Ratifikasi ICERD: Peluang Untuk Menghapuskan Hak-hak Bumiputra & Raja-raja Melayu

??????

 

Mason-Mason Melayu Bahagian XV

 

“Kan ada perlembagaan?” Itulah jawapan sesetengah orang Melayu apabila diberitahu akan bahaya tindakan sesetengah pihak yang berusaha siang dan malam untuk menghapuskan apa yang mereka tidak suka atau tidak puashati berkenaan hak-hak orang Melayu dan Bumiputra dalam perlembagaan Malaysia.

Apa yang golongan denial syndrome  di kalangan orang Melayu Bumiputra ini tidak sedar ialah perlembagaan boleh tercatat atas kertas, tetapi perlaksanaannya boleh ditiadakan atau dibohong-bohong, diseleweng dan dimanipulasikan sehingga tindakan atau kesan dari perlembagaan ini tidak mencapai maksud kepada yang berhak.

Ini adalah salah satu caranya.

 

 

 

 

Ke Arah Untuk Menghapuskan Hak-hak Bumiputra & Raja-raja Melayu

 

 

 

miskin

 

 

 

 

Menurut BERNAMA pada berita bertarikh 24 Oktober 2018, menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy:

“Kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan.

“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutup Persidangan Kebangsaan ke-8 yang dianjurkan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) mengenai ‘Malaysia Ke Arah Pengesahan ICERD’ di Petaling Jaya semalam.

Perlu difokuskan:

Pertamanya siapakah dia P. Waytha Moorthy? Beliau adalah pengasas kepada Pertubuhan Hindraf. Beliau pernah memperjuangkan supaya Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia DIHAPUSKAN yang mana mengandungi hal-ehwal perlindungan kepada kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.

Di sini diperturunkan sebahagian perkara-perkara yang diadukan P. Waytha Moorthy kepada badan hak asasi manusia, yang rata-ratanya mendakwa kononnya Melayu-muslim telah menjalankan dasar apartheid kepada bukan Melayu, menindas dan menzalimi mereka:

 

  • Malaysia has all the hallmark of a racist and religious extreme state on the following foundation;

a) The Federal Constitution entrenched with a racist provision vide Article 153 ( Malaysian brand of apartheid)

b) The State sanctions racist and religious extreme laws and policies

c) State control of Government Administration by 1 race/religious group

d) State channel of most funds for economic/education/development programs and licenses, permits ect to 1 race

e) State control of Religious freedom to disadvantage of non-Muslims, imposition of Muslim religious laws and compelling jurisdiction of Syaria Courts on non-Muslims.

f) State sponsored violence/threat of violence both directly and outsource to other groups on objections by citizens

g) State sanction of draconian, punitive laws and the blank cheque given to Police to make arbitrary arrests on dissent.

h) State declaration that the Malays are the masters (Malay Supremacy) and sons of soil.

-Malay supremacy or Malay dominance is the claim that the Malay Muslims are the tuan (masters) of Malaysia. The Chinese and Indians, who form a significant minority in Malaysia, are considered beholden to the Malays for granting them citizenship in return for special privileges as set out in Article 153 of the Malaysian Constitution.

-Article 153 is a deep-rooted racist provision in the Constitution which sanctions implementation of all racist policies in Malaysia to the disadvantage of the minority non-Malay/Muslim population. Questioning any matter, rights, status, privilege ect of Article 153 is considered a challenge to the Malay Supremacy, insulting the Royal Institution and Islam. It is also deemed a threat to National Security, an offence under the Internal Security Act which gives powers of arrest for unlimited period without trial and under the Sedition Act which provides for imprisonment between 3-5 years.

Ada juga yang mempersoalkan FELDA, institusi MARA dan lain-lain instrumen membela kepentingan orang Melayu & Bumiputra menurut Perkara 153:

  • The FELDA Scheme – Federal Land development Authority

  • There is a systematic and wholesale exclusion of Non-Malays from this program. Indian plantation workers who were being actively displaced at the time of the growth of this FELDA scheme in the 1970s and 1980s were not considered part of the target group, because they were not categorized as being from the rural community. This was convenient way to exclude. An estimated 800,000 Indian plantation workers have been displaced from plantations without any alternative programs/compensation.

 

  • FELDA, FELCRA, PERDA, KEDA, KETENGAH, KESEDAR, KEJORA and a host of other development agencies use procedural techniques of one form or another such as this to entirely exclude the deserving non-Malays.

  • FELDA show a total turnover of RM 11.8 Billion. The profits before tax alone are RM804 million5.

  • A RM 120 million residential school for FELDA children – a Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) in Trolak, Perak. Compare this with the recent promise of an allocation of RM100 million by the Prime Minister for 523 Tamil schools in the country, for which there is no evidence of disbursement anyway. There are 42 MRSM schools like the one above in the country.

  • The racial bias in the educational system is the area where racism is most blatant – all the way from pre-school and primary education up to Tertiary levels.

  • There are 42 fully residential elite Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (Mara junior Science College) (NST 5/4/08) with 12,440 places also in the fully residential schools (BH 21/11/09 at page 7). These schools have been almost exclusively for Malay Muslim students.

 

Padahal, kerajaan dah benarkan sistem sekolah berasaskan kaum – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil khas untuk menjaga kepentingan orang Tamil di Malaysia. Adakah ada mana-mana negara di dunia yang buat sekolah khas untuk satu-satu kaum seperti sekolah Tamil ini?

 

Rujukan: Tuntutan HINDRAF

 

Peluang Untuk Melaksanakan Agenda Penghapusan Melayu & Bumiputra

 

waytaperpadu

 

Peluang cerah untuk agenda menghapuskan kepentingan orang Melayu dan Bumiputra datang apabila P. Waytha Moorthy  dilantik menjadi senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran, di Bangunan Parlimen pada 17 Julai 2018.

Beliau juga dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)  dalam istiadat pengurniaan surat cara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara tempoh hari.

 

 

Apakah ICERD?

.
The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) adalah sebuah Konvensyen PBB yang menuntut anggotanya supaya menghapuskan diskriminasi kaum dan mempromosikan persefahaman di kalangan semua kaum.

Isu timbul kerana walaupun motif konvensyen ini nampak bagus, namun bukan semua tuntutannya sesuai dengan situasi sosial, politik dan ekonomi di negara kita. Sebagai contoh, kek ekonomi Melayu-Bumiputra masih rendah berbanding kaum-kaum lain dan ini menuntut reformasi dan revolusi ekonomi yang berterusan apatah lagi mereka membentuk bahagian majoriti dalam populasi negara. Keadaan ekonomi tidak seimbang ini adalah kesan diskriminasi penjajah British terhadap ekonomi pribumi khususnya orang-orang Melayu.

Ini ada didedahkan dalam buku penasihat ekonomi Tun Dr. Mahathir sendiri, Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia. Ini adalah petikan dari buku tersebut dalam terjemahan berbahasa Melayu (Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia):

 

khalidpoor

khalidpenashat

 

 

Isu ICERD Yang Berbahaya Kepada Survival Melayu-Bumiputra

 

Isu ini ada dibangkitkan dalam status Khairul Azri, seorang pemerhati sosiopolitik bebas:

Perkara 153, 3, 160 terancam?
.
Usul dasar hala tuju dasar luar ‘Malaysia Baharu’ berdasarkan ucapan perdana menteri di UN telah diterima sebulat suara oleh dewan rakyat sebentar tadi.

Namun dalam keghairahan para MP berbahas memuji kepetahan dan kelantangan Tun berucap di PBB sampaikan ada yang bermadah dan sebagainya.

Satu benda yang menarik perhatian den adalah apabila mendengar perbahasan daripada YB Batu kawan yang menegaskan mengenai aspek ‘Human Rights’ dalam perbahasan menyokong usul dalam sesi petang.

For a while, perbahasan tersebut does create a chilling moment for myself..*meremang

Kenapa?
.
Berdasarkan ucapan YB Batu Kawan itu tadi, mengikut janji no 26 dalam manifesto PH, salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod ‘hak asasi’ manusia yang dihormati dunia adalah untuk kerajaan PH meratifikasikan semula konvensyen hak asasi antarabangsa seperti:

1. The International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR)

2. The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)

3. United Nations Convention against Torture and Other Cruel,

4. Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT)
International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families

5. International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR)

6. International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance(ICPPED)

7. Convention on the Rights of the Child(CRC)

8. The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

9.

10.

.
.
Jadi kenapa den kata den ‘meremang’ bila dengar perbahasan tersebut adalah jika kita sebagai umat Melayu Islam sedar apakah kesan dasar meratifikasikan semula konvensyen-konvensyen antarbangsa ini kepada umat Melayu kita..

Sebab kesannya bukan ‘kecil anak ‘punya kesan..

Nah den simply ‘tebuk’ beberapa ‘syor’ daripada senarai konvensyen hak asasi antarabangsa yang disenaraikan oleh YB Batu kawan dalam ucapanya tadi, yang kononnya nak ratifikasikan atas alasan nak jadi negara ‘contoh’ dunia…

Boleh rujuk dibawah:

Exhibit 1:

– The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I

Article 2

2. States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case en tail as a con sequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.

Rujuk: https://www.ohchr.org/…/professionalinterest/pages/cerd.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Tidak boleh ada ‘keistimewaan’ mana-mana individu/kaum diatas individu/kaum yang lain.
.
.
Exhibit 2:

– The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

Article 18.

Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.

Rujuk: http://www.un.org/en/universal-declaration-human-rights/

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Setiap manusia adalah berhak dalam hak kebebasan beragama dan menukar agamanya.
.
.
Exhibit 3:

– Convention on the Rights of the Child(CRC)

Article 14

1. States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.

Rujuk: https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/crc.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Anak-anak mempunyai hak untuk memilih agamanya dan ibu bapa perlu hormati hak tersebut.
.
.
Nampak tak betapa bercanggahnya, ‘syor-syor’ diatas dengan Perkara 153, Perkara 3 ataupun perkara 160 yang meletakkan hak umat Melayu dan perkara yang berkaitan agama Islam dibawah naungannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya sekarang, adakah kerajaan hari ini akan mengenepikan atau meletakkan tarikh ‘luput’ kepada perlembagaan sedia ada hanya semata-mata untuk memenuhi dasar ataupun janji manifesto tersebut?

Nauzubillahiminzaliq, harapnya tidak begitu.
.
.
Oleh yang demikian, hari ini den pun nak bagi ‘syor’ juga..

Mohon kerjasama semua orang untuk tonton video ucapan YB Batu Kawan ni, den tahu ianya satu video yang panjang..walaubagaimanapun, amati dan telitilah ‘isi’ dan ‘isu’ yang cuba dibawanya.

Dan tolong rajinkan diri anda..bangkit dan semak kesemua syor-syor yang berada di dalam konvensyen hak asasi antrabangsa yang hendak diratifikasikan semula ini

Fahamilah bait-bait setiap syor-syor konvensyen tersebut agar kita faham impak daripada perubahan dasar ini.

Kerana, sekiranya dasar ini betul-betul berlaku, percayalah ianya pasti akan mengubah dinamika sosiopolitik bangsa dan negara kita buat selama-lamanya.

Jangan tunggu sampai ‘nasi jadi bubur’ baru nak bertindak dan memberi respon, sebab masa tu nanti baru nak menyesal, ‘berputih mata’ pun tak akan berguna sesen pun pada waktu itu.

Akhir kata, tolong panjangkan dan sebarkan.

Sekian.

 

 

Status Lukman Sheriff Alias

 

lukmanshreif

 

 

Adalah menarik apabila seorang peguam telah menjelaskan lagi isu ini. Maka bahaya dari menandatangani ICERD ini adalah amat parah!

 

 

Berakhirnya Malaysia

Saya Amat sedih melihat perkembangan ini. Tiada “discourse”, tiada perundingan awam (“public consultation”) dan paling utama tiada perkenan Majlis Raja2. ICERD ini bercanggah dengan perlembagaan kita. PPBM, UMNO, MCA, Parti berasaskan bangsa dsbg hendaklah dihapuskan. Tiada sesiapa yang bersuara dan bangkit. Apa ni? Dayus sangat kita ni?

Sementara itu press statement kami di FMT, Mkini dan TMI masih tidak dipaparkan setelah dua hari. Berikut adalah press statement kami.

Sebarkan.

——————————
Stop manipulating the facts on ICERD — MTEM, MLC, CENTHRA & CLJ

We refer to a number of press reports by various groups trying to push for Malaysia’s ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), and condemn the manipulation of this issue using half truth and misleading statements, so as to disingenuously portray that ICERD’s ratification could be done without offending various constitutional provisions.

Before proceeding, we would like to first of all state clear of our stand that we are opposed to racial discrimination.

However, our forefathers in their infinite wisdom have made a number of limited exceptions in our constitution, as part and parcel of the social contract agreed upon in guaranteeing the positions of the native Malay-Muslims, and natives of Sabah and Sarawak, in exchange for the mass granting of citizenship to the non-natives, especially to the Chinese and Indians. This exception is particularly evident in Article 153 of the Federal Constitution, whereupon the likes of MARA and MRSM, among others, were established, whilst also at the same time safeguarding the legitimate interests of other communities. As Malaysians, we need to respect this constitutional compromise.

Although these compromises made by our forefathers may be changed, the amendments must however be made through proper constitutional channels and means, so as to maintain harmony in our country.

We are appalled by how the facts surrounding ICERD have been manipulated, so as to mislead the general unsuspecting public, as if the ratification could be done by reserving certain provisions and as such purportedly would not run afoul of any constitutional provisions. In which regard, we wish to set the record straight as follows:-

1. ​The restrictions imposed by ICERD are very wide, and directly contravenes our constitutional compromise. The definition of “racial discrimination” under the Convention is all encompassing, and could never by reconciled with Article 153 of our Federal Constitution. While there is indeed exception allowed to the definition of racial discrimination, but even then, Article 153 would not fall into such exception allowed under ICERD. In fact, the breadth and width with which the Convention covers would mean that even political parties like PPBM, UMNO, MCA, MIC and ethnic based parties in Sabah and Sarawak would be deemed illegal.

2. ​Exception or Reservation to the Convention would go against the very substance of ICERD. If at all, we clearly need to make reservations not only on the definition as above, but 5 or 6 out of 7 core provisions of ICERD. It is pertinent to point out that under the Vienna Convention on the Law of treaties, no reservation can be made if it is incompatible with the object and purpose of the treaty. Other states may also object to such major reservations. The reservation we need to make would thus be substantive, touching many core provisions of ICERD, contrary to the misleading claim that it is of a minor reservation. These reservations may further cause us embarrassment if they are objected to by other countries.

In order for Malaysia to ratify ICERD as it is would require us to amend Article 153 of our Federal Constitution. Such amendment would require the royal consent of the Council of Rulers (Majlis Raja-Raja). It is unscrupulous to use ICERD as a backdoor to assert preassure and to amend Article 153 and the laws thereunder without proper public consultation with all stakeholders, in particular the Council of Rulers.

There are many institutions at stake here, from MARA, MRSM to UiTM, and extends even to the Royal Malay Regiment army unit, to name just a few, which would need to be abolished. Not to mention the fact that the Malay Reserve Land schemes under Article 89 of the Federal Constitution and various State Enactments would also need to be repealed.

A healthy and open debate should be pursued rather cursory dismissal of such views. The rakyat must be informed that ratification of ICERD, as it stands, would run contrary to the Constitution, and that Council of Rulers should be consulted before such ratification. It is for this reason that we condemn press statements from various groups, giving false or misleading impression on the effect of the ratification. This is manipulative and utterly reprehensive.

When it comes to inter-racial relations, we should let our 60 over years track record as an independent nation speaks for itself. We need to nurture and shape national unity based on our own terms and constitutional constructs, rather than be confined to external pressures that may not be sensitive to our history, culture and constitutional compromise. We believe that Malaysia have not signed ICERD all these years for various reasons, and it is certainly not due to racist or supremacist ideology, but rather for the sake of developeing and uniting a diverse melting pot of culture in Malaysia.
Ahmad Yazid Othman
Chief Executive Officer, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Lukman Sheriff Alias
Founder, Malaysian Lawyers Circle (MLC)

Azril Mohd Amin
Executive Director, Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA)

Aidil Khalid
Activist, Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

 

 

Status terbaru beliau selepas status di atas ini menyatakan lebih jelas tentang isu ini:

 

 

Sahabatku,

Saya tidak boleh menerima cara ratikasi ICERD ini dilakukan tanpa perdebatan dan perundingan awam. Saya membantah majlis raja2 dibelakangkan dalam meratifikasikan ICERD. Dalam bentuk sedia ada ICERD jelas bercanggah dengan perlembagaan kita.

Maka saya dengan ini memulakan bantahan pengratifikasian ICERD. Saya memohon saudara sekelian untuk sign up, sebarkan dan kongsikannya. Klik berikut:

https://chn.ge/2OKfHgU

—————————-
Bantahan Ratifikasi International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) kerana bercanggah dengan Perlembagaan

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya.
Apakah implikasi meratifikasikan ICERD?

Mengikut ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum (racial diskrimination).[1]Negara tersebut tidak boleh langsung ada undang-undang yang mendiskriminasi mana-mana kaum dan bangsa.[2]

Takrif diskriminasi kaum di bawah ICERD adalah amat luas. Artikel 1 mendefinasikan “racial discrimination” sebagai “any distinction, exclusion, restriction or preference based on race, colour, descent, or national or ethnic origin which has the purpose or effect of nullifying or impairing the recognition, enjoyment or exercise, on an equal footing, of human rights and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural or any other field of public life.

Definasi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan:
1) MARA hendaklah ditutup
2) MRSM hendaklah ditutup
3) UiTM ditutup
4) Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.
5) Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.
6) Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
7) Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
8)Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan.
(kecualilah yang diatas dipinda selain dari tujuan asalnya.)

Mengikut Artikel 5 ICERD, negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan segala bentuk diskriminasi dalam perlaksanaan hak politik (Political Rights”). Ini bermakna parti politik berdasarkan kaum atau bangsa adalah salah dan perlu dihapuskan di bawah ICERD kerana ia mendiskriminasi ahlinya mengikut kaum. Sebagai contoh KOMAS, sebuah NGO Hak Asasi Manusia terkemuka yang mempelopori ratifikasi ICERD dan juga ahli Comanggo, telah menyenaraikan penubuhan PPBM sebagai satu insiden “racial discrimination” di dalam lapuran “Malaysian Racial Discrimination Report 2016”[3].

Berdasarkan di atas, adalah jelas ICERD bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan tidak boleh diratifikasikan. Kalaupun mahu diratifikasikan, Artikel 153 hendaklah dipinda terlebih dahulu. Persetujuan Majlis Raja-raja juga mesti diperolehi dan tidak boleh dibelakangkan. Konvensyen ini tidak boleh dijaja sebagai alasan untuk memaksa kita meminda Perlembagaan dan Raja-raja memberi persetujuan.

Adakah Artikel 153 boleh dikecualikan daripada ICERD?

Jerald Joseph, ahli lembaga pengarah Komas, Pesuruhjaya Suhakam dan ahli “Consultative Council on Foreign Policy” yang baru ditubuhkan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah, menyatakan bahawa Artikel 153 termasuk di bawah pengecualian ICERD.

Pengecualian di bawah ICERD adalah termaktub di bawah Artikel 1 yang menyatakan seperti berikut:

“Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groupsand that they shall not be continued after the objectivesfor which they were taken have been achieved.”

Mengikut pengecualian di atas, adalah bukan diskriminasi sekiranya menepati ciri tersebut:

1) diskriminasi adalah untuk memastikan kumpulan tersebut menikmati hak asasi yang sama
2) tidak menimbulkan hak berlainan bagi bangsa yang berlainan
3) ia dihentikan sekira objektifnya tercapai.

Jadi kalau kita ambil contoh MARA dan Tanah Simpanan Melayu (Malay Reserve Land) (“TSM”), adakah ia untuk memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera menikmati hak asasi pendidikan dan pemilikan tanah yang sama dengan yang lain? Perlukah MARA dan TSM wujud supaya orang melayu atau bumiputera mendapat hak pendidikan dan pemilikan tanah? Bukankah MARA dan TSM akan menimbulkan hak berlainan yang memihak bangsa melayu dan Bumiputera? Apakah termaktub objektif di bawah Artikel 153 dan undang-undang sedia ada berkenaan MARA dan Tanah Simpanan Melayu di mana ia hendaklah dihentikan setelah mencapai objektifnya?

Jelas jawapannya tidak menepati ciri-ciri pengecualian tersebut. Maka Artikel 153 akan ditakrif sebagai “racial discrimination” dan perlu dihapuskan mengikut ICERD.

Lagipun Artikel 20 ICERD melarang pengecualian ataupun “reservation” yang bercanggah dengan objektif dan tujuan ICERD. Malaysia bukan sahaja memerlukan pengecualian bahagian definisi tetapi lebih separuh daripada peruntukan teras ICERD. Ini adalah bertentangan dengan tujuan ICERD dan boleh dibantah oleh negara lain.

Seperkara lagi adalah pendirian tidak konsisten mereka yang meyokong pengecualian dan membantah diskriminasi kaum. Sebagai contoh, KOMAS dalam lapuran tahunan “Malaysian Racial Discrimination” telah mengklasifikasikan mana-mana pihak termasuk YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin (Lapuran 2015) yang mempertahankan hak melayu/ bumiputera sebagai satu perlakuan diskriminasi kaum (“racial discrimination). Tetapi apabila mengkehendakkan pengratifikasian ICERD berhujah sebaliknya bahawa Artikel 153 dikecualikan mengikut peruntukan ICERD. Kalau kita lihat Artikel ICERD tersebut, dengan nyata mengatakan pengecualian di bawahnya tidak boleh dianggap sebagai satu diskriminasi kaum. Mereka sebenarnya berhujah bahawa satu perbuatan itu adalah diskriminasi dan bukan diskriminasi pada masa yang sama. Adalah jelas pendirian dan hujah mereka bercanggah, tidak konsisten dan tidak jujur (disingenuous).

Bantahan

Oleh itu, kami membantah/ menolak sekeras-kerasnya ratifikasi ICERD kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan menghapuskan institusi MARA, MRSM, UITM dan sebagainya.Perundingan awam perlu dilakukan dengan segera dan perkenan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi. Raja-Raja tidak boleh dibelakangkan. Artikel 153 perlu dipinda sebelum ratifikasi ICERD boleh dilakukan.
___________________________
[1]Artikel 1-7 ICERD
[2]Ibid
[3]Page 18

 

Nasihat Kepada Orang Melayu dan Bumiputra Lain

 

Tepuk perut tanya nak makan apa. Kalau nak cepat pupus, dipijak, dihina dan didiskriminasikan terutama generasi anak cucu saudara saudari sekalian maka hulurlah kepala itu kasi orang lain pancung. Jika mahu kepentingan kamu semua tetap dijaga dan dilindungi maka lawan! Nyatakan suara anda. Nyatakan bahawa anda tidak setuju dengan semua kegilaan ini.

 

Antara cara melawan ialah:

1. Sign petition: https://chn.ge/2OKfHgU

2. Tularkan isi-isi kandungan artikel ini. Bagitau orang kampung, tu yang miskin bandar tu…bagitau juga.

 

-MF

One thought on “Ratifikasi ICERD: Peluang Untuk Menghapuskan Hak-hak Bumiputra & Raja-raja Melayu

Leave a Reply