Ostarine

MistisFiles

Pengetahuan Rahsia Itu Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Memahaminya

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut

Posted by jigsmaster on October 20, 2014

 

kingmasusa

 

Dua jam sebelum subuh Jumaat 8 Ogos,orang-orang Portugis merancang untuk menyerang ketika air pasang.Dua kapal Portugis dengan senjata berat mengambil posisi di kedua-dua belah teluk,untuk membedil ketika serangan dilancarkan.D’Albuquerque dengan semua kuasa yang berbaki,mendarat di utara atau tepatnya di tepi sungai bahagian penempatan orang-orang Jawa di Upeh.Setelah memperolehi pangkalan di sana,dia mengarahkan kuasa tenteranya untuk merebut masjid sementara yang lain telah diarahkan untuk menakluk benteng orang-orang Melaka yang menyekat jalan utama di selatan.Portugis menyerbu jambatan itu,askar Melaka mara ke benteng antara jambatan dan masjid.

Benteng ini telah lama diserang oleh tembakan dari kapal dan pertahanan Melaka berundur ke masjid,di mana Sultan dan 3000 askar telah berkubu di situ.Dengan terlalu sedikit tenaga untuk mara ke arah Sultan,D’ Albuquerque hanya bertahan di jambatan dan tidak maju ke arah masjid.Dia amat terdesak dan buntu di kawasan jambatan dengan benteng-benteng yang terdiri dari tong-tong berisi pasir dengan meriam-meriam yang dipasang di jambatan dan bot-bot meriam yang meronda di bawah jambatan dan di kedua pintu masuk jambatan.Meriam-meriam Melaka kemudian mula menembak di jambatan dari bahagian utara bandar.

Kemudian,Portugis dapat menguasai jambatan itu dan naik ke bandar.

Portugis mula mara dan membunuh semua yang menghalang mereka,baik lelaki,wanita atau kanak-kanak tanpa belas kasihan.Sepanjang malam bot-bot meriam dan kapal-kapal perang menghujani bandar dengan bedilan.Tetapi ia adalah sia-sia.Sultan Mahmud ketika itu telah pun mengumpulkan semua harta di istana dan melarikan diri dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya.Melaka telah jatuh.Keesokan harinya,Portugis maju ke arah istana sultan,hanya untuk merasa seolah-olah tertipu dengan istana yang kosong seperti dirompak,tidak seperti yang dijanjikan kepada mereka tentang kekayaan Melaka yang tiada taranya.Marah dengan keadaan itu,mereka terus membakar istana itu,dan menjarah bandar itu.Masjid dirobohkan dengan memecahkan batu sedikit demi sedikit dan digunakan untuk membina kubu di tempat asal istana pernah berdiri.

Persoalannya,di manakah harta kekayaan Melaka?

Alfonso D’Albuquarqe sendiri hanya sempat memiliki gelang seorang panglima Melaka dan patung-patung singa gangsa dari istana Melaka.Kononnya mereka menemui kotak-kotak intan berlian dan beberapa barangan kemas serta harta benda lain bernilai berbilion dollar.

Sama ada itu hanya penglipurlara si conquistador untuk menutup kekecewaan, ataupun itu semua hanyalah UMPAN yang amat kecil dari seluruh kekayaan Melaka.

Kekayaan yang telah dibawa pergi pada malam-malam sebelum serangan.

 

 

 

 

The Secret Treasure of King Masusa & King Mohamut

Part I

 

Was not Malacca the central market
of Ptolemy’s Aurea Chersonesus, perhaps even the more
ancient Ophir of Hiram and Solomon

-K.G Jayne

 

 

 

Kekayaan Melaka sebenarnya adalah lebih dari apa yang kebanyakan dari kita jangkakan.Apa yang kita bayangkan.Ada sesetengah pihak hanya memandang kota pelabuhan Melaka hanyalah perkampungan nelayan.Jika sebuah perkampungan nelayan,mengapa peta-peta pengembara Itali,Portugis dan Sepanyol memetakan seluruh semenanjung sebagai ‘Malacca Peninsular’?Ada sesuatu yang tidak kena dengan sejarah yang selalu kita baca dari buku-buku teks.Semua ini telah membohongi kita sejak sekian lama dan seolah-olah ada pihak ingin kita melupakan tentang Melaka,melupakan sejarahnya dan kegemilangannya.

Namun penulis (Srikandi) telah menemui bahawa SEBENARNYA MEREKA mahu menyembunyikan sesuatu dari kita.

You need to login to view the rest of the content. Please . Not a Member? Join Us

Add A Comment

You must be logged in to post a comment.