Sejarah Pembangunan Keupayaan Telekinesis & Telepatik dalam Projek-projek Rahsia Amerika

blueprint

 

 

Sifat ingin tahu manusia kepada misteri alam dan bagaimana untuk memanipulasinya tetap berjalan sejak zaman-berzaman dari dahulu lagi. Sememangnya alam semesta ini terdiri dari pelbagai faktor dan entiti yang saling berhubungan dan bertindih di antara satu sama lain serta berkomunikasi dengan caranya yang tersendiri. Ia boleh dimanipulasi, digunakan untuk tujuan tertentu mengikut matlamat yang ingin dicapai. Ini kerana hukum alam semesta ini mengandungi pelbagai parameter yang boleh ditambah, ditolak atau diubahsuai seadanya.

Apa yang akan disajikan kepada anda selepas ini adalah siri dayausaha sekelompok manusia yang ingin menggunakan rahsia alam semesta ini atas tujuan tertentu. Pemimpin mereka, adalah manusia luarbiasa yang berumur panjang, percaya akan satu perkara; bahawa pengetahuan dan teknologi yang terpendam boleh dicapai, yang mana telahpun digunakan oleh generasi manusia pada zaman purba. Ia melibatkan bahan tertentu atau fasiliti yang tertentu, yang hilang dari jangkauan pengetahuan manusia moden pada hari ini.

Apa yang akan anda baca, bukanlah bermakna ia 100% tepat dan telah dibuktikan, ini kerana majoriti maklumat di dalamnya adalah data-data sulit yang diusahakan supaya tidak tersebar di kalangan masyarakat umum. Ia adalah koleksi temuramah, rencana dan tulisan yang diambil dari individu-individu yang mengaku terlibat dalam masalah ini. Yang menariknya, ia memiliki hubungan pula dengan maklumat individu-individu lain yang hadir satu-persatu dan mengemukakan konsep cerita yang sama.

Tetapi yang pasti, pemimpin mereka memang ingin dan sedang membangunkan teknologi makhluk-makhluk purba yang hilang, untuk mencapai matlamatnya. Suatu hari nanti atau mungkin ia telah berjaya; mendapatkan kembali bahan atau teknologi yang menghasilkan Asari Rasul itu, atau sekurang-kurangnya menyamai tenaga yang terhasil darinya.

 

Artikel-artikel dalam siri ini:

 

1. Medan Magnetik I

2. Medan Magnetik II

3. Elektrokinesis I

4. Elektrokinesis II

5. Telepatik I

6. Telepatik II

7. Medan Graviti I

8. Medan Graviti II

9. Telekinesis I

10. Telekinesis II

 

Ingat, pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang mampu memahaminya.

 

HANYA DI MISTISFILES. PORTAL PENGETAHUAN RAHSIA ANDA.

 

Leave a Reply