Jika kita perhatikan dengan teliti benda-benda di sekeliling kita,kita akan dapati bahawa sebenarnya dunia atau alam ini dibina dengan menurut peraturan tertentu,atau pola tertentu atau susunan tertentu.Objek-objek terbina dengan struktur atom atau sel,di mana semuanya memiliki bentuk yang sama dan bergerak dalam pola yang ‘sempurna’.
Apakah maksud semua ini?
Jika kita perhatikan bentuk hablur,seperti hablur ais,kita akan melihat corak-corak yang simetri,sisi yang tercermin antara satu sama lain.Simetri,adalah salah satu hukum alam,yang misteri.Ia mengandungi perlambangan tertentu,sekaligus menyembunyikan fungsi dan rahsia,betapa alam semesta ini terbina melalui sistem yang padu,seperti sistem komputer atau dunia rangkaian internet.
Ini adalah ‘Hukum Simetri’ salah satu daripada ciri-ciri alam semesta.
Ini adalah keajaiban dan seringkali ditafsir sebagai sesuatu yang ‘divine’ atau ‘sacred’.
The Sacred of Symmetry
The universe is built on a plan the profound symmetry of which is somehow present in the inner structure of our intellect.
-Paul Valeri
Tahukah anda,bahawa alam semesta ini dicipta dengan ukuran-ukuran dan senibina yang tepat dan kemas?Bahawa alam ini diciptakan dengan matematik dan kejuruteraan senibina yang kompeten dan cekap?
Mari kita lihat tubuh kita.Manusia mempunyai ‘pelan’ tubuh badan yang berbentuk simetri dua hala. Ini bermakna bahawa apabila anda menarik garis ke bawah pusat tubuh manusia, dari bahagian tengah kepala hingga ke kaki, ciri yang sama muncul sebelah-menyebelah. Kita semua mempunyai 2 mata, satu di kedua-dua belah badan, dan kita juga mempunyai 2 telinga,2 tangan dan 2 kaki.
Simetri dua hala (bilateral) adalah satu ciri penting bahawa ia digunakan oleh ahli sains untuk mengelaskan benda-benda hidup.Ciri bilateral ini merangkumi semua organisma dua hala.
Simetri dua hala adalah ciri vertebrata (mamalia, reptilia, amfibia, ikan, dan burung) dan juga banyak invertebrata termasuk cacing pipih atau cacing pita.Rekod fosil menunjukkan bahawa spesies dengan simetri dua hala wujud sejauh 550 juta tahun yang lalu.Cacing pipih adalah salah satu makhluk yang pertama untuk membangunkan simetri dua hala atau bilateral ini.