Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

The Catacomb of Vatican II

Posted by jigsmaster on June 4, 2015

darkvat2

 

 

Pada tahun 1419,keluarga Medici,pemilik empayar perbankan dan perniagaan terkenal di Florence,Itali telah membina satu makam yang amat mewah dan cantik.Ia kepunyaan John XXIII (sesetengahnya menulis sebagai John XXII atau Antipope John XXIII) atau nama sebenarnya Baldassare Cossa yang menjadi Paus ketika tempoh yang singkat semasa krisis yang digelar Western Schism,melibatkan perpecahan dalam institusi Katolik.

Di sana terpahat di makamnya “John mantan Paus”.Ini menyebabkan bantahan oleh Paus Martin V yang menyandang jawatan tertinggi itu selepas Baldassare Cossa.Mengapa Paus Martin V membantah?

Baldassare Cossa telah terlibat dalam kegiatan rompakan secara tersembunyi,memiliki sebuah ‘harem’ dengan seramai 200 ‘rahib’ perempuan di dalamnya.Dia juga adalah peliwat dan telah mencabuli beratus-ratus anak dara,janda dan jururawat,belum lagi dimasukkan senarai para biarawati muda di gereja yang rosak oleh kerananya.

Digelar sebagai ‘Antipaus’,Cossa adalah contoh klasik pemimpin tertinggi agama Katolik yang terlibat dalam kegiatan gelap dan didokong oleh keluarga perbankan yang kaya,dan ini adalah ciri-ciri sempurna sistem gelap yang sebenarnya telah berjalan selama beratus-ratus tahun dalam sejarah Katolik dan institusi gereja dan Vatican.

Bagaimana Cossa boleh terlepas dengan hukuman berat padahal rakyat bawahan dibunuh dan diseksa di bawah Mahkamah Inquisition?Bagaimana Cossa dibebaskan dengan begitu mudah secara tebusan wang dan yaang paling mengejutkan kemudiannya apabila dia dilantik pula sebagai biskup senior di Frascati?Kemudian apabila mati,dimakamkan di dalam kompleks makam yang mewah dan hebat?

Cossa sebenarnya adalah ahli kepada satu kelompok rahsia di dalam dunia gelap Katolik.Apabila dia menghadiri “The Ceremony”,maka syaitan yang paling jahat akan melindunginya dari dosa-dosa yang paling busuk sekalipun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“The Ceremony

 

 

 

 

 

 

 

cata2

Par le décès du très vieillard pontife,
Sera esleu Romain do bon aage:
Qu’il sera dict que le Siège debiffe
Et long tiendra et de picuant ouvrage

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk memahami bagaimana sistem gereja bekerja, anda perlu tahu sejarahnya.

Tidak dinafikan bahawa gereja-gereja awal adalah gereja Pagan, di mana gereja itu digunakan untuk menyembah dewa-dewi Pagan. Secara umum, Paganisme adalah agama yang menyembah banyak dewa atau dewi dan cenderung bersifat orientasi kepada pemujaan berhala.Di zaman Empayar Rom, agama Kristian adalah agama minoriti, tetapi ia menjadi popular dan tersebar di seluruh Rom. Pergerakan agama menjadi begitu kuat bahawa ia mengancam agama Rom,yang mana berasaskan Paganisme.

Apabila gerakan Kristian berkembang, ia menyebabkan banyak konflik antara Kristian dan agama Rom, jadi Maharaja Constantine mengarahkan bahawa prinsip-prinsip asas agama Rom dan agama Kristian digabungkan bersama-sama ke dalam satu agama.

Penyatuan rasmi kedua-dua agama berlaku di Majlis Nicaea, yang mengakibatkan kelahiran Gereja Rom Suci. Ini adalah mengapa terdapat banyak kepercayaan Pagan dalam agama Kristian.

Sebagai contoh, Krismas dan Paskah adalah hari cuti Pagan.

Kebanyakan orang Kristian tidak mengetahui langsung perkara ini kerana kepercayaan Pagan dan cerita di dalam agama Kristian telah dibuat untuk menghalang Kristian daripada mengetahui bahawa agama mereka penuh dengan ideologi Pagan.

Apakah yang berada di bawah St Peter’s Basilica itu?Di dalam catacomb-catacomb itu?Ia adalah amat mengerikan!

TERUSKAN MEMBACA…

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.