Apa yang terjadi pada hari ini adalah rentetan daripada kejadian-kejadian masa lalu. Kita yang mengikuti politik Malaysia, malah terutamanya sejak krisis politik yang melibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu pasti tertanya-tanya misteri yang menyelubungi seperti benarkah Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat, atau benarkah tuduhan Tun Dr. Mahathir ke atas salahlaku timbalannya ketika itu?
Soalan ini samalah dengan persoalan benarkah Malaysia muflis semasa pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak?
Persaingan merebut kekuasaan politik adalah perkara biasa. Ia tidak dapat mengelakkan conflict of interest antara pihak-pihak yang merebut itu. Namun ada pelbagai lagi isu teknikal di dalamnya. Hakikat bahawa paksi-paksi politik di negara ini masih memanipulasi orang-orang Melayu dan Bumiputra sebagai berpopulasi majoriti dengan pelbagai agenda tersendiri. Siapakah yang jujur dan ikhlas di antara mereka? Ada juga pihak yang ingin menukarkan Melayu dan Bumiputra ini sebagai zombi-zombi politik mereka untuk mencapai matlamat yang bukan pun kepentingan orang-orang Melayu tadi.
Sejak bertahun-tahun senarai perdana menteri di Malaysia cuba diramalkan dengan mengikut satu ‘akronim’ yang diselubungi misteri dan kadang-kadang dibalut dengan perkara-perkara mistik.
“Asas Teori R.A.H.M.A.N”
“Bangsa Melayu harus menghayati tamadun mereka supaya mereka berhenti dari menjadi apologist kepada kewujudan mereka.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad)