Alice in Wonderland : Bagaimana Seorang Pedofil Profesional ‘Grooming’ Para Mangsanya

aliceinwonderland150.com

 

 

[Mukaddimah]

 

Proses ‘grooming’ adalah proses untuk membentuk atau membesarkan subjek untuk tujuan atau objektif tertentu. Dalam Protocols of The Elders of Mindcontrol, proses ini antara yang paling penting bagi kerja-kerja kawalan minda dari segi pengaturcaraan dan penstrukturan minda serta personaliti subjek.

Dalam objektif membentuk seseorang itu menjadi pembunuh upahan, perisik, ejen khas atau pensabotaj, proses grooming adalah penting dalam sesuatu institusi kawalan minda. Jika anda pernah menonton filem Salt, anda akan melihat bagaimana seorang budak perempuan kecil yang digroom (watak dewasa dilakonkan oleh Angelina Jolie) dalam satu ‘gudang mindcontrol‘ yang berbau institusi KGB Rusia. Begitu juga ada adegan grooming Black Widow (Natasha Romanova) dalam filem  Avengers: Age of Ultron (2015) lakonan Scarlett Johansson ketika dia ‘dipukau’ oleh watak Wanda Maximoff.

Percaya atau tidak, proses grooming ini juga digunakan oleh kebanyakan  psychopath yang bertabiat seks yang ganjil seperti pedofil atau menyasarkan hanya para pelacur sahaja seperti Jack The Ripper. Begitu juga perogol bersiri seperti kes Selva Kumar Subbiah yang terkenal itu. Laporan jurnalis ada menceritakan secara terperinci modus operandi Selva memperdayakan mangsa dan akhirnya merogolnya. Namun di sana ada proses grooming jangkapanjang dan jangkapendek. Proses ini juga ada yang melibatkan peranan ibubapa kejam atau adikberadik sendiri dan inilah proses grooming paling berkesan. Ngeri bukan?

 

SILA BACA DENGAN TANGGUNGJAWAB SENDIRI.

FAIL INI MENGANDUNGI MAKLUMAT YANG SENSITIF DAN MUNGKIN AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Leave a Reply