lihat di sini Plagiat.Jika anda melihat artikel kami diplagiat sesuka hati tanpa memberikan KREDIT ke atas kami,sila laporkan di sini: MistisFiles.

Harap maklum.

 

Pernahkah anda terfikir,bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini,adakah sama dengan ‘seseorang’ yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda berdiam?

Adakah masa atau waktu yang ada merasainya kini sama dengan ‘seseorang’ yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya?

Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan ‘seseorang’ yang berada di tengah-tengah pusat bumi?

Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika… semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah,atau pegun…adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu?

Dalam artikel khas dalam siri The Maxtrix ini,kami akan cuba menerangkan kepada anda apakah sebenarnya masa dan waktu itu,bagaimana ia bergerak dan bagaimana ia ‘menghantui’ hidup anda selama ini.

 

 

 

 

 

The Matrix Interstellar

 

interstellar-30-780x327

 

Aim for the moon. If you miss, you may hit a star.
-W. Clement Stone

 

 

Alam Semesta ini sememangnya  luas.Keluasan alam semesta ini digambarkan seperti sebuah cincin di atas padang pasir yang luas.Ruang di dalam cincin itu diibaratkan alam semesta yang kita lihat sejauh mata memandang,sebagaimana jika kita mendongak ke langit dan melihat jauh ke arah bintang-bintang dan warna hitam ketika di waktu malam.

Apabila kita berdiri di tengah-tengah padang yang luas di waktu malam yang cerah,cuba dongak ke langit.Kita akan nampak beribu-ribu bintang bertaburan di atas langit.Kita tidak tahu berapa jauh bintang-bintang itu dari tempat kita berdiri tetapi kita tahu ia memang jauh.Oleh kerana bumi ini berbentuk bulat secara kasarnya,maka orang yang berada di bahagian bertentangan juga akan melihat perkara yang sama;iaitu langit yang seolah-olah tidak punya sempadan di hujung sana.

 

 

earth002

 

Jadi,katakan kita terbang ke angkasa dan berada di tengah-tengah alam semesta,kita akan lihat pemandangan yang sama di semua arah-keadaan gelap dengan taburan bintang-bintang di langit…di atas,di bawah,di kiri dan kanan.Berapa jauh setiap ruang di sekeliling kita?INI ADALAH PERSOALAN YANG AMAT SUKAR DIJAWAB.

Bintang yang paling dekat,iaitu Proxima Centauri sekalipun memiliki jarak 4.24 tahun cahaya.Berapa jauh bintang Proxima Centauri?

Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh foton dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580,800 atau 9.46 petameter.

Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz alam semesta. Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsek yang ditakrifkan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila pemerhati bergerak sebanyak satu unit astronomi. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsek digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian.

Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Unit lain yang berkaitan dengan tahun cahaya ialah minit cahaya dan saat cahaya. Satu minit cahaya bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Disebabkan cahaya bergerak pada sejauh 299,792,458 meter dalam satu saat, maka satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.

Mari kita renung sejenak…

Satu minit cahaya=17,987,547,480 meter

Proxima Centauri jauhnya 4 tahun cahaya secara kasarnya.

1jam=60minit

1hari=24 x 60

=1440 minit

Setahun kita ambil 365 hari,maka…

365 x 1440=525600minit

jadi,satu tahun cahaya jaraknya ialah:

525600 x 17,987,547,480 meter

=9454254955488000 meter atau 9,454,254,955,488 kilometer.

Jadi jarak Proxima Centauri ke bumi ialah,

9,454,254,955,488 x 4= 37817019821952 kilometer

Jauh bukan?

Okay,katakan kita ambil matahari sebagai bintang terdekat.Katakan Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi.Jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu).Dengan jarak ini,cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.

149,680,000 km (jarak matatahari ke bumi)= 8 minit masa diambil untuk cahaya dari matahari mencapai bumi.

Jadi berapa lama masa diambil oleh cahaya dari Proxima Centauri untuk mencapai bumi?

Jarak Proxima Centauri ke bumi=37817019821952 km

8 minit=149,680,000 km,

37817019821952/149,680,000=252652.457

jadi,

252652.457 x 8minit=2021219.656 minit.

Kita ambil sebulan 30 hari,maka sebulan ada,

1440 x 30=43200 minit

Jadi masa yang diambil oleh cahaya Proxima Centauri ke bumi ialah:

2021219.656/43200=46.787 bulan.

BAYANGKAN SELAMA KIRA-KIRA 47 BULAN CAHAYA DARI BINTANG PROXIMA CENTAURI MENGAMBIL MASA UNTUK SAMPAI KE BUMI.

Apakah MAKSUDNYA?

Maksudnya ialah jika kita memandang kerlipan bintang Proxima Centauri pada saat ini,maka ketahuilah HAKIKATNYA.Apakah hakikat itu?

HAKIKATNYA KERLIPAN BINTANG YANG KITA LIHAT ITU ADALAH IMEJ KIRA-KIRA 47 BULAN YANG LALU!

Bagaimana dengan bintang-bintang yang lebih jauh,seperti Procyon B yang jauhnya 11.4 tahun cahaya?Atau bintang Deneb yang jauhnya 1550 tahun cahaya!!

 

nearest-stars-121218g-02

Sekarang,anda dan kami belajar perkara asas tentang RAHSIA MASA DAN HAKIKAT ALAM SEMESTA.Apa itu?Apakah hakikat Matriks ini?

BAHAWA APA YANG KITA LIHAT DI ATAS LANGIT ITU ADALAH IMEJ YANG SUDAH BERLALU BERBULAN-BULAN,BERTAHUN-TAHUN MALAH BERABAD-ABAD LAMANYA.

Ia bukan masa kini atau kita lihat secara ‘real-time’.

Dengan kata lain…ketika kita melihat imej bintang itu,maka SEBENARNYA bintang-bintang itu mungkin sudah menjadi GERGASI MERAH atau merosot menjadi Kerdil Putih atau sudahpun menjadi LUBANG HITAM!

Kita tidak hidup sezaman dengan mereka ketika kita melihat mereka.Itu kenyataannya.Aneh bukan?Jika kita mahu melihat mereka dengan waktu yang serentak dan sama dengan kita,kita perlukan medium lebih pantas dari cahaya,bukankah begitu?

Cahaya terlalu lambat untuk membawa khabar berita dari bintang-bintang.

Apabila kita melihat bahawa hakikat gambaran alam semesta bukan seperti yang kita fikirkan,maka dari sini akan timbul teka-teki bagaimana MASA DAN WAKTU itu bekerja.

Mari kita teruskan ke tahap seterusnya….

 

Rahsia Matriks dan Masa

Di sana kita sudah melihat bagaimana alam semesta yang semakin jauh,maka kerangka masanya sudah semakin jauh dari perhitungan masa yang dikira di dalam minda kita.Minda kita mengira bahawa masa dan waktu sama bagi semua tempat.Jadi ini memberikan gambaran bahawa sedekat atau sejauh mana pun kedudukan sesuatu objek,maka kita melihatnya secara langsung atau ‘real-time’.

Tetapi ini tidak berlaku.Perhatikan baik-baik ayat-ayat kami seterusnya.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us