Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

Temuramah Prelude ‘The Dark Vatican’

Posted by jigsmaster on May 25, 2015

 

Ini adalah temubual ringkas antara Hermit & M.O,yakni penulis siri ‘The Dark Vatican’ yang telah tertangguh selama setahun setengah,kini akan menemui pembaca dalam masa terdekat.

Ikuti temuramah yang menarik ini.

 

 

S: Hermit                     J: M.O

 

 

 

S: Agak lama anda tidak menulis kempen yang besar-besar sejak hiatus 2012 yang lepas.

J: (tersenyum) Ya,ada beberapa tugas yang melibatkan profesion saya menyekat kebebasan saya untuk menulis.Namun saya masih mengikuti trend dunia hari ini dan bagaimana pelan 10 tahun terakhir sejak The Feast of The Beast yang terakhir dijalankan.

S: Apa yang menarik untuk dijelaskan dari pemerhatian itu?

J: False flag yang lebih banyak sejak imej-imej Osama dan Al-Qaeda.Mereka perlu satu strategi marketing yang baru dan segar.

S: Objektif?

J: Untuk menggambarkan Islam dan muslim sebagai pengganas dan jahat.Ini adalah usaha subliminal message secara besar-besaran.Mass mindcontrol.

S: Ada contoh false flag yang telah mereka jalankan?

J: Sudah tentu dan ianya jadi perhatian.ISIS atau IS atau seumpamanya adalah kejuruteraan imej dan penjenamaan semula ‘Islam sebagai paksi keganasan’.Ia amat terang-terang dan lebih licik.Seperti biasa,ramai yang terperangkap dengan ‘game’ seperti ini,sama seperti kes ‘Osama’.

S: Terperangkap yang bagaimana?Jika saya kata IS itu benar?

J: (tersengih mengejek) Perhatikan,jika Osama dan AlQaeda tidak pernah menyentuh Israel,samalah seperti IS ini.Mereka hanya membunuh orang awam dari kalangan muslim sahaja.

Sama juga seperti IS ini,mereka hanya membuat huru-hara di sekitar Syria dan Iraq,untuk check n balance para pejuang Mujahidin yang ingin menggulingkan pemerintahan Bashar.Seperti yang kita lihat kini,rancangan mereka agak berjaya.Para mujahidin Syria semakin tenggelam dan telah kacau-bilau dengan imej IS.

S: Adakah lebih penjelasan lain?

 

 

 

J: Begini,cara untuk mengetahui halatuju sesuatu organisasi,adakah ia memberikan keuntungan imej dan bantuan fizikal pada Islam atau sebaliknya.Kewujudan Osama tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia.Ia hanya memberikan harapan palsu pada mulanya,kemudian kini ia lenyap bagai ditelan angin.Gosh!

Dia tidak pernah membantu rakyat Palestin atau membangunkan Afghanistan.Dia hanya berlakon dalam video bahawa perjuangan dia benar dan Tuhan akan menjahanamkan Amerika.Akhirnya dia hilang lenyap bagai ditelan bumi.

S: Di mana dia sekarang?

J: Bertukar identiti.Ini jawapan yang mudah.Data dipadamkan dan diganti baru.

S: Sungguh aneh,adakah satu keperluan untuk menggambarkan Islam sebagai agama keganasan?

J: Amat perlu bagi pelan mereka.Ia akan mewujudkan taboo dan alergi terhadap Islam.Ia membantu untuk mengurangkan statistik populasi muslim dengan penyusutan kemasukan dan peningkatan murtad.Ini selaras dengan ‘depopulasi’ mereka.Hanya orang-orang terpilih akan mewarisi bumi dan sudah pasti muslim bukan di kalangan mereka.

S: Mengapa bukan muslim?

J: Islam adalah agama yang menghalang cita-cita mereka.

S: Mengapa Islam?Apa cita-cita mereka?

J: Sekularisasi.Agama tidak diperlukan dalam hidup,atau jika perlu mesti disesuaikan dengan nafsu manusia.Dalam sekian banyak kepercayaan di bumi,hanya Islam yang merangkumi semua aspek hidup,dari tatacara masuk ke tandas sehingga tatacara menguruskan perbankan dan negara.

S: Ini benar-benar mengejutkan,jadi berbalik kepada kempen The Dark Vatican,apa kaitan semua ini jika kita boleh kaitkan sesuatu?

J: Paksi Luciferiancraft bukannya dibebankan kepada satu ras atau bangsa,misalnya Yahudi.Sebab Tuhan bukanlah zalim menciptakan satu bangsa untuk nasib seperti syaitan-syaitan.Cuma para Elit mereka SECARA TRADISINYA adalah dari kalangan rabbai-rabbai yang jahat.

Di sana ada Jesuit dan Christian Zionist dan ini semua adalah racun seperti Wahabi dan Syiah.Yang menjadi trivia,kedua-duanya adalah tesis dan anti-tesis.Diwujudkan untuk menimbulkan anggapan mereka adalah dua elemen yang berbeza,namun sebenarnya bekerja untuk bos yang sama.

Bani Israel memiliki tema yang boleh dimanipulasikan.Ini adalah kejuruteraan sentimen.

S: Apa kaitan dengan Vatican?

J: Ini adalah menarik jika anda melihat bahawa dunia Kristian itu sendiri adalah tema yang telah dimanipulasikan.Adat dan kebiasaannya adalah warisan paganisme Eropah yang pekat.Krismas dan Santa Claus itu sendiri adalah perayaan paganisme yang dipaksakan ke atas ajaran Nabi Isa dan Hawariyyun baginda. (Jesus & The Apostle)

S: Okay,apakah pesanan anda sebagai mukadimah kepada siri The Dark Vatican yang akan terbit di MistisFiles nanti?

J: Siri ini akan membawa anda ke menjelajah ke dalam lorong-lorong gelap di semua kaderal dan gereja Eropah serta ke dalam Sistine Chapel untuk melihat kesan-kesan pemujaan Iblis era paganisme Eropah.Semua paganisme Eropah adalah berdasarkan animisme,dewa-dewi yang menjaga alam sekitar.Ini berbeza dengan dewa-dewi Hindu yang berasal dari para raja-raja dan pahlawan zaman purba termasuk penjenamaan semula raja-raja Babilon dan Medes kepada kebudayaan Indus.

S: Mengapa siri ini tertangguh begitu lama,bukankah sepatutnya ia keluar pada bulan Mac 2014?

J: Beberapa kandungannya dapat dicapai oleh pepijat milik M16.Puncanya ialah cakera keras eksternal yang disambung ke laptop ketika online.Kandungannya tersebut amat sensitif dan pernah keluar dalam Wikileak namun ditarik balik.Jadi semua artikel ditapis sekali lagi supaya tidak ada keyword yang dapat dicapai oleh pepijat mereka.Tukar keyword sahaja dan mereka pun ‘buta’ (M.O tersenyum).

S: Ada apa-apa lagi nak dikatakan?

J: Di sana,di Saint Peter’s Basilica,ada rahsia yang dipendam di bawahnya.Bukit itu…adalah bekas sebuah kuil pemujaan dewa yang memiliki dua alam,menurut kepercayaan orang Rom.Di bawahnya saban kali dilakukan pemujaan misteri yang dilakukan para kardinal berpangkat tinggi.

Semua upacara itu dapat dihubungkan dengan The Feast of The Beast dan The Wise Man.Saya ingin membuka minda anda bahawa orang-orang yang paling hebat dan dikatakan ‘sekular’ dan paling ‘liberal’ itu sebenarnya adalah penganut tegar paganisme dan sihir.

 

 

 

 

OFF-THE-RECORD

 

 

 

 

Akses ke SISTINE CHAPEL OF THE BLACK MASS

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.