Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

ATBM XXVIII : The White Spiritual Boy

Posted by jigsmaster on March 8, 2016

gold_1962831b

 

 

Sekitar akhir tahun 1980-an, seorang lelaki bernama Ray Chhat Dam, telah menemui beberapa anekdot menarik tentang cerita kekayaan raja-raja yang bertukar menjadi pegangan bank-bank antarabangsa yang ditaja Amerika. Antaranya:

1) Operation Golden Lily/Yamashita’s Gold

2) Nazi Gold

3) Project Hammer

4) Green Hilton Agreement

5) British Crown Agent

6) De Javasche Bank Scandals

7) Red Purse

8) Gold Pool

Dia mendapati bahawa di sana terdapat kekayaan sesuatu pihak yang dirampas atau diambil secara paksaan atau halus ketika imperialisme kemudian dijadikan tabung (fund) atau simpanan (reserve) selepas perang. Ini mencetuskan idea kepada lelaki ini untuk bertindak ke atas maklumat tersembunyi ini.

Pada 20 Januari 1995, Ray telah menubuhkan OITC (Office of International Treasury Control) yang berfungsi untuk menyakinkan pihak-pihak berkaitan dengan kekayaan yang dipegang oleh bank-bank antarabangsa ini bagi menarik sebahagian atau semua sekali dana yang dibekukan. Ini melibatkan dokumen-dokumen penting yang dipegang waris atau pihak terbabit dengan dana tersebut dan OITC bertindak seakan-akan orang tengah, yang kononnya boleh membantu.

Ray dan kuncu-kuncunya menggunakan banyak terma untuk menjayakan rancangan ini, termasuklah menjaja legenda tentang suatu kelompok atau keluarga diraja yang memiliki kekayaan yang banyak, digelar ‘Dragon Family‘.

Sementara itu, hampir semua kes di atas melibatkan kekayaan yang dipegang para bankers yang dinaungi oleh perkakas-perkakas kewangan Amerika seperti Federal Reserve, JP Morgan atau setidaknya Rothschild. Namun, Ray kononnya menyedari bahawa British Crown Agent tidak berkuasa sepenuhnya ke atas kekayaan peribadi sultan-sultan di Tanah Melayu. Dia juga  tidak mengetahui malah masih mencari maklumat dua lagi dana yakni ‘Red Purse’ yang dipegang monarki Thailand dan ‘Gold Pool’ yang dipegang salah seorang kerabat diraja Perak. Namun, dipercayai Ray dan kuncu-kuncunya menyembunyikan perkara ini, dan sebaliknya menyebarkan cerita tentang Dragon Family.

Untuk meyakinkan kerabat diraja Asia, dia melantik dirinya sebagai  King Anthony Santiago Martin yang memiliki dokumen sah untuk mencairkan dana-dana itu. Tertarik dengan legenda orang suci yang menjaga emas-emas Srivijaya, dia menggunakan nama akaun palsunya dalam mengelabui mangsa-mangsanya (fraud) iaitu,

 

 

 

 

 

 

 

 

“The White Spiritual Boy”

 

 

 

 

 

wsbzabag2

 

 The King of Zabag rules the lands from Malabar through the East Indies, India Minor, from Malabar to Sind, and India Tertia, the east coast of Africa.

 

 

 

 

Maklumat yang akan dibentangkan ini sangat-sangat sulit sebenarnya. Namun MistisFiles akan menyederhanakan kandungannya. Selepas beberapa kali diedit untuk melindungi beberapa maklumat yang tidak boleh dipaparkan kepada umum, MistisFiles memberi keizinan kepada penulis (Srikandi) untuk melepaskannya.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us
  1. uzbekdesantillana Said,

    Maybe ada kaitan dengan cerita kartun avatar yang menunjukkan budak berkuasa dengan tanda di kepala botaknya. Wallahuaklam

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.