[Mukaddimah]
Kita maklum bahawa beribu-ribu manuskrip kita tersebar di muzium, arkib dan perpustakaan-perpustakaan seluruh dunia terutamanya di Eropah. De Universiteitsbibliotheek Leiden, adalah salah satu pusat penting yang memiliki koleksi manuskrip-manuskrip Melayu yang jarang-jarang didengar dengan katalog yang menakjubkan. Ikuti bagaimana mendiang Dr. Liaw Yock Fang terpaksa ke Leiden untuk mengkaji manuskrip Hukum Kanun Melaka yang juga mengandungi bahagian Undang-undang Laut.