longevity plan

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Matrix Holografik 5.3

Posted by jigsmaster on June 1, 2019

matrixblue

 

 

Lohong Hitam adalah objek paling misteri di angkasa raya.  Ia bersifat dua dimensi menurut perkiraan matematik – sesuatu yang di luar akal manusia. Bagaimana terdapat objek dua dimensi di alam kita yang tiga dimensi? Tiada siapa yang boleh mengalami apakah itu rasa dua dimensi di alam tiga dimensi ini. Ini kerana tiada siapa yang mampu pergi ke Lohong Hitam untuk menyaksikan keajaiban itu.

Prinsip holografik menyatakan hologram tiga dimensi dipancarkan dari satah dua dimensi. Maka Lohong Hitam ini sebenarnya ‘memancarkan’ sesuatu. Ini berlawanan dengan apa yang kita percaya dan baca selama ini, yakni Lohong Hitam ‘menyedut’.

Ia memang menyedut, tetapi di sempadannya – iaitu dipanggil ufuk peristiwa, barangsiapa yang melepasi sempadan ini, ia akan disedut selama-lamanya. Namun anehnya, menurut ilmu fizik, jika anda disedut, anda tidak musnah sepenuhnya. Maklumat tentang diri anda akan tersimpan di satu sudut di luar ufuk peristiwa.

Ini menunjukkan satu rahsia penting – bahawa maklumat semua benda adalah kekal di luar mulut Lohong Hitam. Hanya yang disedut adalah hologram benda-benda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakikat Alam Majazi Dari Sifat Hakiki Lohong Hitam

 

 

matrixblckhole

 

“Anda dan seluruh alam ini adalah fana – hanya Wajah-Nya yang kekal abadi”

 

 

LEBIH MENDEBARKAN. TERUSKAN MEMBACA.

 

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us
  1. sejagat Said,

    Adakah Black Hole ada disampaikan dalam Quran dan Hadis ?

  2. bowtak12 Said,

    hasil ungkapan boleh guna pakai dalam huraian filsafat tasawuf. trimas

  3. sejagat Said,

    Apakah ada kebarangkalian yang tinggi wujudnya makhluk asing di planet lain selain Bumi memandangkan alam semesta ini begitu luas?

    Pada pendapat saya, jika wujud makhluk asing di planet lain, wajah dan perawakan saling tak tumpah seperti manusia kecuali berbeza dari segi saiz dan berat kerana kesan daripada tarikan graviti disana samada kuat atau lemah.

  4. jigsmaster Said,

    Pada pendapat kami, tidak wujud makhluk asing selain manusia kecuali yang disebut dalam Al-Quran, yakni jin, malaikat atau syaitan. Jika ada makhluk asing seperti humanoid (bersifat atau berbentuk seperti manusia), kami berpendapat itu juga adalah spesis jin.

  5. sejagat Said,

    Alam semesta ini sangat luas, apakah ada Bumi 2.0 disana ?

  6. sejagat Said,

    Sekiranya hanya manusia satu-satunya makhluk 3D di alam semesta ini, maka segala planet, bulan, bintang, asteroid, exoplanet yang jauh bertahun tahun cahaya, galaksi-galaksi yang jauh, mungkin ada manfaat kepada manusia jika diukur dari segi kandungan mineralnya. Maka manusia pada hakikatnya tidak perlu tamak kepada membolot sumber-sumber yang ada di Bumi semata-mata.

    Setiap ciptaan Allah pasti ada gunanya, apalah gunanya planet-planet yang terlampau jauh dari Bumi jika tidak ada manfaat kepada umat manusia. Saya dapat merasakan kita mampu ke sana dengan kenderaan sepantas atau lebih pantas dari cahaya. Bukan tiada teori-teori fizik yang menafikan akan daya tujahan yang mampu memendekkan masa walaupun jaraknya bertrilion kilometer. Enjin warp misalnya…

    Saya sampai ke hari ini ingin memecahkan kebuntuan tentang ekstra terrestrial life, saya percaya ia akan digunakan sebagai senjata agen-agen Dajjal untuk memanipulasikan akidah umat Islam. Jika berpegang kepada ilmu akidah Ahlussunnah Wal Jamaah, maka dapatlah mengenal mana yang Qadim dan mana yang makhluknya walaupun berada di atas planet lain sekalipun tetap Allah jua penciptanya.

  7. jigsmaster Said,

    Tidak ada. Alam semesta yang luas ini dicipta semata-mata untuk kita memikirkan kebesaran-Nya.

  8. jigsmaster Said,

    Pada pendapat kami, memang alam semesta ini dicipta begitu luas dan begitu banyak sumber yang tidak terhingga. Semua ini adalah untuk menguji manusia atas ketidakupayaannya dan sikap ketamakannya.

    Memang ada pihak tertentu yang mempopularkan idea ‘makhluk asing’ ET ini atas motif-motif tertentu.

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.