Matrix Holografik 5.2

matrixscore

 

 

Bagaimanakah caranya kita benar-benar tahu bahawa dunia ini adalah sebenar-benarnya, seperti apa yang kita lihat dan tahu selama ini? Alam yang kita lihat dengan mata kasar ini adakah benar-benar kukuh, jitu dan padu? Adakah ianya benar-benar ada di sana? Adakah gunung, laut dan pokok-pokok itu sebenarnya berada di tempatnya?

Ilmu sains semakin lama semakin mengakui dengan berat hati bahawa apa yang diberitahu oleh kitab agama seperti Al-Quran bahawa dunia ini hanyalah kepura-puraan semata adalah BENAR belaka. Ianya bukannya maksud yang ditafsir secara abstrak dan emosional lagi, tetapi ITULAH YANG DIKATAKANNYA! Itulah dia, alam ini… alam ini benar-benar sesuatu yang khayalan; persembahan cahaya yang memukau.

Hukum Alam Semesta Berhologram menyatakan bahawa alam semesta ini dipancarkan dari satu titik. Ianya adalah satu titik yang bukan dari dimensi kita. Hukum itu juga menyatakan bahawa: dunia 3 dimensi kita ini berasal dari dunia 2 dimensi, dimana maklumat dua dimensi dipancarkan sehingga membentuk 3 dimensi. Ini seumpama sekeping kertas (2D) yang diserkupkan ke objek bongkah segiempat kemudian kertas tadi pun berbentuk bongkah segiempat (3D). Bezanya, dalam realiti… di sana tiada bongkah segiempat itu. Hanya kertas yang dibentuk menjadi bongkah segiempat.

Apakah dia benda 2 dimensi yang terdapat dalam alam kita yang tiga dimensi ini?

Ianya adalah Lohong Hitam.

Dengan adanya jasad ini, alam semesta kita ini berasal dari satu singulariti yang aneh dan ajaib.

 

 

 

 

 

 

 

Jasad Dua Dimensi Yang Memancarkan Alam

Tiga Dimensi

 

 

singularity

 

Alam semesta bukan benar berada di tempatnya sebagaimana yang manusia lihat – ia berada di tempat yang lain.

 

HANYA DI MISTISFILES!

 

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

7 thoughts on “Matrix Holografik 5.2

  1. sejagat

    Lohong Hitam, jika kita melihat ke angkasa, gelap gulita, adakah kita sebenarnya pada hakikatnya tinggal di dalam Lohong Hitam ?

  2. citrarania

    Adakah black hole ni stargate to heaven? Kenapa seringkali orang sebut ‘the fate is already written in the stars’? Ada ahli fizik menyebut penciptaan manusia dari stardust, dan dikait dengan ayat Al-Quran.

  3. citrarania

    Mikraj, peristiwa Rasulullah dibawa naik dengan buraq melalui stargate to heaven. Adakah ia astral travel atau ia perjalanan dengan physical body?

  4. uzbekdesantillana

    Allah Subhanahuwataala berkuasa menaikkan hambanya dengan secara fizikal. Tidak perlu diragui Maha Berkuasanya Allah Subhanahuwataala. Perintah solat juga di situ. Wallahuaklam.

Leave a Reply