Institusi Diraja dan kedaulatan undang-undang merupakan dua tiang utama yang menyokong sistem Raja Berperlembagaan serta demokrasi berparlimen di Malaysia. Apabila tercetus situasi yang melibatkan tafsiran perundangan bertembung dengan perintah atau titah diraja, perhatian seluruh negara pastinya akan tertumpu kepada bagaimana konflik kognitif tersebut diselesaikan tanpa menjejaskan keharmonian perlembagaan.
Isu mutakhir yang menyaksikan Perdana Menteri meminta Peguam Negara untuk segera menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ampun serta menjelaskan kekosongan atau kerumitan undang-undang telah membuka lembaran baharu dalam wacana pentadbiran keadilan negara. Rentetan peristiwa ini bukan sahaja mempamerkan ketegasan pihak istana dalam mempertahankan prerogatif diraja, malah menunjukkan komitmen pihak eksekutif dan perundangan dalam memastikan setiap ketetapan dilaksanakan mengikut landasan perundangan yang betul.
Menariknya, ada pihak berpandangan, AGC yang dijadikan kambing hitam, kini terpaksa ‘disembelih’ kerana ‘plan A’ tak menjadi. Adakah benar demikian?
M.O menulis…
BACA SELANJUTNYA.
