5kits

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

The Last King Solomon’s Mines III

Posted by jigsmaster on October 20, 2014

Beratus-ratus tahun dahulu setelah era Srivijaya perlahan-lahan berakhir,Dunia Melayu dipecahkan kepada dua blok politik dan kebudayaan Melayu yang melambangkan order lama dan order baru.

Pengaruh dari dua blok politik ini telah mempengaruhi penulisan Tun Seri Lanang dan sekaligus menyembunyikan beberapa petunjuk kepada lombong emas terakhir ‘King Solomon’.

Srikandi,penulis kontroversi di MistisFiles bersetuju mendedahkan beberapa petunjuk,sejak menyimpan draf tulisannya selama beberapa bulan yang sepatutnya terbit di MistisFiles awal tahun ini.Ini membuka beberapa rahsia penting,yang kebanyakannya tersimpan dalam kolong-kolong misteri di runtuhan kota di Trang,Thailand dan Johor Lama.Petunjuk yang membuka kepada,

 

 

 

 

 

Gelanggi: The Last King Solomon’s Mines III

 

 

 

 

 

 

Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.

-Confucius

 

 

 

 

Dalam siri ketiga dan terakhir artikel The Last King Solomon’s Mines ini saya akan memberikan pendapat saya sebagai seorang pengkaji sejarah secara umum walaupun di pihak saya,saya memiliki beberapa dokumen dan ‘relik’ yang menunjukkan lokasi sebenar ‘Kota Gelanggi’.Pada hakikatnya,lokasi ini belum diketahui namanya,namun saya meletakkannya sebagai Kota Gelanggi kerana kota ini sangat popular di kalangan masyarakat arus perdana sejak Raimy Che Ross,seorang pengkaji persendirian mewar-warkan tentangnya.

Walaupun ramai yang mempersendakan beliau,mungkin kerana pihak-pihak yang mencari lokasi Kota Gelanggi itu belum menemuinya atau ‘menutup cerita’,namun kata-katanya tentang bagaimana kajian arkeologi di Kedah secara longgarnya berdasarkan apa yang dikisahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa,Sejarah Singapura dan Johor yang boleh ditemui dalam Sulalatus Salatin seperti penemuan makam dan artifak di Bukit Larangan (Fort Canning) dan Batu Bersurat Singapura serta kubu dan makam-makam lama di sepanjang Sungai Johor,maka sebenarnya cerita-cerita rakyat itu boleh dihubungkan dengan fakta dan kejadian sebenar.Ini bermakna,pasti ada sesuatu di sebalik cerita itu.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.