Baru-baru ini, kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyatakan bahawa peserta perhimpunan Tabligh diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari mengikut tarikh akhir bagi yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif Covid-19 mengikut mana yang terkemudian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan melalui satu sesi sidang video membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak Masjid Jamek Sri Petaling.
Berikutan itu, KKM menasihatkan semua peserta perhimpunan Tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan lanjut.
Apakah yang berlaku sebenarnya? Adakah ini petanda akhir zaman apabila masjid ditutup dan dakwah disekat? Adakah adanya fasa ‘peralihan aquarius’ atau ‘permulaan armageddon’ dengan berlakunya perkara-perkara begini?
Atau… adakah ini adalah hukuman ke atas Jemaah Tabligh atas perpecahan mereka?
Atau… ini adalah suatu perkara yang akan mengangkat martabat usaha mereka dan bakal memacu lagi usaha mereka selepas menjadi popular akibat ‘bad publicity’ berikutan musibah Covid-19 ini apabila satu dunia kini ingin mengetahui tentang aktiviti kumpulan dakwah ini?
Masa berjalan…
KITA TUNGGU DAN LIHAT.
Saya sebagai pengikut Sufisme memandang Tabligh sebagai suatu jemaah mirip kumpulan tarikat tetapi jalan mereka ialah Tabligh atau menyampaikan untuk mencapai redha Allah SWT sebagaimana aliran-aliran sufisme yang lain mencapai jalan keredhaan Allah SWT melalui mujahadah melawan nafsu seperti uzlah, khalwat dan muraqobah. Ada juga aliran sufisme mencapai keredhaan Allah SWT melalui jalan ilmu, jalan cinta, jalan zikrullah dan jalan selawat. Apa pun keadaannya, masing-masing masih lagi dalam lingkungan akidah Ahlussunnah Wal Jamaah aliran Asy Sya’irah dan Al Maturidiah. Isunya sekarang, jemaah-jemaah pelbagai aliran ini walaupun duduk dibawah panji-panji akidah yang sama tetapi hendaklah bersatu padu kerana gelombang puak-puak liberal kiasu chauvinis semakin menyalak bagaikan monyet tepi jalan mendapat bunga. Hati-hati mereka sangat tidak senang dengan Islam serupa yang berlaku pada zaman Nabi di Madinah dahulu, apa pun setiap kejadian ada hikmahnya dan saya berharap agar umat Islam lebih bersatu dan jangan terlalu mementingkan habuan dunia yang sementara ini. Allahu Akbar !
Ya, jika Jemaah Tabligh tidak menangani masalah dalaman mereka dengan betul, maka puak-puak liberal dan fasik malah kafir harbi akan bertepuk tangan dan tambah memecah-mecahkan mereka.
Saya setia bersama kamu
Terima kasih.