Misteri Di Sebalik Kitab Perundangan Laut Melaka

paklehsealaw

 

 

 

 

Undang-undang Laut Melaka adalah satu dokumen perundangan yang ditulis ketika zaman Kesultanan Melaka kira-kira pertengahan abad ke-15. Ia mengandungi peraturan dan undang-undang berkaitan urusan kelautan seperti pelayaran dan perdagangan. Ia meliputi perkara-perkara seperti hierarki dalam kapal, tugas-tugas setiap jawatan, undang-undang jenayah, cukai dan hal-hal perkaitan transaksi perdagangan.

Undang-undang Melaka ada lebih 50 versi. Umumnya, Undang-undang Melaka terdiri dari dua bahagian utama; Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Ia ada versi panjang dan versi pendek.

Pada tahun 1984, Dr. Liaw Yock Fang (mendiang) telah terbang ke Leiden, Belanda untuk mengkaji manuskrip Undang-undang Laut, yakni bahagian kedua di dalam Undang-undang Melaka, yang mana telah dikajinya 13 tahun sebelum itu. Kemudian, telah ditemui di Perpustakaan Vatikan , satu manuskrip yang dipercayai dari abad ke-17, yang mana apabila diteliti oleh Dr Liaw Yock Fang, ia adalah kemungkinan versi tertua Undang-undang Laut.

 

Apakah yang berlaku semasa kajian di Leiden?

Apakah yang ditemui oleh Dr. Liaw Yock Fang ketika meneliti manuskrip milik Perpustakaan Vatikan itu?

Apakah perkara-perkara yang menakjubkan yang diperhatikan oleh beliau?

Apakah yang membuatkan beliau bertukar pandangan kepada orang-orang Melayu setelah melihat manuskrip penting ini?

 

Beratus tahun, para pustakawan gereja menyimpan kod undang-undang laut ini dan mereka telah mengkajinya sebelum Dr. Liaw Yock Fang lagi. Pegawai kolonial tidak pernah serius untuk mengenengahkan manuskrip ini, mereka lebih berminat menaikkan perkara-perkara yang dianggap dongeng dan menghiburkan di dalam Sulalatus Salatin dan menumpukan untuk memitoskan Hang Tuah dan menganggap orang-orang Melayu hanya suka berpenglipurlara dan menuliskan hikayat-hikayat.

 

Srikandi akan membawakan kepada anda secara sepintas lalu, perkara-perkara yang selama ini tidak diperasan oleh ramai orang tentang manuskrip perundangan ini. Ia terbahagi kepada 3 siri :

 

1) Kod Perundangan Melayu di Leiden

2) Kod Perundangan Melayu di Perpustakaan Vatikan

3) Taktik Pegawai Kolonial dan Rahsia Yang Ingin Digali

 

Sejarah Orang Laut dan aktiviti ‘melayaw’ mereka di perairan antarabangsa telah lama dicatatkan menjangkau 2000 tahun Sebelum Masehi. Mereka menjadi kru perkapalan yang mahir, menjalankan bisnes pengangkutan laut yang berjaya dan menjalinkan rangkaian perdagangan yang luas. Kitab Undang-undang Laut adalah kesinambungan dari peraturan lisan dan bertulis yang disampaikan dari turun-temurun hasil dari profesion purba orang-orang Melayu ini.

 

HANYA DI MISTISFILES.

 

Cara untuk menyertai>> KLIK SINI

 

 

kredit: Pak Leh

Save

Save

Save

Leave a Reply